Thursday, September 4, 2008
~.:bErKaT mEmBaCa aYaT KurSi:.~
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan
yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?"
Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama- tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas. jadikan bacaan ayat-ayat Kursi sbg amalan kita.smga Allah memelihara kita dari segala kecelakaan, kemudharatan dan keburukan. wallahu a'lam
Tuesday, September 2, 2008
~.: aHLaN ya RaMadhaN :.~
Ramadhan Kareem...alhamdulillah kita dapat lagi menyambut kedatangan Ramadhan yang di nanti-nantikan ini. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. marilah kita sama-sama ambil peluang memperbaiki diri dan memperbanyak doa. moga rahmat Allah sentiasa bersama kita..hari ini jom kita menyingkap kembali sejarah ramadhan serta kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini..
SEJARAH RAMADHAN
- Ramadhan ertinya panas terik.
- Bulan di turunkan Al-Quran dan juga disebu "syahru ramadhana"
- Berlakunya Perang Badar al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan
- Bulan di mana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
- Di dalamya terdapat malam al-Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
- Di pilih sebagai bulan kewajipan berpuasa
- Di pilih untuk ibadat-ibadat lain spt tarawikh, zakat firah, tadarus al-Quran
- Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
- Bulan penuh keberatan
- Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
- Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
- Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
- Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
- Bulan menambah rezeki
- Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
- Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
- 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka
Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
- Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
- Menempah pakaian untuk Ramadhan
- Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
- Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
- Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
- Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
- Solat berjemaah setiap waktu
- Solat jemaah di masjid/surau
- Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
- Sahur diwaktu akhir
- Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
- Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
- Kurangkan tidur
- Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
- Tunaikan Solat Dhuha
- Tidur satu jam sebelum Zohor
- Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
- Jaga pacaindera
- Elakkan gosok gigi pd waktu petang
- Hadiri majlis ilmu / tazkirah
- Buat baik pada ibubapa
- Isteri hendaklah taat pada suami
- Banyakkan bersedekah
- Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
- Berbuka bersama org tua
- Jemput tetamu berbuka
- Kurangkan berat badan - diet
- Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
- Baiki hubungan suami isteri & keluarga
- Baiki hubungan jiran
- Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
- Elakkan belanja berlebihan
- Kuatkan kesabaran
- Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
- Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
- Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
- Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
- Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
- Berdoa dengan nada lembut dan merayu
- Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
- Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
- Melazimkan solat pada awal waktu
- Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
- Elakkan banyak berhutang
- Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
- Tunaikan zakat fitrah
- Kepada Orang Tua yang lemah
- Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar
- Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
- Bagi orang yang kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Bersihkan badan / mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik
>>Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.
pEtua:-
Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.
Wallahu a ' lam.
Friday, August 1, 2008
~.:KiSaH sUsU iBu:.~
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....
Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.
Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama ter sebut.
So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan ! Jadi dalam soal harta pusaka dan sebagainya.. .
**moral: citer yg menarik..tapi adakah anak lelaki yg mndapat 2 bahagian tu mampu menunaikan tanggungjawab kpd ibu mereka dr anak perempuan yg hnya perolehi 1 bhgian?? renung-renungkanlah..^_^
Thursday, July 31, 2008
~:15 sYmPtOms EGO:~
Suatu zaman yang tersangat dahulu, tatkala diperintah utk sujud pada Adam, syaitan berkata"What? Sujud pada Adam?? Sory ler..Patutnye dia yg kena sujudpada aku coz aku lebeh senior! Aku lebih mulia dari dia! Aku dari api sedangkan dia hanya dari tanah!!
BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bile terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dgn manusia, kemudian ego dgn Tuhan. Itulah perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejatah sbg makhluk pertama yg berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini..
Berikut adalah di antara TANDA-TANDA EGO. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan ego..na'uzubillah..Rasulullah S.A.W pernah bersabda; "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong."-Hadith Riwayat Muslim.
1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak utk mendapat jawatan.
2. Apabla tidak di lantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yg telah ditunjuk.
3. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
4. Kalau dia seorang pemimpin,, arahannya kepada anak buah terlalu keras.
5. Emosional dan mudah tersinggung.
6. Mudah marah dan cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yg lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih menonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan org lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalo org lain memberi pandangan.
10. Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang.
11. Suka hanya pandangannya sahaja yg diterima.
12. Tidak senang atas kemajuan yg tercetus di tangan org lain.
13. Bercakap selalunya dgn suara tinggi. Tak boleh dicabar pasti akan mencabar.
14. Tidak berdoa selepas menunaian solat, sekalipun sebentar.
15. Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yg syar'ie.
So, shbt2 ku sekelian sentiasalah observe our behavior and actions agar tidak tergolong dalam 15 symptoms seperti diats tu...^_^
Tuesday, July 29, 2008
~:sTaTUs wANitA di AkHiRaT:~
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga"
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga."
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga"
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
"Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga"
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga".
Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir".
Friday, June 20, 2008
~.:BiLa pAdEri pEcaH rAHSia:.~
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,
"Ditengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini!." PemudaArab itu tidak bergerak dari tempatnya.
Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,
"Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,
"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itu pun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukankepada anda 22 pertanyaan dan andaharus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,"Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiga nya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya,lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya?"
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang di maksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api, dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang.
Allah s.w.t.berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagaidua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalahTaurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
Allah s.w.t.berfirman,
"Yang telah menciptakantujuh langit berlapis-lapis. Kamusekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allahs.w.t. berfirman,
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjurulangit.Dan pada hari itu delapan orangmalaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu diatas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan.
Allah s.w.t.berfirman,
"Barang siapa yang berbuatkebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman,
"Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara NabiYusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,
"Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayahmereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang MahaPengampun lagi Maha Penyayang."(Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman,
"Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.
Allah s.w.t.berfirman,
"Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua)
.-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanitaitu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 dibawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya:
Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,
"Apakah kunci syurga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,
"Anda telahmelontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah:Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**
**moral: artikel ni dapat menyedarkan kita supaye kite membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.
.:kEnaPa Org mELayU maKaN dGn taNGaN?:.
Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudinitu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orangl ain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang....!!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... huhu ^_~
~cOntOh pSikOLoGi pErsUaSiF~
yang datang dari negara Iraq yang terdiri daripada hamba-hamba abdi. Mereka mengadu
masalah kepada Hasan Basri bagi mencari jalan penyelesaian kerana beliau terkenal
sebagai orang yang bijaksana.
"Majikan kami melayani kami dengan buruk dan tidak berperikemanusiaan. Kami berharap,
tuan dapat membicarakan soal kami dalam pidato tuan di masjid pada hari jumaat nanti"
"Kalau dapat, tolong bebaskan hamba-hamba seperti kami ini" kata mereka penuh harapan.
Hasan Basri mendengar dengan teliti dan menimbangkan masalah mereka masak-masak
kerana permintaan mereka itu bukanlah permintaan yang mudah hendak dilaksanakan.
Dia tidak berkata apa-apa. Hari Jumaat silih berganti, tetapi Hasan Basri belum juga menyampaikan permintaan anggota-anggota rombongan itu. Masa terus berlalu. Beliau masih berdiam juga. Akhirnya tibalah pada suatu hari Jumaat, barulah Hasan Basri menunaikan permohonan hamba-hamba abdi.
Dalam pidatonya di hadapan orang ramai yang datang bersembahyang di masjid pada hari
itu beliau menerangkan kepada mereka kelebihan membebaskan hamba abdi dan berlaku
adil. Selepas mendengar penjelasannya itu, ramailah orang membebaskan hamba-hamba
yang mereka miliki dengan rela hati.
Tidak lama kemudian, rombongan hamba-hamba abdi yang dulu itu datang lagi berjumpa
dengan Hasan Basri. Kunjungan mereka bukan disebabkan hendaklah menyampaikan
ucapan terima kasih di atas budi baik beliau tetapi hendak menegur sikap lengah Hasan.
"Kami datang bukan hendak berterima kasih kepada tuan tetapi hendak menegur tuan" kata
mereka dengan marah.
Terkejut Hasan Basri
"Mengapa?" tanya Hasan bingung
"Dulu kami datang berjumpa tuan supaya tuan dapat menolong kami. Kami mahu tuan memberitahu hal kami dalam pidato Jumaat tuan di masjid dengan segera, tetapi tuan melengah-lengahkann ya. Kami semua tertunggu-tunggu"
Hasan Basri tenang mendengar luahan marah mereka itu.
"Saudara tahu mengapa saya menunda hari bagi mencari penyelesaian bagi masalah saudara itu?" tanya Hasan.
"Tidak tuan"
"Saya menunda pidato saya itu sebab saya perlu mengumpul wang yang banyak bagi membeli hamba. Selepas saya membeli hamba-hamba itu kemudian saya bebaskan mereka, sesuai dengan pidato Jumaat yang saya hendak saya sampaikan. Kemudian barulah layak bagi saya menyuruh orang lain pula ikut membebaskan hamba. Orang ramai sedia menyambut seruan saya apabila mereka dapat melihat sendiri kata-kata saya selaras dengan perbuatan saya" jelas Hasan Bakri kepada mereka.
Dalam sEribu mEsti ada satu yg mEnjadi pErhatian,
Dalam pErhatian yg satu itu ramai yg mEmbuat pErbandingan,
Dalam pErbandingan itu pula org mEncari ksilapan & jarang mEnilai kEbaikan...
KErana apa??
KErana yg satu itu tlErlalu istimewa...^_^
Wednesday, June 18, 2008
Mencetak Anak-Anak Dunia by Faridul Farhan Abdul Wahab
HADIAH MALAM JUMAAT (pengalaman Salih Al Maizy)
HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras.
Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu." Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata: "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S
1- Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
2- Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
3- Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
4- Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
5- Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
6- Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
7- Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
8- Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
9- Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
10- Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku