Showing posts with label sweet memories. Show all posts
Showing posts with label sweet memories. Show all posts

Friday, February 4, 2011

~//Hepi 25th Birthday Ayong//~

Date: 31st January 2011 (monday)

Sanah Helwah ya Ukhti! Barakallahu fik (^_^)
Hujung bulan Januari 2011 lalu, maka genaplah usia my twin 25 tahun. 3 minggu je kita kita dapat rasa umur sebaya kan...so, insyaAlah December hujung tahun ni lagi kita akan sebaya 25 tahun..huhu

Tahun 2011 ni adalah tahun berjimat cermat..
Sambutan besday Ayong tahun ni kta sekeluarga menyambut penuh gembira dalam suasana yang sederhana saja. Walaupun begitu, alhamdulillah masing2 sungguh gembira dapat meraikannya dan yang penting penuh keberkatan dan dapat mengeratkan silaturrahim antara kita semua.

Seperti tahun2 yg lalu, kek memang menjadi kemestian kalo nak celebrate besday kan. So, tahun ni, ktorg pakat2 nak buat sendiri kek utk Ayong. Cik Yana and Kak Tipah selaku Chef dan tukang kek telah mendesign resepi keknya tersendiri..

Maka terhasillah Kek Susu yg sungguh lemak berkrim!

Nampak simple je kek nih, tapi bila rasa mmg marveles!! perghhhh..sedapppp~nyumm
Pastu kita makan pizza hasil tebus hot ticket kt Pizza Hut. Alhamdulillah dapat la 6 kotak pizza perbagai rasa~ so, pizza yg sedang hot delicious tu mmg zuppppp je abess!

Laju je tgn ngapppp!!! hehe

Oh, besday Ayong tahun kita sambut 3 hari 2 mlm~
Dan hari seterusnya mak masak bihun hailam favorite ayong dan sedekah skit kat jiran2 dan masjid.

Hari ketiga lak, kita buat Spagetti Carbonara juga favorite ayong..hoho, yg ni cik Tikah yg buat..perghhh memang sedapp~ xsempat nak snap je, berdesuppp licin mangkok!!!

Hadiah
Terima kasih Ayong sbb hadiakan aku sbuah diari muslimah mase besday aku bulan december lps. Aku sgt mnyukainya!!Moga diary tersebut memberi manfaat pada aku menyusun jadual waktu hidup aku sepanjang tahun ni.

Besday Ayong tahun ni aku xde ape yg istimewa nak bg kt ayong..cuma, sebuah fail folder dan highlighter 4 warne je utk ayong gunakan dan manfaatkan utk final sem ayong tahun ni.
Bittaufiq wannajah fil imtihan~

Semoga usiamu diberkati Allah,
Semoga rezeki Allah sentiasa melimpahimu,
Semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa menaungimu,
Semoga kejayaan sentiasa mengiringimu didunia dan akhirah

Aminn Ya Rabb~

Lots of Luv,
Your Sis (^_^)

Wednesday, October 13, 2010

~Alhamdulilah...finally we made it!!!~





Cover album kami~~hee

My Graduation Day

Alhamdulillah...
Dalam entry ni aku ingin sekali menukilkan kenangan manis aku meraikan hari konvokesyen aku yang berlangsung pada 3 Oktober 2010 lalu. Iaitu hari bersejarah aku bergelar graduan setelah hampir 6 tahun menggali ilmu pengetahuan di taman budi dan ilmu ini.
2 tahun di Matrikulasi, 4 tahun di Campus Induk UIAM, Gombak.

Alhamdulillah..
Sekali lagi aku panjatkan rasa kesyukuran pada Allah Swt kerana memberi aku kekuatan mengharungi 1001 cabaran hidup menggalas tanggungjawab kepada kedua ibubapa aku, keluarga, masyarakat dan juga agama. aku bersyukur kerana beradanya aku di menara gading ini adalah atas rahmat Allah dan juga berkat doa tanpa jemu kedua ibubapaku.

Mak & Abah,
Seluas angkasa terima kasih tak terhingga atas curahan kasih sayang yang tak ternilai harganya padaku,
pengorbanan, kepayahan, perit jerih kalian menjagaku sedari kecil hingga dewasa kini, juga sokongan moral & material yang diberi, didikan agama yang disemai dalam jiwaku, ajaran akhlak dan nilai-nilai murni yang kalian pupuk dalam hatiku. Moga Allah memberkati kalian. Amiin.


yummmmmy...inilah kek yang diberi oleh kak tipah sempena meraikan hari konvokesyenku..

Sekilas dari Majlis Konvokesyen.

Debaran hati yang sungguh luar biasa..menanti saat diri rasmi menjadi graduasi mahasiswa menggenggam erat ijazah di atas pentas sambil di saksikan oleh kedua ibubapa tercinta..menjadi kenangan bahagia saya. Melihat mak dan abah tersenyum bangga melihat anaknda mereka berjalan dengan penuh kesyukuran di pentas kejayaan.. alhamdulillah. Moga menjadi inspirasi buat adik-adikku. insyaAllah.


Bergambar kenangan bersama keluarga Vianney Johannes, rakan baikku dari Sabah dan Rozalizah. Moga persahabatan kita berkekalan.

Friday, July 31, 2009

~.:GatHERiNG:.~


29 juLy 2009~wEd

alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana memberi kesempatan waktu dan memudahkan segala urusan kami utk mengadakan 1st gathering ex-rumate matrik sempena meraikan hari lahir Fida dan Hanna juga utk ziarah Dzaatin. terima kasih yang tidak terhingga kepada Laila kerana sudi memberi ruang utk kami mengadakan majlis di rumahnya..

Walaupun majlis kecil2lan aje, tapi cukup memberi kesan yang besar dan mengukuhkan lagi ukhuwah yg terjalin antara kami selama hampir 6tahun ini. Walaupun tak semua ex-rumate aku yang seramai 8orang tu dapat hadir, tapi aku tetap rasa bersyukur buat Fida, Hanna, Laila, Ida kerana sudi hadir meluangkan waktu mereka utk gathering ini. Seronoknya rase dapat berkongsi cerita dgn teman2!! masing2 begitu teruja sekali mendengar pengalaman Laila melahirkan Dzaatin tambah2 lagi Hanna yang bakal bergelar ibu tahun depan. InsyaALLAH tak lama lagi Dzaatin pun akan dapat kawan sebaik aunty hanna juga..hehe

selamat hari LahiR Hanna & Fida

muka excited utk potong kek!hehe


ida, fida, hanna, laila, dzaatin

Bakal Mama dan Ummi Dzaatin

overall, kami sungguh gembira dapat berkumpul dan bermain dengan Dzaatin..semoga persahabatan kami dirahmati Allah dan berkekalan..Amiin

p/s: rindu Qeelah, Alia and Ain Mahat...hopefully dapat wat gathering dgn korang nanti..insyaAllah

Sunday, July 12, 2009

~.:sELamaT HaRi LahiR WaNi:.~

9hb JuLai 2009~fRidaY

saLam~~

meLaka
hari ni abah bawak sedare mara aku dari kedah gi jenjalan kat melaka..waaa..bestnya!!tapi aku tak dapat ikut sebab van tak muat nak menampung muatan penumpang yg lebih..huwaaa!sob~sob~

jaLan2 cari makan
hari ni ktorang yg tinggal kat umh malas nk masak malam..sbb ade sumting yg spesel nk wat pd mlm tu..waa~~semuanya udah diatur dan dirancang teliti..kejutan utk wani!!!yoshh.

selesai aje solat maghrib, aku dgn yun terhendap2 jalan kt dapur utk menyelinap masuk ke kereta tnpe pngetahuan wani..wargghh..sungguh adventure!! start aje enjin kete..melilau2 cari makanan ape yg nk beli..akhirnya selepas bertikam lidah, bertegang urat kami berdua sepakat nk beli pizza je kt Giant..chehh, punyelah ssh payah kuar umh mcm pesalah, alih2 Giant jugak jadik pilihan..(sebenarnya nk save budget je..wawa:p)

ayong awal2 lagi dah siap beli kek yg kemain besar utk wani..spesel punye kek tuk wani..tadaa..

haaa..ni la keknye..ayong beli kek moto utk wani sempena meraikan wani pass test jpj moto dan menyambut hari lahirnya yg ke-23tahun..

selamat hari Lahir wani..kuLLu 'amm wa anti bikher..may ALLAH bless u..barakallahu fik!!
kek moto bersama 2 pinggan pizza~~waaa
dan juge kepah hijau yg dibeli di melacca..sedappp woo~~plus 30biji durian yg diborong kt melacca juge..murah2 tp xsempat nk tangkap sbb semua pulun makan dgn lahapnye!wakaka

Thursday, June 4, 2009

~.:sErOnOknyee cUti!!!:.~

saLam~

thurSday 4hb Jun 2009

syukur alhamdulillah krn Dia berikan aku kenikmatan hidup, kesihatan dan rezeki.

terime kasih kawan2 yg sudi mngikuti perkembangan citer aku spnjang tempoh prakticaL ni..2minggu lebih jugak x berupdate crite sampai penuh kotak inbox di henfon dan msg dr kwn2 yg teruja dan setia mngikuti perkabaran aku..waaa~terharunyerr..thnx a lot!!huhu^_^

alhamdulillah, tempoh practical selame sebulan dah berakhir pada 21hb Mei 2009. maaf sgt2 sbb x post citer pada minggu terakhir practical. saje tanak post sbb nak masukan dalam report yg akan dihantar sblm 20hb Jun ni..tapi disebabkan cuti yang pjg ni, aku jadik malas nak wat report awal2..adehhh, kak salwa rakan sepraktikal aku tu dah jenuh push aku suh siapkan..mekaceh ye kak sal..hehe.insyaAllah kalo xde araL aku akan cube paksekan diri utk siapkan repot sblum balik kg.

31 mEi 2009
tarikh ni jatuh pada hr ahad bersamaan hari lahir adek aku yg ke3. dia takde kt kat sini bersame2 kami semua. pade tarikh tu gak kakak aku berangkat untuk menunaikan ibadah umrah selame 2minggu. semoga Allah permudahkan segala urusannya..

1 junE 2009
mak Long sekeluarga datang ke rumah. atuk aku pun ade skali. kali ni atok aku nak dok lame sikit dgn kami..yeahh leh buLi atok!!wakakaka

2 junE 2009
gotong royong bersihkan umah sbb mak aku bersin pg tu. sian mak..

3 junE 2009
aku jadik xsihat sbb terlebih rajin bergotong dan beroyong, jadik aku lak bersin2 dan rase cam nk terdemam lak..uhuk:c

4 juNe 2009
harini aku rilex2 goyang kepale bace novel hadiah dr sahabat aku..haha..

Thursday, May 14, 2009

~.:sELamaT HaRi IBU:.~

10 mEi 2009~suNday


saLam~

Lewat mLm sabtu tu aku borak-borak dgn mak, mendengar ceritanya, berkongsi rasa, menikmati kedinginan mlm di buaian..ohh, damainya! kata mak, anak jiran kami fika yg baru darjah tige datang kerumah meminta izin memetik bunga-bunga aneka warna di rumah kami ni. kata mereka nak wat suprise kat maknya sempena hari ibu esoknya. terharu aku mendengarnya, walaupun masih kecil tapi dah ada rasa tanggungjawab untuk meraikan hari ibu. walaupun hanya kuntuman bunga, tapi ia akan terkesan ke hati seorang ibu atas ingatan dan penghargaan seorang anak keciL..


HaDiah

Pagi-pagi lagi mak dan abah dah keluar pi Kolam air panas, aku dan kakak mngambil kesempatan tu untuk keluar membeli hadiah untuk mak..agak lama berfikir hadiah apekah yg mak suka, akhirnya kami mngambil keputusan untuk membeli bunge di Sg BuLuh..aim kami nk cari bunge OrKed~mak mmg suke Orked..kat rumah dah ade beberapa jenis Orked..agak lama jugak kami melilau2 kt Sg BuLuh mencari Orked yg berkenan diHati..aLhamduLillah dpt juge 3pasu orked kaLer Unggu, MeraH hati dan Kuning..kemudian kami ke Giant untuk membeli hamper yng lengkap dgn produk2 kecantikan wanita buat mak. aku lihat ramai org kat Giant yng membeli bunge, cenderamata, dLL sempena hari IBU ni..


suPrise

sesampainye di rumah, mak mcm tau2 je pLan ktorang..aisehh, macam mane nak sorok kan, mak mesti dah boleh agak riak-riak di wajah kami ni..memandangkan adik2 aku yang 3 org lagi tu x dapat balik bercuti lagi, aku dan kakak bercadang meraikan mak duLu, Lps semua adik2 dah balik ke umh, kami bercadang nak sambut sekali lagi bersame..reaksi pertama mak biLe dapat Orked~subhanaLLah, dah Lame mak teringin Orked nie! alhamduLillah, seronoknya kami biLe mak berkenan dgn hadiah keciL dr kami ni..

seLamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu dan bakal2 ibu..Mak Ratu Hati kami, permata yang bersinar di jiwa, tgnmu yang penuh kasih sayang, renungan matamu yang menerbitkan rasa cinta~sayang mak!