Date: 31 August 2011/(Wednesday)
Tanggal 31 August 2011 iaitu bersamaan 2 Syawal 1432 H telah perginya seorang tok ayah dalam hidup kami menemui Ilahi.
Disaat seorang ibu sedang bergembira meraikan kelahiran anak yg jatuh pada hari kemerdekaan, kami sedang bersedih atas kematian..
Disaat saudara mara sedang bersukaria merakam gambar, memberi hadiah dan ucapan tahniah pada kelahiran baru seorang bayi, kami sedang berdukacita menanggung kesedihan, menerima ucapan takziah dan menguruskan jenazah..
Disaat sekalian umat islam sedang gembira mnyambut Hari Raya, sedang sibuk melayan tetamu, sedang sibuk berborak-sembang, sedang sibuk bergurau senda, kami sedang sibuk menanti saudara-mara jauh dtg menziarahi jenazah, sedang sibuk menjawab pertanyaan sauda-mara, sedang sibuk membacakan surah yasiin...
Kini tiada lagi suara yang selalu bertanya..."Baru balik dari gheja ka?" setiap kali aku pulang ke rumah..
Tiada lagi suara yang bertanya setiap pagi..."Nak pi gheja dah ka?" setiap kali aku lalu didepannya menuju ke pintu depan..
Tiada lagi suara yang bertanya.."Bila nak bawak tok ayah pi jalan-jalan naik kereta?"
Jujurnya, pertanyaan tanpa henti itu pernah merimaskan jiwaku suatu masa dahulu, sehingga terasa ingin lalu di pintu belakang agar tidak bertembung dengannya..
Namun, perginya dia dlm hidupku..membuatkan aku merindui setiap pertanyaan tersebut.
Kesibukan aku bekerja setiap hujung minggu membataskan komunikasi kami, kadang-kadang terasa ia merenggangkan silaturrahim kekeluargaan..
Kini aku sedar, pekerjaan itu adalah rezeki yang menyebabkan kesibukan bekerja itu menjadi ujian untukku..
Ramadhan 2011 ni merupakan ramadhan terakhirnya bersamaku..dan 31 Ogos 2011 menjadi sejarah dalam hidupku menyaksikan tok ayah menghembuskan nafas terakhirnya menemuiMu..
Ya Allah, tempatkan beliau didalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan beriman kepadaMu...amiin
Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud: "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian"
No comments:
Post a Comment