Saturday, September 5, 2009

~.:PEMADAM:.~

5hb sEpt 2009~SaTuRday

Alhamdulillah, hari ni aku, yung dan 5 orang kawan lagi pergi mengadakan lawatan sambil belajar ke PEMADAM..memandangkan masalah kenderaan yang tidak mencukupi muatan, jadi kami terpaksa bergerak berasingan menuju ke destinasi. Aku dan yung bergerak awal dari umah menaiki kelisa yang anggun. manakala 5 orang lagi bertolak dari campus menaiki kancil merah yang menawan~~

Perjalanan hanya mengambil masa selama 15mini shj, oleh kerana semalaman kami telah 'study' peta jalan dengan tekun..alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar.. hehe..pertama kali nak menjejaki ke PEMADAM..huhu


blogger-emoticon.blogspot.com
Oleh kerana kami tiba terlalu awal drp waktu yang dijanjikan, jadi kami terpakse menunggu 'rombongan' gadis-gadis ayu tiba. erm, dah setengah jam menunggu nihh!!!mana diorang xsampai2 lagi nihh??

Tetibe henfon berdering, rupe2nyer dorang tersesat..dorang tersalah paham instruction jalan yang aku mesej..aku dan yung terus memecut pantas menjejaki mereka..alhamdulillah akhirnya jumpe juga..kemudian kami berkonvoi ke destinasiblogger-emoticon.blogspot.com

Sesi interview yang sepatutnya bermula pukul 10.00 pagi, terpaksa ditunda ke 10.30pg akibat kelewatan yang tak di sengajakan..

blogger-emoticon.blogspot.com

Asalnya, program lawatan ni adalah projek assignment kumpulan kawan2 aku yang berlima itu, aku dan yung hanya menempel aje semata2 nak mengutip ilmu pengetahuan...hehe

blogger-emoticon.blogspot.com

Ape itu PEMADAM?

PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH.

Kami diberi taklimat dan ceramah secara terperinci oleh Puan Suria Abu Bakar mengenai PEMADAM. Alhamdulillah byk input yang dikutip sepanjang 4 jam sesi itu berlangsung.
Sebagai pelajar jurusan Sosiology, kami telah di dedahkan dengan pelbagai isu-isu yang serius untuk dikaji dan diatasi. Antaranya ialah isu berkaitan penagihan dadah di Malaysia. Isu ini pelu ditanggani segera dan semua pihak perlu mengambil tanggungjawab utk mencegahnya. Bermula dari institusi kekeluargaan sehingga ke peringkat masyarakat.

Masalah penagihan dadah ni byk berlaku di peringkat ipt. kenapa??

1. Masalah kewangan
Biasanya pelajar yang ada masalah kewangan ni nak aje ambil jalan mudah utk selesaikan masalah. Tak dinafikan, kerjaya 'professional" sebagai drug dealer memang menguntungkan. Tapi berisiko. Kita kena jgak ingat matlamat tak menghalalkan cara. Jangan kerana kesempitan wang, kita terjebak dengan kerjaya yang haram.

2. Pengaruh kawan
Kawan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah persahabatan. Kawan boleh mempengaruhi dan kita boleh terpengaruh kerana adanya kepercayaan, kesetiakawanan, etc. Tapi kalo tersalah pilih kawan, meranalah jawabnya. Ada satu kes berlaku, sorang budak ni dia mengadu sakit kepala kat kawan sebilik dia sebab tak sempat nak study. maklumlah last minute study kan, pastu kawan dia ni pun bagilah kat si budak yang malang ni makan pil yang boleh tahan mengantuk. Nah, tak tido 7 harilah si budak tu akibat makan pil tu. Bila dah rase keberkesanan pil tu, dia jadik ketagihan. nak tahu pil ape tu? itulah pil estasy..so, hati-hatilah kalo ada yang pelawa apa2 pil yang anda tidak ketahui. pilihlah yang halal dan diyakini.

3. Study
Ada sesetengah orang beranggapan pil ini boleh merangsang keaktifan seseorang, bukan sahaje dalam sukan tapi juga dalam pelajaran. Erm betul ker?? Bila disalahgunakan pil ni, boleh memberi kesan sampingan pada otak. Pil ni juge boleh memberi ketajaman pada mata. tak salah aku, ada kes seorang lelaki menembak seorang polis di selayang. Tembakan tersebut betul-betul mengenai jantung si polis. Di sini, aku bukan nak highlightkan kebaikan pil tersebut, tapi kesannya shje ye..jangan salah paham lak.

4. Tekanan
Ade juge pelajar yang mengambil dadah akibat tekanan. Tekanan hidup, tekanan pelajaran, tekanan putus cinta, tekanan itu, ini la..macam-macam!! Bila berada dalam keadaan tertekan, seseorang boleh hilang pertimbangan. Baru-baru ni telah dilaporkan di dada akhbar mengenai seorang lelaki berusia 22 tahun yang menikam anak saudaranya sendiri. Bila disiasat, didapati lelaki tu adelah seorang penagih dadah. Ape dorang ingat masalah ni boleh settle macam tu je ke? Belajar tinggi-tinggi, pandai2lah gunakanlah akal sebaiknya, Jangan letak kepala anda di lutut!


blogger-emoticon.blogspot.com

Byk lagi faktor2 yg boleh mempengaruhi seseorang terjebak dlm penagihan dadah ni..so jangan pilih jalan HITAM!

~.:seLaMat HaRi LaHir aNgaH:.~

4 sEpt 2009~fRiday

Hari ni adalah hari yang paling busy daripada hari-hari yang lain..sebab ape?

1. Kemas rumah
Hari ni ayong dah membahagikan tugasan utk mengemas rumah. kemas bilik, cuci bilik air, sapu sampah, bla..bla..bla..fuhhh, sungguh meletihkan blogger-emoticon.blogspot.com


2. Tetamu

Tapi kenapa kena kemas rumah hari ni?? selalunya weekend je kemas..owh rupe2nyer..hari ni ayong invite 4 orang sahabat baiknya shai, dayah, ros dan khairiyah ke rumah utk berbuka puasa dan tido semalaman kt sini..waa~ramainya..meriah betuL!! blogger-emoticon.blogspot.comyuhuuu!!!


3. Juadah berbuka
Kebiasaannya kalo tetamu datang, mak sungguh teruja sangat nak masak macam-macam sampai penuh meja makan...blogger-emoticon.blogspot.comhoho, kenyangnyaaa~~


4. Celebrate birthday angah a.k.a Dayah

Hari ni kitorang semua celebrate birthday angah a.k.a dayah yang merangkap kawan baik ayong kat luar..tapi bukan makan kat kedai luar..tapi makan kat luar rumah je ..huhu..pukul 11.30 mlm ktorang semua berkumpul kat ats pondok kecil utk makan kek~wahhh, sungguh best..bertemankan lampu kecil dan tiupan angin sejuk yang sepoi2 bahase..sungguh mengasyikkan.waaa~~blogger-emoticon.blogspot.com

waa, sedapnyerr cupcakes yang cute niee~~



lots of happy~~

Saturday, August 29, 2009

~.:EmOticOn yang cHumeL..waaa:~

Alhamdulillahhh...gembireenyaaa..akhirnyaa dapat juge download emoticon yg cute nie..hehe

Emoticon ni namenye Onion Head..bak kata kak Nadh "seuLas kepaLa bawang putih"..hehe..aiii

jum tgk reaksi chumelnyaa...


blogger-emoticon.blogspot.com Hai, saye Onion Head yg cute dan pemalu...huhu



blogger-emoticon.blogspot.com huhu..janganlee puji saya..hihi


blogger-emoticon.blogspot.com goyang-goyangkan badan anda..untuk memecahkan lemak-lemak degiL..

~.:Doa MemOhOn pErLiNduNGaN:.~

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

~.JaduaL HaRiaN seOraNg MusLiM diBuLan RamaDhan:.~


salam..

mari kita perbayakkan ibadah di bulan mulia ini..


4.00 pagi- Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi -Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat
kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama Selepas Al-Fatihah baca ayatul Kursi 1 kali. Rakaat kedua
Selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW :
"Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

~selamat beramal dan beribadat..semoga sentiasa istiQomah..insyaAllah~

1

~.:HaNya kEraNa sEbutiR KuRMa:.~

Ada sebuah kisah mengenai sebiji kurma...

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi
forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh
kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

~.:RaMaDHaN kaREEm:.~

Bismillahirohmanirrohim..

salam Ramadhan al Mubarak.
Alhamdulillah Allah beri keizinan kpd kite utk bertemu Ramadhan pada kali ini..bulan kerberkatan, bulan kemuliaan, bulan utk kita perbanyakkan ibadah dan merebut pahala.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya..insyaAllah~