Thursday, July 31, 2008

~:15 sYmPtOms EGO:~


Suatu zaman yang tersangat dahulu, tatkala diperintah utk sujud pada Adam, syaitan berkata"What? Sujud pada Adam?? Sory ler..Patutnye dia yg kena sujudpada aku coz aku lebeh senior! Aku lebih mulia dari dia! Aku dari api sedangkan dia hanya dari tanah!!

BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bile terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dgn manusia, kemudian ego dgn Tuhan. Itulah perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejatah sbg makhluk pertama yg berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini..

Berikut adalah di antara
TANDA-TANDA EGO. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan ego..na'uzubillah..Rasulullah S.A.W pernah bersabda; "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong."-Hadith Riwayat Muslim.

1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak utk mendapat jawatan.

2. Apabla tidak di lantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yg telah ditunjuk.

3. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.

4. Kalau dia seorang pemimpin,, arahannya kepada anak buah terlalu keras.

5. Emosional dan mudah tersinggung.

6. Mudah marah dan cepat melenting.

7. Suka berkawan dengan orang yg lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih menonjol.

8. Payah mahu menerima pandangan org lain.

9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalo org lain memberi pandangan.

10. Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang.

11. Suka hanya pandangannya sahaja yg diterima.

12. Tidak senang atas kemajuan yg tercetus di tangan org lain.

13. Bercakap selalunya dgn suara tinggi. Tak boleh dicabar pasti akan mencabar.

14. Tidak berdoa selepas menunaian solat, sekalipun sebentar.

15. Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yg syar'ie.

So, shbt2 ku sekelian sentiasalah observe our behavior and actions agar tidak tergolong dalam 15 symptoms seperti diats tu...^_^

No comments: