Friday, July 31, 2009

~.:GatHERiNG:.~


29 juLy 2009~wEd

alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana memberi kesempatan waktu dan memudahkan segala urusan kami utk mengadakan 1st gathering ex-rumate matrik sempena meraikan hari lahir Fida dan Hanna juga utk ziarah Dzaatin. terima kasih yang tidak terhingga kepada Laila kerana sudi memberi ruang utk kami mengadakan majlis di rumahnya..

Walaupun majlis kecil2lan aje, tapi cukup memberi kesan yang besar dan mengukuhkan lagi ukhuwah yg terjalin antara kami selama hampir 6tahun ini. Walaupun tak semua ex-rumate aku yang seramai 8orang tu dapat hadir, tapi aku tetap rasa bersyukur buat Fida, Hanna, Laila, Ida kerana sudi hadir meluangkan waktu mereka utk gathering ini. Seronoknya rase dapat berkongsi cerita dgn teman2!! masing2 begitu teruja sekali mendengar pengalaman Laila melahirkan Dzaatin tambah2 lagi Hanna yang bakal bergelar ibu tahun depan. InsyaALLAH tak lama lagi Dzaatin pun akan dapat kawan sebaik aunty hanna juga..hehe

selamat hari LahiR Hanna & Fida

muka excited utk potong kek!hehe


ida, fida, hanna, laila, dzaatin

Bakal Mama dan Ummi Dzaatin

overall, kami sungguh gembira dapat berkumpul dan bermain dengan Dzaatin..semoga persahabatan kami dirahmati Allah dan berkekalan..Amiin

p/s: rindu Qeelah, Alia and Ain Mahat...hopefully dapat wat gathering dgn korang nanti..insyaAllah

Tuesday, July 21, 2009

~.:ikHLas:.~


hari ni aku nak muhasabah diri pasal ikhlas....

macam mana kite nak belajar dgn ilmu ikhlas ni?jom ikuti kisah nie...~~

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajarannye:~

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

RenungiLah kata-kata ini:~

"Sesungguhnya hati manusia itu mati, kecuali mereka yang berILMU. Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena, kecuali mereka yang berAMAL.Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu, kecuali mereka yang IKHLAS" ~Imam Al-Ghazali

~.:saLam isRa' & mikRaj:.~

20 JuLy 2009~mOnDay

Alhamdulillah...
pd 2o July 2009 bersamaan 27 Rejab 1430 adalah hari brsempena mmperingati dan menghayati peristiwa Isra' dan Mikraj...aku berkesempatan menghadiri satu forum Bicara Ad-Din Isra' dan Mikraj yg bertajuk "Yang Tersirat disebalik Tersurat"

forum itu julung-julung kali diadakan di uiam dibawah anjuran bersama persatuan Islamic Revealed Knowledge and Heritage dan Economic and Science Management dengan kerjasama Institut kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Forum Bicara Ad-Din ISRA' DAN MIKRAJ "Yang Tersirat disebalik Tersurat"
Date : 20 July 2009
Time : 8.00 pm-11.00pm
Venue: Moot Court, Kuliyyah of Laws, UIAM
Speaker : Ir. Ahmad Jais Bin Alias (IKIM)
Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran (UIAM)
Moderator : Ust. Mahathir Shaharudin (IKIM)

keseluruhannya, forum mlm itu mendapat sambutan yg luar biasa dgn kehadiran para pelajar yang memenuhi moot court sehingga ada yang terpaksa berdiri di belakang utk same2 menadah ilmu drp panelists2 jemputan..

alhamdulillah, secara ringkasnya sesi forum itu dibincang dan diulas dalam 3 pusingan:~
1) Pusingan pertama
> peristiwa Isra' dan Mikraj serta kesan terhadap ubudiyyah kpd Allah

sebagai muqaddimah, Dr Farid telah mnyegarkan semula ingatan kami tentang peristiwa isra' dan mikraj secara ringkas dan padat. Antara hikmah daripada peristiwa itu ialah keistimewaan solat sebagai bukti ketundukan kita pada Allah (ubudiyyah) dan keimanan yg kuat kpdNya serta Rasul

Manakal,Ir Ahmad Jais memulakan pendefinisian konsep " Yang tersirat disebalik tersurat isra; dan mikraj"dlm pusingan pertama itu.
i- Tersirat
Tersirat dlm konteks itu bermaksud tersembunyi
ii- Tersurat
Tersurat atau root wordnya 'surat'. tapi kalo dlm bhse arabnya ialah 'surah' iaitu gambar.Tersurat dlm konteks ini bermaksud apa yang tergambar dalam penceritaan.

Jadi apa yang tersirat di sebalik tersurat Israk dan Mikraj ini dalam membentuk peradaban umat?
i-Keimanan
>Apa yang mustahil pada kita adalah tak mustahil pada Allah. Peristiwa isra' dan mikraj mnguji keimanan pada allah dan rasul. salah seorang sahabat nabi yg benar-benar mnyakini adalah saidina abu bakar as-siddiq.

ii- penerokaan ilmu sains
>eg: sains angkasa

2) Pusingan kedua
>kesan peristiwa Isra' dan Mikraj kepada masyarakat umat Islam

menurut Ir Ahmad Jais, manusia perlu satu proses yang menyeluruh iaitu:

i- Horizontal (hablulminannas)
> Horizontal atau dgn kata lainnya ialah mendatar
>umat islam perlu mnjaga hubungan sesame manusia cthnye adab berjiran, akhlak dan sbgainya
>Dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Allah telah menggambarkan azab-azab, kesan-kesan kepada org2 yg berdosa. cthnya azab siksaan utk org yg mngumpat
>Nabi telah dibukakan hijab utk menyaksikan segala peristiwa itu dalam satu masa

ii-Vertical (hablulminallah)
>Vertical atau dgn kata lainya ialah menegak
> nak kuatkan pegangan kita pada Allah adalah bersandarkan pada solat (menjaga ibadah solat)

3)Pusingan ketiga
> sesi soal jawab dan penutup

Sunday, July 12, 2009

~.:sELamaT HaRi LahiR WaNi:.~

9hb JuLai 2009~fRidaY

saLam~~

meLaka
hari ni abah bawak sedare mara aku dari kedah gi jenjalan kat melaka..waaa..bestnya!!tapi aku tak dapat ikut sebab van tak muat nak menampung muatan penumpang yg lebih..huwaaa!sob~sob~

jaLan2 cari makan
hari ni ktorang yg tinggal kat umh malas nk masak malam..sbb ade sumting yg spesel nk wat pd mlm tu..waa~~semuanya udah diatur dan dirancang teliti..kejutan utk wani!!!yoshh.

selesai aje solat maghrib, aku dgn yun terhendap2 jalan kt dapur utk menyelinap masuk ke kereta tnpe pngetahuan wani..wargghh..sungguh adventure!! start aje enjin kete..melilau2 cari makanan ape yg nk beli..akhirnya selepas bertikam lidah, bertegang urat kami berdua sepakat nk beli pizza je kt Giant..chehh, punyelah ssh payah kuar umh mcm pesalah, alih2 Giant jugak jadik pilihan..(sebenarnya nk save budget je..wawa:p)

ayong awal2 lagi dah siap beli kek yg kemain besar utk wani..spesel punye kek tuk wani..tadaa..

haaa..ni la keknye..ayong beli kek moto utk wani sempena meraikan wani pass test jpj moto dan menyambut hari lahirnya yg ke-23tahun..

selamat hari Lahir wani..kuLLu 'amm wa anti bikher..may ALLAH bless u..barakallahu fik!!
kek moto bersama 2 pinggan pizza~~waaa
dan juge kepah hijau yg dibeli di melacca..sedappp woo~~plus 30biji durian yg diborong kt melacca juge..murah2 tp xsempat nk tangkap sbb semua pulun makan dgn lahapnye!wakaka