Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

~//MaJLis RamaH Mesra bErsaMa IBu TunGGaL Dun TamaN TeMpLer, SelayanG//~

Date: 19th December 2010 (Sunday)
Time: 8.00 am-12.30pm
Venue: Dewan Orang Ramai, Selayang Baru
Anjuran: DMPKS dgn kerjasama HELWA DUN Taman Templer

Alhamdulillah,
Hari ini aku dan mak diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk menghadirkan diri menemani mak saba selaku ibu tunggal ke Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal.

'Menemani' tidak bermaksud aku ni tergolong dalam kategori ibu tunggal..uhukk!

Ketibaan kami dan ibu-ibu tunggal disambut mesra oleh AJK-AJK bertugas yang manis berjubah dan bertudung labuh.

kami dibawa ke meja pendaftaran untuk mendaftar nama. Oleh kerana penampilan aku yang berjubah seperti wanita mengandung ada pulak AJK yang menyangka aku seoang ibu tunggal dan meminta aku mengisi nama dalam borang kehadiran ibu-ibu tunggal..arghhhh..tidakkkk!!!

Setiap yang mendaftar nama untuk kehadiran akan diberi cenderamata berbentuk secawan mug putih berlabelkan nama program serta pamplet tentatif program yang dilekatkan nombor cabutan bertuah..uihhh, best jugak ni!

Seterusnya majlis perasmian dimulakan dengan kata-kata aluan dari ketua muslimat selangor, Ustazah Rokiah Semuh dan dirasmikan oleh NYDP, En Shaffie B Osman.

Mesej dan isi kulit penyampaian daripada kedua-duanya menyentuh kepada peranan ibu tunggal dalam kelurga dan masyarakat. Hadirin sangat tersentuh dengan pengalaman yang dikongsi oleh En Shaffie yang menyanjung pengorbanan ibunya menjual kuih-muih untuk menyara kehidupan anak-anak sehingga berjaya.

Kira0kira pukul 1030 pg, majlis berehat untuk jamuan pagi. Kami dihidangkan dengan nasi lemak yang sungguh enak, 2 jenis kuih-muih yang beraneka warna dan secawan air teh tarik panas. Alhamdulillah, sunggah mengeyangkan!

Selesai 15minit menjamu selera, hadirin diminta untuk masuk semula ke dewan untuk sesi seterusnya ceramah motivasi oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Syukurnya dapat bersua dengan selebriti terkenal dalam program Imam Muda dan Aqademi Quran itu.

Berbagai-bagai pengalaman dikongsi, cerita-cerita motivasi, dan kisah-kisah teladan yang diisi dalam slot motivasi itu. Hadirin tak kering gusi dengan lawak jenaka Ustaz yang spontan tu..sampai pedih usus perut menahan ketawa! (^_^)v

Akhirnya slot kemuncak iaitu 'cabutan bertuah' yang dinant-nantikan pleh para ibu tunggal..

Semua sibuk memegang no cabutan masing2.. Paling tak sangka, antara banyak-banyak nombor tersebut, nombor mak menjadi nombor cabutan bertuah!!!

Tapi disebabkan mungkin terlalu teruja dan gembira, mak jadi malu untuk ke depan pentas..lalu aku lah og yang ditolak untuk menganbil hadiah tersebut..

Maka, terpaksanya aku menebalkan kulit muka ini ke hadapan dan diambil gambar bersama hadiah oleh beberapa jurugambar.. (T_T) waaaaa

"kLik..klikk..sengehhh!!"

dan pastinya hadirin mesti pelik tgk aku, muda-muda lagi dah jadi ibu tunggalllllll....owhhh tidakkkkk!!!!!
aku anak yang 'tinggal' bersama ibubapa bukan 'ibu tunggallllll'!!!!!!!!

keseluruhan program sungguh mnyeronokkan.
Dapat makanan, dapat cenderamata, dapat hadiah, dapat sumbangan MILO, dapat ilmu baru, dan dapat jumpa ibu-ibu tunggal~

Mood: (^_^)v

Saturday, April 25, 2009

~.:saBtu yaNg mEngEmbirakaN:.~

salam~25 apriL 2009~hari sabTu..huhu

alhamdulillah seronoknyer bile tiba hujung minggu..hari yang dinanti2kan semua org!biasenya org malas nak bangun awal.aku pun bermalas-malasan la juge..hehe..sbnrnya aku bukan nye sengaje nak buang mase buat 'taik mata' hujung minggu camni..aku xdapat bergerak dan terpaksa baring di atas katil hampir seharian akibat sakit tulang belakang yng kembali mnyerangku tiba2. 5 tahun yg lalu aku terlibat dalam kemalangan moto dan mengakibatkan keretakan di tulang belakangku. penyakit tu kerap menyerang bila aku mengangkat object2 yang berat.jadi selama 4 hari kerja aku terpaksa mngusung 'baby' laptopku yang berkilo beratnya ke tempat kerja setiap hari..naik bus, naik train, naik tangge, paling mnyeksakan bila dalam train, xde seat untuk duduk dan kne berdiri selama hampir setengah jam!ouhh byngkanlahh. di kala itu aku terfikir, bgaimanalah keadaan ibu yang sarat mngandung dan terpakse membawa kandungan ke mana je selama 9 bulan!aku baru seminggu kje dah merengek mcm2..ish..wahai diriku, bykknlah bersabar yer dgn cabaran hidup.

lepas ni aku kne mantapkan minda dan stamina!chayok2 v(^_~)v

salunya hari minggu aku lebih suka habiskan masa dgn femili, hehe rasanya setiap hari aku salu jumpe mak n femily melainkan waktu praktikaL aje. 4 hari duduk diasrama (menumpang bilik member aku) rase cam boring je..nak kne order mkn mlm la, nk kne tunggu lagi.xde tv untuk tgk (ade tapi jauh), xde adik untuk di kaco, kne basuh baju sendiri..waaa..dah lame x duduk asrama jadi kekok pulak..huhu

alhamdulillah, seronok sgt dpt habiskan mase dgn femili, rasa gembira sgt dpt peluk mak, dpt peluk adekku yg bongsu tu, dpt makan masakan mak, dapat sembang dgn abah dapat gurau2 dgn kakak..dapat tgk tv bersame2..waahhh..syoknyaa!!

mlm td dua pupu aku dtg ziarah, bwk satu femily dgn anak2 dia..waa seronoknya dapat pegang baby..hehe..dah lame aku x dukung baby..rase kekok sikit. best dapat main2 dgn budak2 rase mcm kembali ke zaman kanak2 pulak..hehe

hargaiLah mase kita bersama keluarga~ v(^_^)v

Monday, April 20, 2009

~.:PaSaR MaLam:.~


tetiba pulak nak cerita pasal pasar malam..huhu
hari ahad lepas bersamaan 19hb apriL..aku dan mak pergi pasar yng agak jauh sikit dari kawasan rumah. dah byk kali mak mngajak aku pergi pasar mlm..tapi selalunya aku x prnah pergi pun..rimas bersesak2 dgn orang ramai yang tak mngira muamalat.
ntah mngape hari tu aku terbuka hati nak pergi...mungkin xnak hampakan harapan mak yg beria2 nk kesana..demi mak aku turutkan jua..mungkin menjadi tabiat aku yg suka duduk di rumah, jarang keluar rumah juga jarang bergaul dgn org sekeliling byk hal2 yg berlaku di luar yg aku tak tahu..
pasar mlm tu terletak dekat dengan kawasan perumahan cina. kami mencari tempat untuk parking kereta. kami terpaksa park kereta di tepi2 jalan yg berhadapan rumah cina. lps keluar dari kereta, hampir tersentak aku dibuatnya! aku hampir2 terpijak selonggok najis anjing di atas tnh tue..memang x di nafikan kawasan perumahan cina mmg byk membela anjing dan membiarkan anjing bebas berkeliaran di luar rumah..tapi yng aku tak gemari ialah najis2 anjing yg berkeliaran tu bersepah2 di tepi2 jalan, atas rumput. hilang mood aku nak pergi pasar mlm tu..rasa nak terus balik umh je.
sejenak aku berfikir..sistem perpaduan kejiranan yg menggabungkan ketiga-tiga kaum melayu, cina dan india dalam satu kawasan perumahan adalah tidak begitu praktikal.itu bg pendapat aku la..sbb apa?lihat shje ape yg berlaku td. sebaik2nya ketiga2 ethnic group ni di asingkan dr segi residential area. kesanya tidak wujud isu perkauman yg mnyentuh sensitiviti setiap kaum..kaum cina dan india bebas membela anjing, kaum melayu pulak boleh melakukan aktiviti keagaman, ceramah, azan dan sbgainya di kawasan perumahan masing2..tak ada siapa yg sakit telinga, tiada yg bengkak hati atau pedih mata.
dah cukup pasal isu kejiranan..sbnrnya aku nk cerikan pasal pasar mlm..asyik melencong aje!
siapa dgr pasar mlm je mesti je suka kan, sbb dpt beli mcm2 jenis mknn, murah2 pulak tu..sambil2 aku dan mak melihat2 aneka jenis juadah makanan, aku terkesima melihat seorang lelaki tua yg kudung kakinya terbaring di atas lantai jalan sambil mngensot2kan badannya dan tgnnya menghulurkan cawan meminta derma..kami teruskan perjalanan lagi..anehnya, aku tejumpa lagi peminta sedekah..tapi dia tak cacat..sempurna. seorang perempuan warga china aku rasa duduk diatas jalan beralaskan selipar sambil memangku anak kecilnya..kami teruskan jugak perjalanan..anehnya makin ramai pulak peminta sedekah yg datang!kesemuanya hampir 6 org yg aku kira. ada yng cacat penglihatan, kudung kakinya, cacat tangannya, juga yang sempurna tubuh badan. kata mak, setiap hari ahad mereka2 ini akan ke sini mencari rezeki..kesian betul aku tgk. mana pergi persatuan2, bdn2 bantuan, kebajikan masyarakat??tak buat pantauan kah??begitu byk persatuan2 yg di tubuhkan, i.e persatuan cacat penglihatan, pusat dalam komuniti a.k.a PDK, dan byk lagi.tapi masih ada lagi saki baki rakyat yg tercicir dan terpinggir. pihak berwajib sperti pgawai2 kebajikan perlulah buat tinjauan dan pemantauan di kwasan seperti psr mlm ni. beri mereka bantuan dari segi bantuan kewangan, perlindungan supaya kehidupan mereka lebih baik dan terjamin dan tak merempat!
dlm pasar mlm tu jgk, bukan setakat isu pemita sedekah je yg aku jumpe..malah ada 'perang' pulak kt situ! 'perang tapak' antara peniaga-peniaga. di situ peniaga2 tempatan terpaksa bersaing dgn peniaga2 pendatang asing. jadi wujudlah ketidakpuasan hati di kalangan peniaga2 tempatan..di sebabkan byk peniaga pendatang menguasai bisnes di situ. mmg xdinafikan juga rata2 pengunjung pasar malam tu terdiri dr pendatang asing..ada Burma, Thailand, Vietnam, Nepal, Bangladesh..ramai lagi la!aku rasa mcm duduk kat negara lain pulak!kata mak, aku kne hati2 di kawasan ni sbb byk berlaku kecurian, samun dan rompak..aduhhh, mcm mn pulak la nk atasi masalah immigrant yg hidup ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..kalo xde permintaan, x mungkin berduyung2 mereka dtg kan..
mari fikirkan SOLUSI...(^_^)v

~.:KLIBF09:.~



Pada hari sabtu 18hb apriL 2009, aku berkesempatan berkunjung ke pesta buku di Pwtc..sebelum kesana, aku, abah dan mak menghadiri majlis ihtifal di sekolah adik perempuan aku yg bongsu tu kt damansara. sronok betul dapat berkenalan dgn adik2 huffaz kat sana..semuanya ramah2 dan berbudi bahasa. yang sronoknya aku x mnyangka pulak dapat berkenalan dgn isteri dan anak2 ustaz zawawi yusoh. comel2 betul anak2 ustaz..hehe.
selepas makan tghari, aku dan adik dihantar abah ke pwtc..uishh, ramaiii benar org..sampai naik sesak jalan penuh dgn org..itu baru hari ke-2..bayangkan last day book fair pd26 hb ni..huhu..
mungkin disebabkan terlalu lama aku x keluar jln2 kt kl, jarang berjumpa org ramai..aku nampak sedikit teruja kot..hehe..apa yg menarik minat aku ialah melihat satu revolusi di pesta buku ni..revolusi apa?revolusi yg semakin ramainya pengunjung book fair ni terdiri daripd muslim dan muslimah yang berpakaian menutup aurat, bertudung litup, berjubah, bertudung labuh..rasenya KLIBF09 atau Kuala Lumpur International Book Fair 09 boleh di tukar mnjadi Islamic Book Fair kot..hehe..rata pengunjung yg aku lihat pd hari kejadian tu adalah terdiri dari kaum melayu muslim..alhamdulillah nmpak juga pembaharuan dan peningkatan pembaca dikalangan melayu kalo nak di bndingan pada puluh2 tahun yg lalu kan..hehe..jadi melayu sekarang bukan lagi malas membaca tapi menjadi semakin rajin dan suka membaca..
selepas berjaya menyelinapkan dan mnyeroboskan diri di pintu masuk utama pwtc, kami berdua terus mencari surau utk menunaikan solat zohor...apabila tiba je di surau..masyaAllah, panjangnya barisan!hampir setengah jam juga la kami beratur menungu giliran mngambil wudu'.alhamdulillah akhirnya dapat juga menunuaikan solat.
usai shja solat, kami terus menerpa ke booth2 buku..rambang mata di buatnya! adik aku mmbeli 3 buah buku karya Fatimah Syarhah, aku pulak berjaya memiliki buku yg menjadi rebutan ramai pembaca iaitu 3buah buku karya Ust.Hasrizal iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai keSyurga dan Rindu Bau Pohon Tin. tak lupa juga aku belikan buku yg di pesan adikku yg belajar nun jauh di sarawak; Ummahatul Mukminin Isteri-Isteri Rasulullah. sebuah buku bimbingan umrah sbg hadiah buat kakak sulungku yg bakal mengerjakan umrah pada bulan Jun ni. aku belikan sesuatu yg istimewa buat abah dan mak iaitu "Kapsul Pembuka Minda Muslim". uniknya kapsul ni ialah kotaknya di reka seperti kotak ubat kapsul. mulanya aku sangkakan kapsul berbentuk tablet, buka shja kotaknya..nah!inilah 'kapsul' yg sgt berkhasiat. terus shje aku membelinya..beginilah bentuknya...
ni kapsul utk wanita dan isteri solehah..untuk suami isteri pun ade jugak..warne biru..aku belikan utk abah dan mak..
kat belakang kotak tu ada dituliskan khasiat dan cara penggunaannya..hehe..xberapa jelas pulak camera ni..meh aku clearkan..

khasiat: penerang hati, pencorak peribadi, menenangkan fikiran dan mnghindar stress, hdup sihat, bhgia, rukun dan damai.

cara penggunaannya:
1. Ambil 2 kapsul sehari. sebaiknya awal pagi dan sebelum tido.
2. Baca dan renungkan intipati kapsul dgn fikiran terbuka.
3. Amalkan apa yg dianjurkan. InsyaAllah , perubahan ketara akan dapat dirasakan serta merta.

kandungan:
setiap kapsul pembuka minda muslim mngandungi:
5gm Penerang mata
10gm Pembuka hati
3gm Pencuci hasad
17gm Tenaga spiritual
5gm Pembersih bakteria kotor
20gm Pembunuh virus jahat

Haa...beginilah rupa "kapsul" tersebut...ada 60 keping dan tiada had penggunaan juga tiada tiada tarikh luput. intipati setiap kapsul tu berbeza dgn setiap yg lain. itulah keistimewaan kapsul pembuka minda muslim..tiada side effect yg membahayakan kesihatan, malah ia memberi kesan yg lebih positif kpd pengguna. tak percaya cubalah!~bagi sesiapa yg berminat, segeralah dapatkan di pesta buku sebelum kehabisan stok...slmt mencuba~