Wednesday, October 13, 2010

~Alhamdulilah...finally we made it!!!~





Cover album kami~~hee

My Graduation Day

Alhamdulillah...
Dalam entry ni aku ingin sekali menukilkan kenangan manis aku meraikan hari konvokesyen aku yang berlangsung pada 3 Oktober 2010 lalu. Iaitu hari bersejarah aku bergelar graduan setelah hampir 6 tahun menggali ilmu pengetahuan di taman budi dan ilmu ini.
2 tahun di Matrikulasi, 4 tahun di Campus Induk UIAM, Gombak.

Alhamdulillah..
Sekali lagi aku panjatkan rasa kesyukuran pada Allah Swt kerana memberi aku kekuatan mengharungi 1001 cabaran hidup menggalas tanggungjawab kepada kedua ibubapa aku, keluarga, masyarakat dan juga agama. aku bersyukur kerana beradanya aku di menara gading ini adalah atas rahmat Allah dan juga berkat doa tanpa jemu kedua ibubapaku.

Mak & Abah,
Seluas angkasa terima kasih tak terhingga atas curahan kasih sayang yang tak ternilai harganya padaku,
pengorbanan, kepayahan, perit jerih kalian menjagaku sedari kecil hingga dewasa kini, juga sokongan moral & material yang diberi, didikan agama yang disemai dalam jiwaku, ajaran akhlak dan nilai-nilai murni yang kalian pupuk dalam hatiku. Moga Allah memberkati kalian. Amiin.


yummmmmy...inilah kek yang diberi oleh kak tipah sempena meraikan hari konvokesyenku..

Sekilas dari Majlis Konvokesyen.

Debaran hati yang sungguh luar biasa..menanti saat diri rasmi menjadi graduasi mahasiswa menggenggam erat ijazah di atas pentas sambil di saksikan oleh kedua ibubapa tercinta..menjadi kenangan bahagia saya. Melihat mak dan abah tersenyum bangga melihat anaknda mereka berjalan dengan penuh kesyukuran di pentas kejayaan.. alhamdulillah. Moga menjadi inspirasi buat adik-adikku. insyaAllah.


Bergambar kenangan bersama keluarga Vianney Johannes, rakan baikku dari Sabah dan Rozalizah. Moga persahabatan kita berkekalan.