Tuesday, July 21, 2009

~.:saLam isRa' & mikRaj:.~

20 JuLy 2009~mOnDay

Alhamdulillah...
pd 2o July 2009 bersamaan 27 Rejab 1430 adalah hari brsempena mmperingati dan menghayati peristiwa Isra' dan Mikraj...aku berkesempatan menghadiri satu forum Bicara Ad-Din Isra' dan Mikraj yg bertajuk "Yang Tersirat disebalik Tersurat"

forum itu julung-julung kali diadakan di uiam dibawah anjuran bersama persatuan Islamic Revealed Knowledge and Heritage dan Economic and Science Management dengan kerjasama Institut kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Forum Bicara Ad-Din ISRA' DAN MIKRAJ "Yang Tersirat disebalik Tersurat"
Date : 20 July 2009
Time : 8.00 pm-11.00pm
Venue: Moot Court, Kuliyyah of Laws, UIAM
Speaker : Ir. Ahmad Jais Bin Alias (IKIM)
Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran (UIAM)
Moderator : Ust. Mahathir Shaharudin (IKIM)

keseluruhannya, forum mlm itu mendapat sambutan yg luar biasa dgn kehadiran para pelajar yang memenuhi moot court sehingga ada yang terpaksa berdiri di belakang utk same2 menadah ilmu drp panelists2 jemputan..

alhamdulillah, secara ringkasnya sesi forum itu dibincang dan diulas dalam 3 pusingan:~
1) Pusingan pertama
> peristiwa Isra' dan Mikraj serta kesan terhadap ubudiyyah kpd Allah

sebagai muqaddimah, Dr Farid telah mnyegarkan semula ingatan kami tentang peristiwa isra' dan mikraj secara ringkas dan padat. Antara hikmah daripada peristiwa itu ialah keistimewaan solat sebagai bukti ketundukan kita pada Allah (ubudiyyah) dan keimanan yg kuat kpdNya serta Rasul

Manakal,Ir Ahmad Jais memulakan pendefinisian konsep " Yang tersirat disebalik tersurat isra; dan mikraj"dlm pusingan pertama itu.
i- Tersirat
Tersirat dlm konteks itu bermaksud tersembunyi
ii- Tersurat
Tersurat atau root wordnya 'surat'. tapi kalo dlm bhse arabnya ialah 'surah' iaitu gambar.Tersurat dlm konteks ini bermaksud apa yang tergambar dalam penceritaan.

Jadi apa yang tersirat di sebalik tersurat Israk dan Mikraj ini dalam membentuk peradaban umat?
i-Keimanan
>Apa yang mustahil pada kita adalah tak mustahil pada Allah. Peristiwa isra' dan mikraj mnguji keimanan pada allah dan rasul. salah seorang sahabat nabi yg benar-benar mnyakini adalah saidina abu bakar as-siddiq.

ii- penerokaan ilmu sains
>eg: sains angkasa

2) Pusingan kedua
>kesan peristiwa Isra' dan Mikraj kepada masyarakat umat Islam

menurut Ir Ahmad Jais, manusia perlu satu proses yang menyeluruh iaitu:

i- Horizontal (hablulminannas)
> Horizontal atau dgn kata lainnya ialah mendatar
>umat islam perlu mnjaga hubungan sesame manusia cthnye adab berjiran, akhlak dan sbgainya
>Dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Allah telah menggambarkan azab-azab, kesan-kesan kepada org2 yg berdosa. cthnya azab siksaan utk org yg mngumpat
>Nabi telah dibukakan hijab utk menyaksikan segala peristiwa itu dalam satu masa

ii-Vertical (hablulminallah)
>Vertical atau dgn kata lainya ialah menegak
> nak kuatkan pegangan kita pada Allah adalah bersandarkan pada solat (menjaga ibadah solat)

3)Pusingan ketiga
> sesi soal jawab dan penutup

No comments: