1. Bermimpi menunaikan solat
= alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji
= alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah
= alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah
= anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda = alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut
= alamatnya panjang usia anda
7. Jika bermimpi berpuasa
= alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9. Bermimpi sembahyangkan jenazah
= memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala
= menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar
= menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan
= alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus
= memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
14. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan
= memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
15. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit
= alamatnya anda akan mengalami kesukaran
16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda
= alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
17. Bermimpi mengenai anak panah
= menandakan anda akan mendapat surat
18. Jika bermimpi diri di panah orang
= alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
19. Bermimpi memanah kayu
= menandakan akan berlaku kematian
20. Bermimpi bermain besi
= memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
21. Bermimpi bermain dengan senjata
= menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
22. Bermimpi mengenai permata
= membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki
= alamatnya anda akan mendapat kebajikan
24. Bermimpi duit terbelah dua
= alamatnya anda akan bergaduh
25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar
= anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
26. Bermimpi berkain hijau
= alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
27. Bermimpi memakai kain
= memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
28. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak
= alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
29. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah
= alamatnya pekerjaan anda diberkati
30. Jika bermimpi bunyi rebab
= alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
31. Jika bermimpi makan kuih apam
= alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
32. Bermimpi makan gula
= alamatnya seseorang akan berduka cita
33. Bermimpi makan makanan masam
= memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
34. Jika bermimpi memakan ubat
= alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
35. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam
= menandakan cita-cita anda akan berjaya.
36. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam
= menandakan anda akan mendapat bahaya.
37. Jika bermimpi gigi anda patah
= menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
38. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan
= menandakan anda akan kehilangan harta.
39. Jika bermimpi dimarahi guru,
= menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
40. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh
= alamatnya anda akan difitnah.
41. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah
= anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
42. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding
= alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
43. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi
= menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
44. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
45. Sekiranya di dalam mimpi anda, anda berwudhuk
= alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
46. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat
= menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
47. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh
= menandakan anda akan dipermuliakan orang
48. Bermimpikan ayam sabung menyambung
= menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
49. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu ,
= segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
50. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w
= anda akan masuk syurga
51. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda
= anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
52. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim
= seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
53. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir
= anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
54. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan
= menandakan anda akan mendapat kebajikan
55. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam
= alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
56. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya
= alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
57. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak
= menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
58. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim
= alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
59. Jika bermimpi memotong rambut
= menandakan anda akan bercerai dengan isteri
60. Bermimpi membuang darah
= menandakan anda akan sembuh dari penyakit
61. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan =alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
62. Jika bermimpi diri anda mati = menandakan anda akan panjang umur
63. tetapi jika bermimpi mati hidup semula = alamatnya kehendak anda akan diperoleh
64. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur = alamatnya anda akan beroleh kekayaan
65. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda = menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment