Sunday, November 22, 2009

~.:KisaH TeNtang SEDEKAH:.~


Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "ada seseorang yang berkata, " saya akan menyedekahkan sesuatu!" Dia pun segera melaksanakan niatnya dan memberikan kepada seorang PENCURI. Lalu, org ramai membantah dan membincangkan tentang tindakan org yang bersedekah tu. Mendengar percakapan orang ramai, orang yang bersedekah itupun berdoa, "Ya Allah, hanya kepadaMu segala puji-pujian."

Kemudian, org tersebut bersedekah lagi dan menyerahkannya ke tangan seorang PENZINA. Lalu, org ramai membantah dan membincangkan tentang tindakan org yang bersedekah tu. Setiap kali perbuatannya diperkatakan, dia selalu berdoa "Ya Allah, hanya kepadaMu segala puji-pujian."

Keesokan harinya, dia bersedekah lagi dan diserahkan kepada ORANG KAYA. Hal ini pun menimbulkan kehairanan di tengah-tengah masyarakat. Orang yg bersedekah itupun segera berdoa, "Ya Allah, hanya Engkau yang layak dipuja dan dipuji atas sedekah yang kuberikan ke pada si PENCURI, si PENZINA dan ORNG KAYA!"
Pengajaran hadith:
Dengan berpegang hadis nabi sebagai landasan-

"Apabila seorang hakim memutuskan suatu perkara dengan hasil ijtihadnya, dan ternyata keputusan itu salah, maka hakim tersebut mendapat 1 pahala."

Demikian juga halnya dengan si dermawan yang bersedekah. Meskipun orang yang menerima sedekah kurang tepat, amal sedekah itu diperkenankan Allah
Hikmahnya:

1. Sedekah kepada si PENCURI
Moga sedekah yang diberi kepada si PENCURI itu dapat membuka hatinya untuk meninggalkan perbuatannya. Melalui jalan sedekah itu, dia akan memulakan lembaran hidup yang baru, yang suci dan halal

2. Sedekah kepada si PENZINA
Moga dengan sedekah itu dapat membuka hatinya untuk segera beralih ke jalan yang benar dan meninggalkan dunia pelacuran.

3. Sedekah pada si KAYA
Moga melalui sedekah itu dapat membuka hatinya untuk rajin menderma dan berinfak kepada orang-orang yang memerlukan.

Kesimpulan:
Begitulah, NIAT yang baik akan membawa hasil dan pengaruh yang baik.
Jika seseorang memiliki niat yang baik dan berusaha melaksanakan walaupun jalan yang di tempuh kurang tepat, dia tetap mendapat pahala dan perbuatannya itu tidak akan membawa akibat buruk untuknya.

~.:PENCURI itu...:.~

Beg Yung diCURI!!!

13 November 2009

Hari ni, aku dan mak menghantar Yung ke pejabatnya di Duta Vista sebab skuter merah yang menawan itu masih di rawat dibengkel. Sebelum bertolak, kami singgah ke bank, Yung nak withdraw RM 300 untuk bayar duit bateri skuter. Petang tu aku dapat message Yung kata scooter tu x siap lagi, jadi dia balik dgn kawannya.

Kira-kira pukul 7.30pm, selepas solat maghrib aku menerima satu panggilan dari no. yang tak dikenali. Terdengar sayup suara yang sedang teresak-esak menangis. Rupa-rupanya Yung! Dalam nada yang tersekat-sekat, dia bgtau beg galasnya di CURI orang!! Paling mengejutkan, kes kecurian tu berlaku di MASJID!!

Menurut cerita Yung, masa dia nak mengambil wudu', beg galasnya disangkut di kepala paip sebelah tu, selesai aje, nak pakai tudung, tetiba dia tersedar begnya LESAP!! Dengan mata yang rabun (sebab spek ade dlm beg tu) dia tercari-cari beg tu. Tanya kat jemaah-jemaah wanita di situ. Semuanya tak sedar kehilangan beg tu. Yung pun adukan mengenai kehilangan begnya pada AJK masjid. Lepas tu dia dan kawannya ke balai polis untuk buat report.

Sekarang dah pukul 10.30pm. Tapi Yung masih tak balik-balik lagi! Ish, risau pulak aku. Di sebabkan Yung ni ade 2 buah henfon, dan dia salu akan pegang salah satu henfon dia. Jadi aku massage kat no Celcom dia.

Aku: Salam Yung, ampa kat mana? Pkul Berapa nak balik nih??
Yung: xblix
(Uish, tetibe aku rasa x sedap hati. Pelik. Kenapa dia balas mesej macam tu. Salunya Yung x penah balas dengan ejaan macam tu. erm, musykil)
blogger-emoticon.blogspot.com

Jadi, aku pun balas la balik..

Aku: Kalau ampa x balik, ampa dok umah sapa?
Yung: umah BF

(Lagi berganda kemusykilanku!!. Yung yang aku kenal ni, bukan macam tu. Takkanlah balik dengan kawan, cepat aje berubah tingkah)

Aku mula mengesyakki, dan merubah strategy..

Aku: Umah BF ampa kat mana? Meh la kami amek ampa. Mak dan abah dok bising ni!!
Yung: Dato' Keramat

(Kebetulan sungguh!!)

Pastu aku terus call Yung. Tapi tak berjawab! lebih 5 kali call. Di off kan henfon. Tetibe je, aku teringat, lps maghrib td Yung call aku dgn nombor lain. Aku try call no tu.

Aku: Yung, ampa kat mana ni? Pasaipa tadi kami call, ampa x jawab. Ampa x nak balik kenapa? Mak kami dok bising ni, suro balik cepat!

Yung: Kami ada kat Masjid ni lagi. Bila masa pulak kami balas mesej, 2 bijik henfon kami tu orang tu kebas! sekali dengan RM 300 duit repair moto. Kami ni tinggal sehelai sepinggang ja!

Aku: hah?? Jadi yang balas mesej kami tu.. PENCURI tu lah??

Yung: Kalau dia reply mesej tu, maknanya kita masih ada harapan untuk dapatkan balik beg tu. Ampa try la psychology dia. Slow talk dgn dia supaya dia pulangkan barang-barang kami. Kata kat dia, kalo nak duit, ambik la, tapi pulangkan barang-barang yang x penting utk dia mcm i/c, kad bank, spek mata

Aku: InsyaAllah, kami cuba.

Aku betul-betul buntu nak mengarang kata! Aku memang tak tahu nak psychology orang. Aku berdoa semoga ALLAH berikan aku pertunjuk yang baik dan pelihara aku daripada bisikan syaitan. Alhamdulillah aku dapat menaip mesej tanpa emosi amarah tapi penuh dengan niat supaya si pencuri itu SEDAR. Biar ringkas, tapi padat dengan mesej yang dapat menusuk dan terkesan di jiwa mereka. Ingatkan mereka dengan peringatan Allah. Berdoa dan tawakkal semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.

"Salam saudara SeISLAM. Ingatlah bahawa azab ALLAH itu amatlah dahsyat. Kita dinilai ALLAH atas niat dan amalan kita. 'CCTV' ALLAH ada di mana-mana. Takutlah kepada ALLAH. Kembalikanlah HAK yang kamu ambil tanpa izin itu di tempatnya kembali.."

Kita janganlah berputus asa memohon harap padaNya dengan berdoa, solat hajat dan membaca Yasiin. Mudah-mudahan terbuka pintu hati si pencuri untuk mengembalikan barang.

Alhamdulillah seminggu selepas tu, barang-barang yang dicuri telah dijumpai kecuali duit.

Pengajaran:

Kes kecurian adalah kes yang selalu berlaku di mana-mana, tak kira tempat hatta di masjid pun. Bermula dari kes curi kasut sehingga melibatkan barang-barang berharga. Selalunya, apabila berlaku kecurian, mangsa akan berusaha 'menjejaki' si pencuri supaya mengembalikan barang-barang tersebut dan menawarkan ganjaran lagi jika berjaya memulangkan.

Contohnya kes kecurian beg di asrama. Mangsa akan 'memaklumkan' atau 'mengumumkan' kehilangan barang dengan menampal notis di board/dinding.
Dan selalunya mangsa akan kata: "ambiklah wang saya, tapi pulangkanlah barang-barang yang lain seperti nota, i/c, pendrive, kad matrik dan sebagainya."

Jika kita berkata begitu, ia menunjukkan bahawa mencuri itu 'halal', seolah2 kita menggalakkan dan membolehkan mereka untuk mencuri. Dengan kata lain, 'boleh ambik duit, tapi pulangkan barang-barang yang tak penting bagi kamu'. Secara tak langsung, aktiviti mencuri ni semakin berleluasa tanpa ada KESEDARAN. Jadi sebagai umat Islam, adalah kewajipan kita untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Contohnya dengan menyelitkan peringatan kepada golongan ini, semoga mereka sedar dan kembali kepada syariat islam

Malam tu, aku berborak dengan Ayong mengenai kes kecurian yang berlaku pada Yung..

Aku: Ayong, katakanlah beg ayong hilang. Selang beberapa hari, polis menemui si pencuri dan barang yang dicuri. Apa respond ayong bila berhadapan dengan si pencuri tu? Nak marah ke? Nak pukul/tumbuk sampai pecah muka dia ke? Nak saman dia ke?

Ayong: Ayong akan bagi duit dan kata " Nah, saya sedekahkan awak duit ni, semoga awak dapat mulakan hidup baru"

Aku: eh, si pencuri tu dah curi duit ayong, kenapa nak sedekahkan duit pada si pencuri?

***Sila baca cerita lanjut di entry KISAH TENTANG SEDEKAH***







Sunday, November 15, 2009

~.:10 JEnis GangguaN tiDur yang pELik:.~

1.Sexsomnia or Sleep Sex

Sexsomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan seseorang melakukan tindakan seksual saat mereka tidur. Hal ini sangat berbeza dengan orang yang suka berjalan ketika tidur (sleepwalking) . Dalam beberapa kes, penderita tidak menyedari tindakan mereka dan akan sedar dalam waktu yang lama setelah ada bantuan.

Orang-orang yang berjalan, berbicara atau makan ketika tidur memang sering kita temui. Tetapi melakukan seks ketika mimpi seringkali dialami oleh golongan remaja. Walaupun begitu, bagi mereka yang belum berkahin juga boleh mengalami hal ini. Menurut Dr Handrawan Nadesul, seks dalam tidur atau sexsomnia bisa dianggap sebagai kebiasaan yang tidak normal. Hal ini kerana, pelaku seks kategori ini lebih dan sering berfantasi dengan sesuatu yang tidak nyata."biasanya lelaki ataupun wanita bujang lebih banyak memuaskan hasrat seksualnya dengan onani, menonton filem "biru", membaca novel romantis, atau melihat foto-foto yang memperlihatkan lekuk tubuh wanita. Tetapi ketika cara tersebut tidak memuaskan, maka tidak sedikit dari mereka yang sering membawanya ke alam mimpi," kata penulis buku dan pengasuh daftar kesihatan di beberapa media ini. Parahnya lagi, tambah Dr Nadesul, mereka yang mengalami sexsomnia tidak semuanya bermimpi (seolah-olah) melakukan hubungan seks dengan pasangan lawan jenis. tetapi ada juga yang berfantasi dengan binatang atau puas "bermain" dengan pakaian dalam.

"jangan dikira hanya golongan lelaki saja yang mengalami sexsomnia. wanita pun sering mengalami fantasi seksual ini," ujarnya. Hanya lelaki atau wanita yang memiliki keperibadian tertutup, kurang bergaul, dan memiliki sifat pemalu biasanya dengan mudah mengalami gangguan sexsomnia.

" Jika remaja yang bersosial mungkin tidak sampai mengalami gangguan sexsomnia. Kerana mereka boleh menyelesaikannya dengan cara 'coupling'," jelasnya. Agar tidak terjadi hal-hal yang merugikan di kemudian hari, Dr Nadesul pun menyarankan untuk para pelaku sexsomnia segera berjumpa dengan doktor atau pakar jiwa. Hal ini penting, kerana mereka akan terus terobsesi dengan kegiatan sexsomnia selama tidak ada penyaluran yang nyata.

2.Narcolepsy

Narkolepsi (narcolepsy) adalah gangguan tidur yang cukup umum diderita, namun seperti gangguan tidur lainnya ia juga amat jarang dikenali oleh masyarakat. Narkolepsi dalam bahasa umum, boleh dikatakan sebagai serangan tidur dimana penderitanya amat sukar mempertahankan keadaan sedar. Hampir sepanjang waktu ia mengantuk. Rasa mengantuk dapat dipuaskan setelah tidur selama 15 minit, tetapi dalam waktu singkat mengantuk sudah menyerang kembali. Sebaliknya di malam hari, banyak penderita narkolepsi yang mengeluh tidak dapat tidur.


Untuk mengenali penderita narkolepsi, terdapat 4 gejala klasik (classic trend):
1 Rasa mengantuk berlebihan (EDS)
2.Katapleksi (cataplexy)
3.Sleep paralysis
4.Hypnagogic/ hypnopompic hallucination.

Narkolepsi merupakan gangguan yang penyebabnya masih belum diketahui secara pasti. Penelitian dengan menggunakan anjing-anjing narkoleptik masih terus dilakukan dan mulai menampakkan titik terang. Walaupun demikian, dengan perawatan yang tepat dan penuh disiplin, seorang penderita narkolepsi dapat hidup normal. Apatah lagi dengan disertai sokongan daripada keluarga dan para sahabat yang siap menjaga keselamatan si penderita. Kecelakaan sering terjadi karena serangan lumpuh (paralysis) yang muncul tiba-tiba saat memasak, memandu, menyeterika atau berendam.


3.Somniloquy (Sleep Talking)

Mengigau, sleeptalking atau somniloquy merupakan vokalisasi saat tidur, boleh berupa kata-kata yang jelas atau bahkan sekadar gumaman. Kondisi ini boleh disebabkan oleh keadaan emosional-psikologi seperti demam atau tidur yang terganggu. Biasanya berlangsung pada tahap tidur ringan, atau kadang kala pada tahap mimpi (REM sleep.) Jika terjadi dalam tahap tidur mimpi, biasanya terjadi bersesuaian dengan mimpi yang mengejutkan, seperti melihat pencuri atau melihat sebuah kecelakaan. Kata-kata yang keluar bisa berkaitan erat dengan mimpi atau bahkan berlainan sama sekali,contohnya dalam mimpi menjerit “pencuri!” tetapi kata yang keluar adalah “mama!“ Si pengigau tidak ingat apa yang dikatakan atau bahkan mimpinya sendiri.

Ada satu gangguan tidur yang bernama REM Sleep Behavior Disorder (RBD), dimana penderitanya selalu bermimpi untuk mempertahankan diri dari serangan sehingga dalam tidur bergerak memukul, menendang dan juga mengigau. Gangguan ini banyak diderita oleh lelaki lanjut usia, dan biasanya diikuti dengan penyakit-penyakit saraf degeneratif seperti parkinson. Diduga kuat RBD dapat disebabkan oleh beberapa ubat psikiatris.Diluar gangguan-gangguan tidur, mengigau sampai saat ini tidak dianggap sebagai suatu gangguan ataupun penyakit. Berkaitan dengan kepercayaan tradisional mahupun 'supernatural', ia tidak bersaing untuk memberikan penjelasan.


4.Kleine-Levin syndrome

Sindrom Kleine-Levin (bahasa Inggris: Kleine-Levin Syndrome disingkat KLS) adalah penyakit saraf yang langka dimana penderita tidak boleh mengawal rasa mengantuknya. Penderita boleh tertidur selama berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu, bahkan juga berbulan-bulan, bergantung pada berapa lama penyakit itu muncul.

Penderita akan bangun hanya untuk makan atau pergi ke bilik mandi. Penderita boleh dibangunkan oleh orang lain, tetapi penderita selalu mengeluh merasa penat dan letih. Ketika penderita bangun penderita bertingkah seperti kanak-kanak kerana sebahagian memorinya ingatannya terhapus pada saat penderita tertidur, banyaknya ingatan yang terhapus tergantung dari seberapa lama penderita tidur. Dan penderita sensitif terhadap suara dan cahaya ketika bangun. Penyakit ini akan datang kembali tanpa peringatan. Sebahagian kajian di Amerika Serikat mempercayai penyebab penyakit KLS adalah mutasi gen atau DNA yang dibawa oleh orang tua penderita. Tetapi penyebab pasti KLS masih belum diketahui.


5.Sleep Apnea

Ia juga disebut juga OSAS(obstructive sleep apneu syndrom) adalah suatu kumpulan gejala berupa apneu (tidak bernafas) atau hipopnea (kurang bernafas) ketika tidur. OSAS lebih dan sering terjadi pada orang dewasa berbanding kanak-kanak. Kebiasaannya berdengkur terjadi kepada 7-9% kanak-kanak pra sekolah dan usia sekolah. Kejadian sering berlaku pada usia 3-6 tahun kerana usia ini sering terjadinya pembesaran atau ketumbuhan di bahagian tekak atau kerongkong. Kononnya, faktor keturunan adalah penyebab OSAS.

Kekurangan oksigen ke otak secara kronik menyebabkan tidur tidak nyenyak, dan darah yang menjadi pekat akibat OSAS menimbulkan kesan buruk pada tubuh. Rasa mengantuk yang berlebihan. Perkembangan anak menjadi lambat, penampilan di sekolah kurang baik. Anak menjadi hiperaktif dan agresif, serta menarik diri dari lingkungan sosial. Gangguan kognitif ringan sering terjadi. Anak gagal membesar disebabkan tidak mahu makan, sukar menelan kerana pembesaran adenoid (ketumbuhan yang letaknya di belakang rongga hidung) dan tonsil (ketumbuhan di belakang rongga mulut), peningkatan upaya untuk bernafas, dan kekurangan oksigen. OSAS dapatdi sebabkan oleh gangguan paru-paru yang serius. OSAS boleh menimbulkan masalah kencing waktu malam kerana gangguan hormon yang mempengaruhi cairan tubuh. Sering mengalami gangguan pernafasan. Anak menghirup cairan dari saluran nafas atas menimbulkan kelainan di saluran napas bawah dan infeksi pernafasan. Anak dengan tonsil besar yang mengalami kesulitan menelan atau sering merasa tercekik lebih sering mengalami radang paru-paru


6.Non-24-hour sleep-wake syndrome

Ini adalah gangguan tubuh seseorang yang tidak mengetahui kitaran tidur selama 24 jam. Akibatnya, tubuh manusia bekerja dengan kitaran 24 jam. Mekanisme alamiah ini dikenal dengan istilah ritme Circadian, yang menentukan berapa lama kita tidur dan bila pada penderita non-24-hour sleep-wake syndrome,tidak memiliki mekanisme tersebut,sehingga tubuh mereka sukar mengawal kitaran tidur mereka.
Jika ia menyerang,biasanya penderita akan sedar kembali setelah tidur selama 2 hari sampai 3 hari,dan kemudian normal kembali Tetapi dalam banyak kes yang berlaku, perkara ini akan memakan masa hingga satu minggu untuk badan menyelesaikan satu kitaran dari pola yang terganggu.kekacauan ini terjadi hampir secara eksklusif pada orang buta.


7.Restless Legs Syndrome

Restless Legs Syndrome biasanya berlaku dikalangan mereka yang dianggap normal. Mereka yang mempunyai Restlee legs syndrome tidak mampu duduk diam untuk waktu yang lama kerana mereka merasa perlu untuk menggaru atau menggerakkan kaki mereka. Gangguan dirasai berlaku pada anggota kaki dan juga anggota tangan. Mereka yang mengidap gangguan Restless Legs Syndrome seringkali turut mengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala. Restless Legs Syndrome akan mengganggu pengidapnya menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk tidur.
Dianggarkan lima hingga sepuluh peratus mengalami "Restless Legs Syndrome" pada satu ketika sepanjang hidup mereka. Restless Legs Syndrome adalah lebih kerap pada orang berumur tetapi juga didapati pada setiap peringkat umur bagi kedua-dua jantina. Sindrom Kaki Resah muncul dan menghilang tanpa sebab-sebab yang jelas, bagaimanapun kadang-kala Restless Legs Syndrome berkait dengan mereka yang mengandung.


8.Bruxism

Bruxism adalah kancing gigi sewaktu tidur.sindroma sendi rahang (temporomandibular jaw syndrome) sering jadi masalah besar kerana memang sukar untuk dikawal dengan apa cara pun. Masalah ini tidak mengira usia. Bukan hanya kanak-kanak dan remaja yang mengalaminya, malah orang tua juga turut mengalami masalah ini ketika tidur. Hal ini kerana, pengidap tidak menyedarinya.




9.Night Terrors

Night terrors are a common sleep problem among children. By some estimates, about 15% of younger children have occasional night terrors. Although most common in children between the ages of 2 and 6 years, they can occur at almost any age. Children who have night terrors are usually described as 'bolting upright' with their eyes wide open, with a look of fear and panic, and letting out a 'blood curdling scream'. These kids will usually also be sweating, breathing fast and have a rapid heart rate (autonomic signs). And although it will seem like they are awake, during a night terror, children will appear confused, will not be consolable and won't recognize you.




10.Rapid eye movement behavior disorder

In this disorder, a person loses paralysis which is normal for the Rapid Eye Movement period, causing their body to freely act out their dreams. These behaviours can be violent in nature and in some cases will result in injury to either the patient or their bed partner. RBD is a treatable condition. The standard therapy is the anti-convulsant drug clonazepam, and this is generally received very well. The reason for its effectiveness is unknown, but it restores the natural paralyzed state of a person in the REM stage of sleep.


Adakah anda mengalami salah satu ppenyakit dari gangguan gangguan tidur diatas?? Tetapi anda tidak pernah menyedarinya?? Jika ya, segeralah berjumpa dengan doktor

~.:JiN 'diHerEt ' ke MaHkamaH:.~

Mauabaca,com. - Satu keluarga di Arab Saudi mengheret satu "jin" ke pengadilan dengan tuduhan mencuri dan melakukan kekacauan.

Surat kabar Al Watan yang dikutip BBC menyebutkan, mereka menuduh jin itu mengancam mereka, melemparkan batu dan mencuri telefon mudah alih.

Keluarga itu telah tinggal di rumah yang berdekatan dengan kota Madinah selama 15 tahun namun mereka baru-baru ini menyedari akan adanya jin tersebut.

Mereka sekarang telah keluar dari rumah tersebut.

Sebuah pengadilan tempatan sedang menyelidiki kes ini.

Dalam teologi Islam, jin adalah mahluk halus yang dapat mengganggu atau masuk ke tubuh manusia.

'Keluar dari rumah'

"Kami mulai mendengar akan suara-suara aneh," kata ketua keluarga itu yang datang dari Mahd Al Dahab, kepada harian di Arab Saudi itu.

Beliau tidak mahu dikenali namanya.

"Mulanya kami tidak menganggapnya serius, namun ketika suara aneh itu mulai terjadi dan anak-anak ketakutan ketika jin itu mulai melemparkan batu," katanya.

Beliau menambah, "Pertama, suara seorang wanita bercakap kepada saya dan kemudian seorang lelaki. Mereka memberitahu kami harus keluar dari rumah."

Pengadilan tempatan berusaha memeriksa kebenaran andaian itu "meskipun sulit" melakukannya.

Kebanyakan orang Barat mengetahui istilah jin dari cerita Aladin dan lampu ajaib atau drama tahun 1960-an I Dream of Jeannie.

Namun menurut wartawan BBC Sebastian Usher , jin-jin ini dalam kepercayaan Islam akan jadi lebih berbahaya.

Golongan jin ini tidak dapat dilihat, namun ia mampu untuk menyerupai manusia dan haiwan, dan sering dikatakan bertindak dengan motif pembalasan dendam atau cemburu.
__._,_.___

~.:16 FakTa mEnGaGumkaN saiNS:.~

Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita. Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran. Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin kamu belum tahu.



1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan, dalam rata-rata, hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.

3. Kalau anda menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit anda akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.

4. Anda tidak akan dapat membunuh diri dengan menahan nafas (Jika anda melakukannya sehingga tidak menyedarkan diri, anda akan mulai bernafas secara normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.

6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa ia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara drastik dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter sesaat sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.

11. Untuk menguji keaslian mutiara, anda boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

12. Ikan mas yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan disebabkan pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sukar membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

16. Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.


Saturday, November 14, 2009

~.:CuTi bErmuLa:.~

blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah~~syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian dan dugaan sepanjang tempoh peperiksaan ini.
Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang exam week ni

1. Kesihatan mak
> Mak mengalami batuk dan lelah yang serius. Sehingga sampai ke satu tahap, kami terpaksa bawak mak ke hospital untuk guna pam. Selama 2 minggu tempoh exam ni, aku dan ayong bergilir2 jaga mak setiap malam.

2. Kebisingan
> Erm, macam biasalah setiap hari, adik is dgn emi selalu bergaduh, bising2..sampai naik tension jgak jiwa ni. waa~~di sebabkan itu jgk, mereka telah membuat onar dan huru hara di rumah. abes bersepah mcam tongkang pecah!

blogger-emoticon.blogspot.com

3. Rumah sewa
> Dah hampir sebulan aku mencari rumah sewa, dalam minggu exam pun aku masih jugak melilau2 mencari rumah sewa di area berdekatan. Oleh kerana, aku telah diamanahkan oleh mak saba . Jadi aku perlu pikul tanggungjawab ni dengan sebaik mungkin.

4. Demam dan batuk
> Oleh kerana demam dan batuk adalah penyakit yang mudah merebak, jadi jika sorang yang sakit, seluruh keluarga turut mengalaminya. Erm, dah berbagai2 ubat dibeli, dan berbagai2 cara di guna. Yang peliknya, bila mak baik dari batuk, semua pun turut baik..alhamdulillah~~

blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, November 3, 2009

~.:FiNaL ExaM:.~

Bismillahirrohmanirrohim..

blogger-emoticon.blogspot.com

Sedar tak sedar dah final exam rupanya..cepatnya masa berlari sampai tak sempat aku nak mngejar masa itu..

Tekanan perasaan menyiapkan assignment dan mengulangkaji masih membebani jiwa. Kekangan waktu membuatkan aku jadi tidak terurus..

Final Exam dah bermula..

Date: 2 November 2009

Time: 10 am-12noon

Subject: Crime, Deviation and Control

*********alhamdulillah selesai**********

Tapi...

Date: 2 November 2009

Time: 8 pm- 10.30 pm

Ade class ganti pulakkk...waaa

blogger-emoticon.blogspot.com
Bukan itu aje, lecturer siap bagi assignment lagi...dan due date hari kames (5 November 2009) nihh!!!
blogger-emoticon.blogspot.com

************************************
Date: 4 November 2009

Time: 9 am-11 am

Subject: English for Occupational Purposes (LOP)

**************************************
Date: 5 November 2009

Time: 10 am

Submit assignment and mid term

*************************************
Date: 7 November 2009

Time: 9 am-11 am

Subject: Population and Society

************************************
Date: 8 November 2009

Time: 3 pm-5 pm

Subject: Social Problem

************************************
Date: 12 November 2009

Time: 9 am-11 am

Subject: Social Anthropology