Manusia mmg x akan terlepas dari wat kesilapan / kesalahan kan
samada:
1) Tak disengajakan
Situasi:
Seorang budak sedang berjalan sambil membawa segelas air oren..secara tetiba dia tersadung batu lalu air itu jatuh mengenai seorang kakak yang sedang duduk di tepi tu..
Kakak: Hei, ko ni buta ke ape! habis baju aku kne air oren ko!
Budak: Maaf kak..maaf kak..saya betul tak sengaja..
Kakak: amboii, senang nya cakap...ko ingat dengan maaf ko tu leh bersihakan baju aku semula?! ko tau x baju aku ni berjenama..blaaa..harga dia..bla..blaa
Kakak tadi terus naik hangin sambil memaki2 dak yg malang tu..
Itulah namenya taqdir...
Kita x tahu pada hari tu, pada sekian waktu itu kte akan tersadung batu
dan kalo kita tahu, kita pasti akan mengelak jumpa batu..hatta batu kecik pun
2) Tak tahu
Situasi:
Seorang wanita baru pertama kali mula bekerja di sebuah syarikat swasta. Tidak mempunyai pengalaman bekerja sebelum ni. Majikannya meminta dia fotostat beberapa dokumen penting syarikat. Dia terpaksa meredahkan aje, walaupun tidak pernah menggunakan mesin fotostat sebelum ini. Nak dijadikan cerita, tetiba mesin tu jammed, ada paper tersangkut dalam tu.
Bos: Apa awk dah buat ni hah?? nak guna mesin ni pun xreti ke??
Wanita: Maafkan saya bos, sebenarnya saya tatau gune mesin ni.
Bos: kalo awk tatau, lenkali tanya dan minta bantuan pada staff lain.
Semua orang dilahirkan dari TAK TAHU menjadi orang yang TAHU..setelah melalui proses pembelajaran
Jadi untuk menjadi tahu..kita perlu melalui proses belajar bertanya.
LEARN FROM MISTAKES
Setiap orang akan belajar daripada kesilapan masing-masing untuk menuju kepada proses kematangan..
Jadi,
1) belajarlah memaafkan orang yang membuat kesilapan
2) banyakkan bertanya apa yang tidak tahu
*******************************************************************************
Memetik ayat daripada blogger Kereta Mayat :
Maha Suci Allah yang dengan kehendaknya telah membuatkan Nabi Muhammad
SAW telah melakukan beberapa ‘kesalahan’ dalam ibadah, yang mana
Hikmahnya adalah, Ummat akan dapat belajar bagaimana untuk mengatasi
masalah yang timbul dalam beribadat kepada Allah.
Sebagai contoh,
apabila Nabi terlupa bacaan ayat dalam solat, atau Nabi tertinggal
raka’at dalam menjadi imam, atau Nabi tertinggal solat jemaah, dan lain
lain lagi, lihat bagaimana daripada kesalahan itu, Nabi terus
menunjukkan cara pembetulan,
Malahan kesalahan ini adalah di
sengajakan oleh Allah ke atas NabiNya yang mana Ummat akan dapat belajar
secara langsung dan lebih faham kerana ianya berlaku secara praktikal.
Dengan
ilmu ini, orang yang melakukan kesalahan secara tidak sengaja dalam
ibadah akan dapat meneruskan ibadah mereka tanpa perlu merosakkan ibadah
tersebut.
Alangkah baiknya perkara ini!
Maha Suci Allah
yang telah mebuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan ‘kesalahan’, dan
beruntunglah mereka yang mengambil manfaat dan renungan daripada
kehendakNya yang Maha Mengetahui.
Oleh yang demikian, asbab
‘kesilapan’ Nabi, setiap masalah yang timbul dalam ibadat nampaknya
telah berjaya di selesaikan dalam ummat. Alhamdulillah..
2 comments:
i like "semua orang dilahirkan dari TAK TAHU menjadi TAHU"..maka bagi yang TAHU xperlu riak dan menunjuk, mungkin 1 hari dia boleh tetibe aje menjadi TAK TAHU yakni dgn hilang ingatan! ngeee..
Setujuuuu!!!
^_^
Post a Comment