Monday, May 14, 2012

BEST MOTHER AWARD 2012

video

Kasih Tak Bersyarat

Album :
Munsyid : Azahari
http://liriknasyid.com

Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
Hanya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku 
 
 
BEST MOTHER AWARD 2012

Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Allah 

krn memberiku peluang berbakti kpd ibuku..

Mak,
 
Seluas langit diangkasa dan jutaan kerlipan bintang di langit ucapan terima kasihku tidak terhingga buat mak

kerana telah menjadi ibu yang sangat hebat 

kerana mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari

kerana bersengkang mata menjagaku 

sedari kecil telapak tanganmu..

hingga sebesar dan setua 26 tahun diriku kini
 
Terima kasih juga

berjaya mengajar dan mendidik ku menjadi insan berguna pada masyarakat, bangsa dan agama
 
terima kasih atas segala-galanya..

Semoga Allah merahmatimu..
 
Semoga Allah melimpahimu dengan rahmat dan kasih sayangNya..

Semoga Allah memeliharamu daripada segala kesulitan dan kepayahan..
 
Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala kebaikan dan kesabaran mak menjaga dan mendidik kami..


Ammeennn..Ya Rabbal 'Alamiin



 
 

Wednesday, May 9, 2012

Manusia dan Kesilapan

Manusia mmg x akan terlepas dari wat kesilapan / kesalahan kan

samada:

1) Tak disengajakan

Situasi:

Seorang budak sedang berjalan sambil membawa segelas air oren..secara tetiba dia tersadung batu lalu air itu jatuh mengenai seorang kakak yang sedang duduk di tepi tu..

Kakak: Hei, ko ni buta ke ape! habis baju aku kne air oren ko!

Budak: Maaf kak..maaf kak..saya betul tak sengaja..

Kakak: amboii, senang nya cakap...ko ingat dengan maaf ko tu leh bersihakan baju aku semula?! ko tau x baju  aku ni berjenama..blaaa..harga dia..bla..blaa

Kakak tadi terus naik hangin sambil memaki2 dak yg malang tu..

Itulah namenya taqdir...

Kita x tahu pada hari tu, pada sekian waktu itu kte akan tersadung batu

dan kalo kita tahu, kita pasti akan mengelak jumpa batu..hatta batu kecik pun

2) Tak tahu

Situasi:
 
Seorang wanita baru pertama kali mula bekerja di sebuah syarikat swasta. Tidak mempunyai pengalaman bekerja sebelum ni. Majikannya meminta dia fotostat beberapa dokumen penting syarikat. Dia terpaksa meredahkan aje, walaupun tidak pernah menggunakan mesin fotostat sebelum ini. Nak dijadikan cerita, tetiba mesin tu jammed, ada paper tersangkut dalam tu.

Bos: Apa awk dah buat ni hah?? nak guna mesin ni pun xreti ke??

Wanita: Maafkan saya bos, sebenarnya saya tatau gune mesin ni.

Bos: kalo awk tatau, lenkali tanya dan minta bantuan pada staff lain.

Semua orang dilahirkan dari TAK TAHU menjadi orang yang TAHU..setelah melalui proses pembelajaran

Jadi untuk menjadi tahu..kita perlu melalui proses belajar bertanya.


LEARN FROM MISTAKES
 
Setiap orang akan belajar daripada kesilapan masing-masing untuk menuju kepada proses kematangan..

Jadi,

1) belajarlah memaafkan orang yang membuat kesilapan

2) banyakkan bertanya apa yang tidak tahu



*******************************************************************************

Memetik ayat daripada blogger Kereta Mayat :

Maha Suci Allah yang dengan kehendaknya telah membuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan beberapa ‘kesalahan’ dalam ibadah, yang mana Hikmahnya adalah, Ummat akan dapat belajar bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul dalam beribadat kepada Allah.

Sebagai contoh, apabila Nabi terlupa bacaan ayat dalam solat, atau Nabi tertinggal raka’at dalam menjadi imam, atau Nabi tertinggal solat jemaah, dan lain lain lagi, lihat bagaimana daripada kesalahan itu, Nabi terus menunjukkan cara pembetulan,

Malahan kesalahan ini adalah di sengajakan oleh Allah ke atas NabiNya yang mana Ummat akan dapat belajar secara langsung dan lebih faham kerana ianya berlaku secara praktikal.

Dengan ilmu ini, orang yang melakukan kesalahan secara tidak sengaja dalam ibadah akan dapat meneruskan ibadah mereka tanpa perlu merosakkan ibadah tersebut.

Alangkah baiknya perkara ini!

Maha Suci Allah yang telah mebuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan ‘kesalahan’, dan beruntunglah mereka yang mengambil manfaat dan renungan daripada kehendakNya yang Maha Mengetahui.

Oleh yang demikian, asbab ‘kesilapan’ Nabi, setiap masalah yang timbul dalam ibadat nampaknya telah berjaya di selesaikan dalam ummat. Alhamdulillah..



Tuesday, May 8, 2012

Blogku yang sudah usang..

Assalamualaiummm...

Asssalamuaikummmm...oooo tuan umhhh!

tade orang ke??

semaknya umah sampai berlumut hijau kut..


(^____^)


keBUSYan terlampau!

xsempat nak mnyapu sesawang kat pondok usang ni dah..

Alhamdulillah, harini bekesempatan singgah kejap ke teratak ni

patutlah terase gatal je tangan hari ni..upenya gian nak menulihh

Taun 2012,

mmg byk CERIA dalam cerita,

berbanding

Taun 2011,

yang banyak DERITA dalam cerita

Alhamdulillah...

Allah itu mmg MAHA ADIL lagi MAHA MENGETAHUI

setiap apa yang direncanakan untuk ku sepanjang perjalan hidupku ini..

Semoga Allah sentiasa memimpin setiap langkah perjalannku ini..

Amiin


p/s: lama x berblogging..baru aku pasan..blog sekarng dah berwajah baru dgn macam2 features..sampai naik penin i..weee ^^