Thursday, September 4, 2008

~.:bErKaT mEmBaCa aYaT KurSi:.~

Ini adalah sebuah kisah benar yg berlaku di US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar daripadanya.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan
yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?"
Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama- tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas. jadikan bacaan ayat-ayat Kursi sbg amalan kita.smga Allah memelihara kita dari segala kecelakaan, kemudharatan dan keburukan. wallahu a'lam

Tuesday, September 2, 2008

~.: aHLaN ya RaMadhaN :.~


Ramadhan Kareem...alhamdulillah kita dapat lagi menyambut kedatangan Ramadhan yang di nanti-nantikan ini. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. marilah kita sama-sama ambil peluang memperbaiki diri dan memperbanyak doa. moga rahmat Allah sentiasa bersama kita..hari ini jom kita menyingkap kembali sejarah ramadhan serta kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini..

SEJARAH RAMADHAN
  • Ramadhan ertinya panas terik.
  • Bulan di turunkan Al-Quran dan juga disebu "syahru ramadhana"
  • Berlakunya Perang Badar al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan
  • Bulan di mana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
  • Di dalamya terdapat malam al-Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
  • Di pilih sebagai bulan kewajipan berpuasa
  • Di pilih untuk ibadat-ibadat lain spt tarawikh, zakat firah, tadarus al-Quran
KELEBIHAN RAMADHAN

  • Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
  • Bulan penuh keberatan
  • Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
  • Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
  • Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
  • Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  • Bulan menambah rezeki
  • Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
  • Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
  • 10 hari pertama adalah rahmat,
  • 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
  • 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
  • Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
  • Menempah pakaian untuk Ramadhan
  • Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  • Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  • Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
  • Solat berjemaah setiap waktu
  • Solat jemaah di masjid/surau
  • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  • Sahur diwaktu akhir
  • Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  • Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
  • Kurangkan tidur
  • Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  • Tunaikan Solat Dhuha
  • Tidur satu jam sebelum Zohor
  • Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
  • Jaga pacaindera
  • Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  • Hadiri majlis ilmu / tazkirah
  • Buat baik pada ibubapa
  • Isteri hendaklah taat pada suami
  • Banyakkan bersedekah
  • Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  • Berbuka bersama org tua
  • Jemput tetamu berbuka
  • Kurangkan berat badan - diet
  • Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  • Baiki hubungan suami isteri & keluarga
  • Baiki hubungan jiran
  • Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
  • Elakkan belanja berlebihan
  • Kuatkan kesabaran
  • Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
  • Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  • Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
  • Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
  • Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  • Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  • Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
  • Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
  • Melazimkan solat pada awal waktu
  • Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  • Elakkan banyak berhutang
  • Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  • Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
  • Kepada Orang Tua yang lemah
  • Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar
  • Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
  • Baca ayat akhir surah Al Baqarah
  • Baca ayat Kursi
  • Baca surah Yaasin
  • Baca surah Al Zalazah
  • Baca surah Al Qafirun
  • Baca surah Al Ikhlas
  • Bagi orang yang kuat dan cergas
  • Bangunkan isteri dan anak
  • Bersihkan badan / mandi
  • Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

  • Tarikh turunnya Al Quran
  • Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik

>>Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.

pEtua:-

Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.

Wallahu a ' lam.
.