Saturday, January 17, 2009

~.:10 TaBiat rOsakkaN OtAk:.~

kadang2 kita tak sedar perkara harian yang kita buat tu boleh merosakkan otak..di sini di senaraikan 10 perkara yang menjadi tabiat kita..juga boleh merosakkan otak kita tanpa kita sedari..jom bace!

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
~haa..yang ni memang dah jadi tabiat kita terutamanya dikalangan pelajar..maklumla kadang2 tak sempat nak sarapan terus pergi kelas..dalam kelas terlentok mengatuk, tersengguk2 konon2 angguk2 paham laa..~

2. Terlebih makan


- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
~erm..makanlah hanya sekadar sahaja ye..~

3. Perokok


- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
~asap rokok memang berbahaya bukan shj pada si perokok malah pada orang2 sekeliling yang terhidu asap tu..~

4. Penggunaan gula yang berlebihan


- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
~kurangkan gula dalam makanan/minuman..tambahkan gula dalam senyuman..hehe~

5. Pencemaran udara


- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
~zaman sekarang ni mcm2 jenis asap yg mencemarkan udara..cthnya, asap kenderaan, asap kilang, asap orang bakar sampah..~

6. Terlebih tidur


- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
~orang pemalas memang hobinya tido je..~

7. Menutup muka ketika tidur


- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
~jagan tutup muka dgn bantal ye..kalau tutup muka tu dgn lumur bedak sejuk takpe..~

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat


- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
~kalau tak sihat..bawak2 la berehat...~

9. Kurang berimiginasi


- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
~imaginasi cemerlang..~

10. Jarang berfikir


- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
~berfikir secara kreatif..~



No comments: