Monday, March 15, 2010

~.:Final Exam, Final Sem, Final Year:.~

Bismillahirrohmanirrohim~~

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan rasa kesyukuran kepadaMu ya Allah atas rahmat dan kasih sayangMu..terima kasih atas nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat hidup, nikmat kebahagian yang telah Engkau kurniakan padaku..

Hari ni tinggal lagi 3 hari nak final exam...pertame kali exam yang berderet2 yang tercatat dalam rekod sejarah hidup aku sepanjang 4 tahun belajar ni..ditambah pulak dengan x ade study week. boleh pulak lecturer suro ktorang wat presentation dgn kuiz mggu depan time suntuk org kelam kabut nak prepare utk exam.


Exam: Shariah & Ijtihad in Contemporary Muslim Society
Date: 19 March 2010 (Jumaat)
Time: 9 am

lps exam tu pulak ade kelas ganti..ishh..sure rase cam nak pengsan!

Quiz: Arab
Date: 22 March 2010
Time: 8 pm

Exam: Youth & Society
Date: 23 March 2010
Time: 9 am

Exam: Medical Anthropology
Date: 24 March 2010
Time 3 pm

Exam: Research Methodology II
Date: 25 March 2010
Time: 3 pm

Exam: Arabic Language
Date: 26 March 2010
Time: 3 pm

Semoga Allah permudahkan segala urusan, dan mudahkan pemahamanku..ammin

Saturday, February 20, 2010

~.:IntisaRi Khutbah Jumaat:.~

sedutan khutbah Jumaat, 19 februari 2010.

Semoga bermanfaat.



Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,



Pada 19 Februari 2010 pihak berkuasa mengadakan Hari Anti Dadah Kebangsaan sebagai peringatan bahawa dadah menjadi ancaman utama kesejahteraan masyarakat dan negara. Hakikatnya bukan dadah, penagih dan pengedarnya sahaja, malah gejala maksiat lain seperti ketagihan arak, ketagihan seks, bersyubhat melakukan kezaliman dan penipuan, tahi judi, jenayah rasuah, salah guna kuasa juga adalah sebahagian dosa besar yang menjadi musuh utama negara dan agama Islam. Pada prinsipnya mereka yang terlibat dengan maksiat dan perbuataan berdosa besar telah hilang kewarasaan akal kerana merosakan nama baiknya dan menimbulkan kegelisahaan dalam masyarakat. Perbuatan-perbuatan ini sebenarnya semakin menjauhkan diri seseorang daripada Allah.

Kadangkala dengan hanya satu perbuatan maksiat sahaja boleh menghancurkan nilai kehidupan dan menyebabkan kerugian sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Oleh itu, usaha membanteras, memerangi maksiat dan perbuatan berdosa tidak boleh dibuat berdasarkan kes-kes terhad atau oleh agensi tertentu tetapi perlu dibuat secara menyeluruh di seluruh negara selari dengan kehendak syariat Allah.

Selari dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kebimbangan kita terhadap perkembangan maksiat di negara ini setiap hari, maka amat wajar sekali mimbar menyeru Satu Malaysia, seluruh ibu bapa dan anggota masyarakat berusaha dengan ikhlas memerangi maksiat.

Bagaimana pun mimbar amat sedih kerana terdapat segelintir umat Islam yang mengakui dirinya dan melafaz dibibir bahawa Islam adalah agama yang baik, solat itu baik, kalimah Allah adalah hak Islam tetapi secara diam-diam mengatakan dalam hati dan fikirannya bahawa maksiat itu adalah urusan individu dan mereka tiada upaya melawan kehendak nafsu demi memperkukuhkan kepentingan diri sendiri.

Mimbar mengingatkan bahawa pencemaran jiwa dan hilang kewarasan akal telah menggugat Satu Malaysia dalam usaha memerangi maksiat. Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir:

Maksudnya: “Ingat! Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, Ingatlah! Itulah hati.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)



Berdasarkan hadith tadi, jelas jiwa yang tercemar telah menyesatkan dan memalingkan hati manusia menjauhi Allah SWT. Satu lagi perkara yang saling kait mengait dengan hati yang menjadi penghalang Satu Malaysia memerangi maksiat ialah hawa nafsu. Firman Allah dalam surah Saad, ayat 26:

Maksudnya: “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar; dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.”



Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,



Mimbar ingin mengingatkan kepada penegak-penegak maksiat dan pengamal dosa besar, jangan berseronok dengan perbuatan keji dan bergembira melihat mangsa diperlaku dengan zalim. Setiap perbuatan keji itu ada pembalasan yang setimpal dengannya sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Di samping itu, mereka juga akan menghadapi kesan buruk sewaktu menghadapi saat kematian atau sakaratulmaut. Firman Allah dalam surah al-Waaqi’ah, ayat 88-89:

Maksudnya: “Kesudahannya jika ia (yang mati itu) dari orang Muqarrabiin. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.”



Mereka yang dipermudahkan dan disenangkan ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira. Manakala bagi orang yang terlibat dengan dosa besar dan maksiat menghadapi kesukaran dan keperitan yang bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 29:

Maksudnya: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.”.



Orang yang yang disukarkan nazak ialah orang yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong dan jahat, serta bergelumang dengan dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakarataulmaut itu, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa yang dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa-mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan kepadanya ketika menghadapi saat kematian. Kalau dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman yang dilakukan.

Di dalam beberapa hadith disebutkan mereka juga dijerkah oleh Malaikat Maut dan diperlihatkan kepadanya azab seksa api neraka. Keperitan dan kesakitan menghadapi sakaratulmaut menyebabkan mati dalam keadaan kufur tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Malah kadangkala di pertunjukkan kelakuan buruk kepada ahli-ahli yang hadir menziarahinya yang menjatuhkan nama baik dan pangkat yang diperolehi. Dengan demikian berwaspadalah dan jagalah tingkahlaku semasa kita hidup.

Keperitan sakaratulmaut tidak dapat dibayangkan dan tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan di dunia ini. Rasulullah sendiri merasakan sakitnya di waktu saat kematiannya sehingga baginda membasahi sehelai kain dengan air kemudian mengusapi diwajahnya sambil bersabda, “ Tiada Tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya bagi setiap kematian itu ada sakaratulmaut. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratulmaut”. Walaupun Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa, namun baginda juga meninggal dunia seperti orang lain menghadapi proses sakaratulmaut, menghadapi kesakitan apatah lagi kita manusia yang tidak dapat lari melakukan perbuatan berdosa.



Muslimin Yang Dikasihi Allah,



Mengakhiri khutbah mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, ingatlah dan insaflah semasa masih sihat, masih berkuasa dan bertenaga, marilah kita Satu Malaysia memerangi maksiat, Satu Ummah mendekatkan diri kepada Allah dengan terus kekal bertaqwa kepada Allah. Untuk menghindarkan diri kita dari kesukaran menghadapi sakaratulmaut, nazak yang perit yang tidak dapat dibayangkan kesukaran di saat kematian, marilah kita sekalian mempertebalkan keimanan kepada Allah, memperbanyakan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, menjauhi segala perbuatan berdosa dan maksiat.



Maksudnya: “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) .” (Surah al-Jumu’ah:8)

Masjid Al-Muhsinin

Thursday, January 28, 2010

~.:JEMPUTAN: Wacana Tahap-tahap Proses Islamisasi dan Peranan Gerakan Keilmuan:.~

Siri Wacana HAKIM

Tajuk:
Tahap-tahap Proses Islamisasi dan Peranan Gerakan Keilmuan

Oleh:
Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud
Fellow Utama ATMA, UKM
mantan Timbalan Pengarah ISTAC

Tarikh: 6 Februari 2010

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat: Masjid Al-Ghufran, KL.

Yuran: RM10 sahaja

HAKIM menjemput semua pencinta ilmu untuk menyertai program ini, khususnya kepada individu-individu yang berminat untuk menyumbang wang dan tenaga serta memberikan komitmen bagi membantu HAKIM menjayakan misi dan visi penubuhannya.

Untuk urusan pendaftaran atau pertanyaan, sila hubungi: 012-9344553 (Sdr. Fayhsal)

www.hakim.org. my

Monday, January 25, 2010

~.:10 LALUAN YANG BAKAL DILALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT:.~

Bagaimana memudahkannya?
 
LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
 
 
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
 
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
 
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
 
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
 
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
 
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
 
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
 
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.
 
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
 

Saturday, January 23, 2010

~.: rEntEtan pEristiwa piLu sepanjang jaNuary 2010:.~

Bismillahirrohmaniirohim..

alhamdulillah, aku panjatkan rasa syukur atas rahmat dan kasih sayangMu, krn sehingga saat ni aku masih diberi peluang mengecapi nikmat hidup di atas bumiMu yang barakah ini..

Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar 2010 dah datang menjengah, mengetuk pintu bilik mengejutkan diriku yang enak lena. "bangun, 2010 dah datang ni!!"

"selamat datang 2010"

Aku bersiap-sedia menghadapi cabaran 2010
Tetap kuteruskan langkah
Meneruskan perjuangan!
Memateri azam utk mencapai cita-cita
Moga Allah teguhkan imanku,
Moga Allah kuatkan langkahku untuk menempuh perjalanan ini!


January 2010

Bulan pertama dalam tahun 2010
Sungguh, aku diuji.
Cabaran dan dugaan datang silih berganti
walaupun payah, perlu tabah
Ingin ku coret, rentetan dan cebisan kehidupan
Sebagai ingatan dan peringatan
Kenangan dan pengalaman


11 JaNuari 2010 (Mon)
> Tengahari tu, tok ayah cirit-birit akibat makan roti canai dengan kuah dal pagi tadi. Aku ke kelas seperti biasa, lepas maghrib, tok ayah makan malam. betul-betul berselera. Nasi dan gulai ikan sembilang. Memang favorite tok ayah. Tiba-tiba, tak semena-mena tok ayah tercekit tulang. Tapi aku dan abah terpaksa pergi kelas pukul 8pm. Malam tu, ayong bawak tok ayah ke klinik. Malangnya, doktor tak dapat nak keluarkan tulang di kerongkong. Doktar bagi surat rujukan utk ke hospital. Lepas balik dari kelas malam, tok ayah kata tulang tu masih belum hilang. Tok ayah mengadu, dia cirit birit banyak kali malam tu. Pada pukul 12 pm, keadaan tok ayah agak mencemaskan. akibat terlalu banyak kali berulang masuk keluar bilik air, badan tok ayah mengeletar semacam. Kami usung tok ayah dengan wheelchair untuk masuk ke dalam kereta. Sampai di klinik, tok ayah tercirit birit di depan pintu tandas. Dalam 4 kali jugak berulang alik ke tandas. Mujur x ada org malam tu. Alhamdulillah, dalam pukul 2 pagi, urusan selesai , tulang di kerongkong tok ayah pun dah hilang lepas muntah-muntah. Bermula pukul 2 pagi, aku dah abah terpaksa berjaga dan bergilir tgk tok ayah. Keadaan tok ayah sungguh pelik. Masa aku nak suap mushroom soup kat tok ayah sebelum makan ubat, tok ayah jadik kebudak-budakan. Dia cakap pelik-pelik dan hisap jari. Pukul 6pagi, barulah aku boleh lelapkan mata. Tok ayah terpaksa duduk dan tidur atas wheelchair, sebab aku tak larat nak angkat.

12 Januari 2010 (Tue)
> Class mula pukul 10 pagi. Betul-betul mengantuk sebab tak cukup tidur. Menguap jangan ceritalah. Mata dah rasa berat teramat. ku tahan juga selagi terdaya. Pukul 1pm baru habis kelas. Beli roti jap, lepas solat zohor ada baki 15 minit sebelum pergi kelas pukul 2pm. Erm, masih sempat. Tidooo...zzzz. Tido yang berkualiti. Lena sungguh. Tetiba, henfon bergegar, Halimah telipon. Alamak dah 2.30 pm. Masuk dalam kelas jangan ceritalah, muka dah berkeronyok dengan lipatan , mata pun dah merah. Habes kelas pukul 5pm, terus balik rumah. Betul-betul penat! Sampai saja kat rumah, tok ayah masih di kerusi roda. Kesian bila tengok. Makan-minum perlu bersuap, sebab tok ayah tak mampu untuk berdiri dan berjalan. Lepas makan tok ayah akan muntah-muntah. Minum air, muntah keluar air.


13 Januari 2010 (Wed)
> Keadaan masih tidak berubah. Keadaan tok ayah bertambah teruk, setiap waktu akan muntah. Perut penuh angin dan tak dapat menerima sebarang bentu makanan. Dalam keadaan begitu pun tok ayah masih berkeras tak nak ke hospital. Kami semua terpaksa akur. Malam tu, kami bergilir2 jaga. Dah 2 hari berturut2 tok ayah di kerusi roda tanpa bergerak. Pilu rasa hati ni.

14 JaNuari 2010 (Thu)
> hari ni adalah hari lahir mak. Aku balik lewat sikit sebab nak beli hadiah kat mak. Rasa tak meriah pulak raikan hari lahir mak tanpa adik-adik yang lain. terasa sunyi dengan riuh rendah. Terpaksa raikan mak dengan ala-kadar saja. Semoga Allah berkati usia mak. Hari ni dah masuk hari ke 3, juga keadaan masih sama. Setiap kali makan mak akan suapkan bubur kat tok ayah. Bubur tu perlu di kisar halus sebab tok ayah perlu makanan yang solid (macam makanan bayi).


15 Januari 2010 (Fri)
> Aku tak ada kelas setiap hari jumaat. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya abah dapat pergi kerja. Dah banyak hari abah tak dapat pergi kerja sebab jaga tok ayah. Hari ni dah masuk hari ke 4 tok ayah masih di wheelchair. Risau aku, kalau duduk lama-lama nanti boleh kebas badan. Petang tu aku pujuk tok ayah ke hospital untuk masuk air dalam badan. Sebab tok ayah dah berhari-hari x cukup zat dan air dalam badan (sebab muntah yang teruk). Alhamdulillah tok ayah setuju. Malam tu kami gerak ke hospital. Macam biasa la kalau menunggu kat wad kecemasan hospital memang memaksa diri untuk bersabar dengan waktu. Selesai X-ray, dan sebagainya. Pukul 5 pagi, baru la boleh tok ayah di hantar masuk ke wad! Ya, Allah, betul2 sangat letih!! Tok ayah minta abah yang temankan dia kat hospital sebab mudah kalau nak ke tandas ke, tolong angkat ke kan.


16 Januari 2010 (Sat)
> Berita tok ayah masuk wad telah tersebar luas sehingga nun jauh di alor setar, penang, kelantan, terengganu dan Australia! wahh, cepatnya. Dengan segala teknologi yang wujud sekarang ni, segalanya hanya di hujung jari sahaja. Maka berduyun-duyung la kerabat dari jauh datang menziarahi tok ayah. Sampai penuh ruang wad tu!Malam ni, mak long, paklong dan mak tam akan bergilir jaga tok ayah. Kalau ikutkan ramai yang berebut-rebut nak jaga tok ayah di hospital tu. Alhamdulillah~


17 Januari 2010 (Sun)
> Alhamdulillah, ramai sedara-mara silih brganti datang melawat tok ayah. Dalam masa 2 hari di wad ni, nurse terpaksa pakaikan tok ayah pampers untuk memudahkan kedua-dua belah pihak. Erm, tok ayah yang agak cerewet ni terpaksalah menerima keadaan seadanya. Hanya nurse perempuan sahaja yang ada. Hospital kekurangan nurse lelaki kenapa ye? ermm.. padahal nurse lelaki perlu ada untuk memberi khidmat pada pesakit.


18 Januari 2010 (Mon)
> Lepas habis kelas, aku balik rumah. Mak ajak pergi ziarah tok ayah. Petang tu kami pergi dengan kawan-kawan mak ; cik chah dan cik nor. Sampai saja di hospital, doktor kata tok ayah dah boleh discharged. Alhamdulillah. Tengok tok ayah pun dah makin pulih dan dah berselera makan. Makanya, petang tu kami berkemas-kemas dan balik dengan kereta cik chah. Semoga Allah saja la yang dapat membalas budi baik cik chah. Sesampai saja di rumah, kami dapat berita yang memilukan, adik yung yang ke 9 yang brnama hafizi tu maut kemalangan. Innalillah. Kami sekeluarga berduka cita atas berita kematian hafizi. Khabarnya, Hafizi yang baru darjah satu tu kemalangan akibat digilis motor semasa nak melintas di jalan besar lepas sekolah dengan abangnya Qayyum yg baru darjah 4.

19 Januari 2010 (Tue)
> Hari ni aku ada mid term exam. Ntah macam mana boleh tersalah tengok venue exam. Terlewat hampir 15 minit. ish3.

20 Januari 2010 (wed)
> Hari ni mak dan abah beli pampers kat tok ayah. Walaupun tok ayah berkeras tak nak pakai, terpaksa juga akur untuk sementara waktu. Aku paham, mesti tok ayah tak selesa pakai. Malam tu, masa tengah study, aku terdengar tok ayah panggil tapi aku ingatkan tok ayah mengigau. Pastu aku ke depan, aku tengok tok ayah meniarap di atas toto. Rupanya mak bangun dari tidobantu tok ayah untuk bangun turun meniarap ke atas toto. Tengok keadaannya, betul2 menyedihan. Tok ayah kata sakit belakang sebab terlalu lama duduk di wheelchair tu.


21 Januari 2010 (Thur)
> Pagi ni aku ada mid term exam lagi. lepas exam ada ada class pulak. Tapi dalam kelas tadi betul2 santai dan menyeronokkan. Madam buat activity berkumpulan dalam kelas. Menarik. kelas habis pukul 1pm. Tetiba, yung call menyampaikan berita kematian pakman di terengganu. Hampir tersentap aku mendengar berita kematian pakman (Bapa saudara yung) Sungguh tak terduga. Dalam menahan sebak di dada, tanpa tertahan aku menangis. Baru saja aku dapat berita kematian anak saudaranya, kini masih terkejut dengan kematian pakman pulak. Pakman adalah seorang insan yang berhati mulia, takkan ku lupa jasa baiknya sehingga kini. Dialah insan yang sangat rapat dengan kami adik beradik. Dialah guru al-Quran aku yang pertama, mengajar ku mengaji sedari kecil. Pakman kerap turun ke Kl ziarah kami sekeluarga dan tak lupa juga bawa roti gebu yang dibuatnya. Air mata ni, tumpah tak berhenti-henti. Hati rasa sebak yang teramat. Aku terpaksa tak hadir untuk 2 kelas petang tu. Sampai saja di rumah, mak kata aku terpaksa tinggal dirumah untuk jaga tok ayah. Ya Allah, aku teringin sangat nak jumpa pakman utk kali terakhir ni. Aku terpaksa menurut. Hanya hati saja berdoa moga Allah berikan aku peluang itu. Dalam kalut-kalut mak abah bersiap-siap, tiba-tiba mak kata aku dapat pergi, tapi terpaksa tinggalkan abah untuk jaga tok ayah di rumah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!

Kami bertolak agak lewat, dalam 2.30pm. Sepanjang perjalanan, terasa sungguh hiba. Mak mengimbas kembali jasa baik pakman pada kami. Menyebabkan kami makin sebak dan pilu. Panas kelopak mata menakung air mata yang berjuraian tak berhenti. Zikrullah sentiasa kami. Moga Alah permudahkan perjalanan. Kesian kami pada Kak tipah dan abang latip. Tak henti-henti henfon berdering. Sedara mara ramai bertanya. Mayat perlu di kebumi segera selepas asar, tapi kami masih dalam perjalanan yang jauh. dari KL ke Terengganu..

Alhamdulillah, selepas menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya kami sampai jua di rumah keluarga pakman. Kami tiba sewaktu azan isyak berkumandang kira-kira jam 8.30 pm.Di tepi jalan, sedara mara siap menunngu bersedia memapah kedua-dua anak pak man; kak tipah dan abg laip ke atas rumah. Jenazah pakman telah siap di kafankan, hanya menunggu anak-anak pulang menatap wajah untuk kali yang terakhir. lapang jiwa ku dapat menatap wajah pakman yang bersih, tenang dan tersenyum! Subhanallah. Selepas mak saba, kak tipah dan abg latip mencium dahi pakman, jenazah terus ditutup untuk disempurnakan. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya dalam golongan yang tinggi darjatnya. Aminn.

22 Januari 2010 (Fri)
> Kami tak dapat tinggal lama di terengganu menemani mak saba, kerana ada tanggungjawab yang masih menunggu di rumah. kami bertolak pulang ke KL petang jumaa tu. Doaku semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan iman utk mak saba untuk menghadapi setiap ujian dan dugaan hidup ini.


Sebagai renungan untuk diri,

ALLAH S.W.T. berfirman,

“ Maha Suci ALLAH yang menguasai segala kekuasaan, dan DIAlah Yang MahaKuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan hidup dan kematian, bagi melihat dari kalangan kamu siapakah yang terbaik amalnya. Dan DIA itu Maha Perkasa dan Maha Pengampun”

Thursday, December 24, 2009

~.:INFO: 10 jEniS ToiLet yang UniK:.~

1.Chromoesome Toilet

Diciptakan oleh Jemal Wright Bath Designs dengan mencelupkan chrome sehingga menghasilkan warna oren tembus cahaya yang menarik. Toilet ini diperbuat daripada bahan porselin bersalut chrome. Sila lihat tombol flush tu, nampak mewah kan?

2.Vaso a Terro Toilet

Warna yang terang tidak hanya memliputi dan menyaduri tempat duduk toilet dan penutupnya.Hasil ilham Master Ceramiche dari Italia, merekabentuk toilet ini dan membuatnya dari keramik.



3. Imperial Toilet

Dijamin akan menambah kebanggaan pemiliknya. Imperial toilet diambil daripada design toilet untuk raja dan ratu China. Design emas daunnya diukir secara hand-painted.



4.Jungle Dundee Toilet and Bidet

Kreasi Ceramica Cielo ini boleh jadi penambah suasana hutan di kamar mandi.



5. Julien Bench Toilet

Didesigned oleh Troy Adams untuk Julien, Inc. Bench Toilet menjadi cara yang mengagumkan untuk menyembunyikan toilet dan dapat digunakan sebagai tempat duduk. Penghargaan dari DPHA (Decorative Plumbing and Hardware Association) dalam kategori Innovative New Plumbing Product of the Year Award pada tahun 2007.



6.Duravic Stark X Toilet and Bidet


Stark X toilet didesigned oleh Duravic. Designnya mirip dengan meja kecil sehingga ketika penutupnya ditutup, toilet akan tersembunyi dengan sempurna.




7. Althea Ceramica Hera Toilet

Design luarnya nampak biasa saja dengan bentuk tirus di bagian bawahnya. Tutup chrome-nya dapatdiganti dengan cover putih atau berwarna.




8.Art Ceram Fontana Toilet and Bidet

Toilet unik dengan citarasa berbeza. Fontana toilet sangat sesuai bagi mereka yang sukakan gaya elegan. Warna dual-tone menambahkan gayakan toilet ini.




9.John + Mary (Toilet and Bidet)

Designer Italia, Rapsel, menamakan ciptaannya dengan nama John and Mary. Kombinasi keduanya akan menghasilkan kamar mandi yang menakjubkan.




10.The Isis (Swarovski) Toilet

Jika Chromeosome toilet saja sudah membuat kita berasa kagum, bagaimana dengan yang satu ini? Jamal
Wright, pencipta Isis, menutupi toilet ini dengan kristal Swarovski.

Thursday, December 10, 2009

JEMPUTAN: Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia

SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

TARIKH
23 - 24 Disember 2009 / 06 – 07 Muharam 1431H

TEMPAT
Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor,
Shah Alam

PERASMIAN
Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato' Menteri Besar Negeri Selangor

UCAPTAMA
Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli
Tokoh Ulama' Syria

ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
(JAIS)

PENGENALAN

Malaysia dibentuk dengan menerima realiti kepelbagaian penduduk sebagai warganegaranya walaupun masih mengekalkan kedudukan Islam dan Melayu sebagai teras dan asas kewujudannya. Dalam menanggapi perkembangan politik yang berlaku lebih-lebih lagi dengan perkembangan siasah dan sosial semasa menuntut para ulama, sarjana dan cendekiawan Islam untuk menggemblengkan segenap tenaga ijtihad pemikiran dengan mengaplikasikan segala bentuk ilmu usul dan furu' yang ada untuk memberikan penyelesaian terhadap beberapa permasalahan yang berkaitan dengan hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam dalam konteks negara ini secara kontemporari.

OBJEKTIF

1. Berdiskusi mengenai prinsip-prinsip asas dalam pembinaan hukum fiqh bagi membentuk gagasan fiqh masyarakat Bukan Islam.
2. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat bukan Islam dengan membongkar khazanah fiqh ahl zimmah yang telah disusun oleh para ulama silam seraya memberikan input-input baru sesuai dengan situasi masa kini.
3. Mencari penyelesaian yang bersepadu bagi mencadangkan bagaimana menangani permasalahan yang timbul berkaitan dengan hubungan antara masyarakat yang pluralistik terutamanya yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
4. Membentuk gagasan fiqh masyarakat Bukan Islam berdasarkan prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada umat Islam khasnya dan bukan Islam umumnya.

PERASMIAN DAN UCAP UTAMA

Dirasmikan oleh :
YAB. Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato' Menteri Besar Negeri Selangor

Ucaputama disampaikan:
YBhg. Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaily
Tokoh Ulama' Syria
Pengantar Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama', intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuh an gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

HARI PERTAMA : RABU, 23 DISEMBER 2009

SIDANG 1: PRINSIP UMUM DALAM PEMBINAAN HUKUM FIQH
MASYARAKAT BUKAN ISLAM

1. Prinsip-prinsip Usul Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini
2. Siyasah Syar'iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk
3. Pengaruh Uruf Dalam Pembentukan Fiqh Masyarakat Bukan Islam

SIDANG 2: SENARIO ORANG BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

1. Latar Belakang Sejarah, Politik, Budaya dan Sosial Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
2. Hubungan Masyarakat Islam dan Masyarakat Bukan Islam Dalam Konteks Sejarah Islam
3. Bagaimana Berinteraksi dengan Non Muslim dalam Konteks Malaysia

HARI KEDUA : KHAMIS, 24 DISEMBER 2009

SIDANG 3: UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT
BUKAN ISLAM

1. Sistem Perundangan Islam dalam Konteks Masyarakat Majmuk
2. Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah
3. Hukum-hukum kekeluargaan bukan Islam dalam Perundangan
4. Perlakuan Jenayah Orang Bukan Islam Dalam sistem Kehakiman Islam

SIDANG 4 : ORANG BUKAN ISLAM DI NEGARA ORANG ISLAM

1. Konsep Kerakyatan Orang Bukan Islam Dalam Politik Islam Moden – Satu kajian berdasarkan Fiqh Ahl Zimmah
2. Konsep Perkongsian Kuasa dengan bukan Islam dalam Siyasah Syar'iyyah
3. Parti Politik Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam
4. Jizyah kepada warganegara Bukan Islam : Realiti Malaysia

SIDANG 5 : EKONOMI, SOSIAL DAN BUDAYA

1. Baitul Mal, Zakat, Sistem Percukaian dan Harta Negara serta Hubungannya dengan Masyarakat Bukan Islam Menurut Pandangan Islam
2. Islam dan Toleransi Budaya Dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia
3. Pendidikan Orang Bukan Islam Dalam Pusat Pengajian Islam
4. Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam
5. Hak-hak Mengamalkan Ajaran Agama Masyarakat Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Seminar ini akan dilangsungkan selama dua hari bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang. Maklumat dan tentatif program akan diberikan pada masa seminar berlangsung.

Yuran Penyertaan :
Pertubuhan / Agensi Jabatan/Individu : RM 200.00
Bayaran adalah untuk kit seminar, jamuan ringan dan makanan serta kos pengurusan.

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 16 Disember 2009 dengan menghubungi:

Sdra Mohd Azmi : 013-384 0710
: 016-274 6550
Sdri Siti Asiah : 016-261 5547

Faks : 03-7955 4300
Email : pumpusat@yahoo. com
Blog : http://www.pumselan gor.org