Friday, June 10, 2011

~// 3 IdiOts..\\~

Title of movie: 3 Idiots
Genre: Humor

Entah kali ke sekian berapa aku dok melangok tgk citer ni..ish3
Memang byk pengajaran ttg hidup dlm citer ni..especially utk mereka2 yg bergelar student.
Satu-satunya filem hindustan yang paling bagus abad ni yg aku penah tgk!
Walaupun nampak cam lawak gila-gila sikit, tapi memang ade mesej yang terselit dalam setiap lawak tu~

Welldone Amir Khan!
Kerana berjaya membawa watak Rancho/Wangshu dgn baik

Rating: 5 Stars (Must Watch Film)


(^_^)v Like

Wednesday, June 8, 2011

~//bEkaLan daRi Emak...//~

Date: 8th June 2011
Time: 10:34 pm

Alhamdulillah...
Alhamdulillah Ya Allah...
Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala nikmat dan rahmatMu..

Teringat dulu masa kecik-kecik,
Masa sekolah rendah,
Hari pertama nak naik bas sekolah pakcik Mokhtar...
Mak siapkan sarapan pagi..
Pastu bekalkan pulak nasi goreng dengan air kopi susu panas kat aku..
Pastu pagi-pagi yang sejuk tu, mak sama-sama tunggu sampai bas dtg..
Mak tetap berdiri disisi pagar sambil tunggu aku naik bas..
Sebab bas datang awal sgt, sblm subuh pulak tu..
Kadang-kadang sampai tertinggal buku la,
Kadang-kadang sebelah stokin x sempat nak ambik takut tertinggal bas..
Pastu mak la yang sudi 'poskan' barang-barang yang tertinggal tu kat pakcik bas..
Setiap hari mak mesti akan bekalkan aku makanan..

Kemudian,
Dah masuk sekolah menengah..
Mak tetap juga bekalkan aku makanan..
Mak pesan makan dengan kawan-kawan..
Masa rehat, aku akan makan berjemaah dengan kawan-kawan..
Seronok sangat, ramai puji mak masak sedap..
Mak juga tetap temankan aku tunggu bas depan rumah pagi-pagi...

Seterusnya,
Aku dah masuk ke alam kehidupan kampus,
Terpaksa pulak berjauhan dengan mak bila masuk Matrikulasi,
Walaupun hanya kat PJ je pun...
Mak tetap selalu datang berziarah setiap minggu..
Aku pulak selalu balik setiap minggu...
Mak masih juga bekalkan aku makanan untuk dibawa ke asrama...
Tapi, bila nak dihantar pulang..
aku pulak yg teguh berdiri disisi pagar asrama melambai mak

Sekarang,
Aku dah melangkah ke Main Campus Uiam Gombak,
Tidak lagi berjauhan dgn mak..
Terasa bagai meneruskan rutin dialam persekolahan..
Sebab dulu sekolah bersebelahan uia je.. (^_^)
Sejak kelisa muncul dalam hidupku,
Aku tidak lagi menaiki bas pakcik Mokhtar..
Walaupun aku sering saja berselisih jalan dengan bas pakcik Mokhtar tu..
Bas yang banyak kenangan dgn kehidupanku...
Walaupun begitu, mak tetap juga menyediakan bekalan untukku ke kelas
Tetap juga menghantarku didepan pintu dan melambai tangan
Hingga aku hilang dari pandangan..

Kini,
Aku telah menempuh alam pekerjaan,
Alhamdulillah, rezekiku di Uia yang kusayangi..
Makin dekat dgn rumah dan makin akrab aku dgn mak...
Walaupun aku sudah dewasa,
Mak tetap juga menjagaku seperti dulu..
Mak tetap bekalkan aku dengan makanan utk ke tempat kerja..
Bukan tu aje,
Mak juga bekalkan aku dgn supplement, vitamin agar aku tidak mudah jatuh sakit
Dan mak akan pastikan aku makan vitamin sebelum keluar rumah..
Tetap juga menghantarku didepan pintu dan melambai tangan
Dan mengingatkan aku agar tidak memandu laju..

Itulah emak...
Dari dulu sehingga kini..
Tetap begitu..
Melimpahkan aku dengan kasih sayangnya,
Menjagaku lebih daripada dirinya..

Kata mak,
Mak selesa menyediakan bekalan untuk anak-anak..
Kerana disitulah kepuasaan sbg seorang ibu..
Menyediakan makanan berkhasiat hasil air tangannya
Agar anak-anak bertenaga untuk belajar, bekerja dan beribadat..
Mak juga membekalkan kita dengan bekalan doa yang berterusan,
Agar kita selamat pergi dan balik,
Agar kita sentiasa dilindungi Allah,
Agar kita dilimpahi nikmat kesihatan yang baik,
Agar kita berjaya didunia dan akhirat..

Dedikasiku buat mak...
Ana uhibbuki fillah hubban syadidan