Tuesday, August 23, 2011

==Sa'ed Milad Ya Abi==

Date: 20th August 2011 (Saturday)

Tanggal 20hb Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432Hijrah, maka telah genap usia abah yg ke 54 tahun

kalo ikutkan perancangan awal dan keputusan mesyuarat kali kesekian bape nth, cadangan yg dipersetujui sidang jemaah adelah utk celebrate bithday abah kat restoren berdekatan. Oleh kerana selama hampir sebulan umh kami diserang hama kucing yg mnyebabkan sekalian warga umh kegatalan satu badan yang amat dahsyat, maka mak telah menghubungi pasukan peyembur racun hama ke rumah iaitu-Pestcontrol Team. Lalu, kami sekeluarga telah diarahkan keluar dari rumah bermula dr pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Ahli keluarga seramai 10 org telah memenuhkan dan menyempitkan van yg kecil tu sehingga padat ibarat sardin didalam tin. Lalu bermulalah perjalanan tanpa tujuan selama beberapa jam meronda-ronda di Kl dgn perut yg lapar di hari yg panas pada bulan ramadhan yg berkah itu...

Destinasi 'Singgah Masjid' pertama kami ialah masjid Amaniah bt caves. kami bersolat zohor di masjid sebelum memulakan perjalanan tanpa tujuan. Kemudian, membuang masa dan minyak meronda-ronda di segenap pelosok kampung baru, bersiar2 amek angin waktu panas di Titiwangsa, kemudian hampir pukul 4pm baru masing-masing nak bertelagah memilih destinasi nak dituju. Arakian, setelah ber'mesyuarat' agong didalam van, maka keputusan telah diputuskan untuk celebrate birthday abah kat Kuala Selangor~~(^_^)~~

Perjalanan memakan masa berjam jugak lamanya, sehingga sedar2 dah sampai dlm pkul 6pm, setelah masing2 tidur nyenyak tak sedar diri walaupun dlm keadaan van yg sempit dan padat. Destinasi 'Singgah Masjid' seterusnya ialah masjid kuala selangor. Kami bersolat asar di masjid tersebut sebelum meneruskan perjalanan 'Singgah Bazaar'.

Kemudian, sesi meronda-ronda di pelusuk daerah kuala selangor sehingga ketemu bazaar ramadhan utk 'shopping' juadah berbuka. Kononya nak berbuka kat restoren, tapi setelah memikirkan tempoh waktu solat maghrib agak terhad, dan tempoh nak makan-makan juga mgkin mngmbil masa yg lama, maka kami memutuskan untuk membeli juadah di bazaar dan berbuka puasa di masjid terdekat. Senang kan?

Destinasi 'Singgah Masjid' yg terakhir ialah masjid..(xingat pulak namanya..huhu) utk berbuka puasa. Alhamdulillah, selesai berbuka dan bersolat jemaah kami bertolak mencari destinasi restoren utk meraikan besday abah. Setelah penat meronda2, akhirnya ketemu juga destinasi restoren pilihan tersebut iaitu Medan Ikan Bakar. Agak luas kawasan tu, ada tempat parking yg luas. Mujur kami dtg lps maghrib, kalo x m,emang xcukup tempat sbb tempat dh dipenuhi org ramai yg nak berbuka posa kat situ.

Setelah seronok kekenyangan makan, kami bergerak pulang..sesampai aje kat umah kami agak terkejut melihat berpuluh-puluh 'bangkai' lipas bergelimpangan di dalam umh setelah mereka berperang dgn racun tersebut selama 12 jam. Ahh, xlarat betul nak mngemas umh esok pagi kne gi keje awal pulak..(alasan utk mngelat..wawawa~)

Tuesday, August 9, 2011

//===7 SUNNAH PENTING===//


Salam Ramadhan Kareem to all of you..

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.