Tuesday, September 2, 2008

~.: aHLaN ya RaMadhaN :.~


Ramadhan Kareem...alhamdulillah kita dapat lagi menyambut kedatangan Ramadhan yang di nanti-nantikan ini. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. marilah kita sama-sama ambil peluang memperbaiki diri dan memperbanyak doa. moga rahmat Allah sentiasa bersama kita..hari ini jom kita menyingkap kembali sejarah ramadhan serta kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini..

SEJARAH RAMADHAN
  • Ramadhan ertinya panas terik.
  • Bulan di turunkan Al-Quran dan juga disebu "syahru ramadhana"
  • Berlakunya Perang Badar al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan
  • Bulan di mana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
  • Di dalamya terdapat malam al-Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
  • Di pilih sebagai bulan kewajipan berpuasa
  • Di pilih untuk ibadat-ibadat lain spt tarawikh, zakat firah, tadarus al-Quran
KELEBIHAN RAMADHAN

  • Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
  • Bulan penuh keberatan
  • Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
  • Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
  • Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
  • Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  • Bulan menambah rezeki
  • Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
  • Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
  • 10 hari pertama adalah rahmat,
  • 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
  • 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
  • Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
  • Menempah pakaian untuk Ramadhan
  • Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  • Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  • Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
  • Solat berjemaah setiap waktu
  • Solat jemaah di masjid/surau
  • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  • Sahur diwaktu akhir
  • Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  • Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
  • Kurangkan tidur
  • Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  • Tunaikan Solat Dhuha
  • Tidur satu jam sebelum Zohor
  • Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
  • Jaga pacaindera
  • Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  • Hadiri majlis ilmu / tazkirah
  • Buat baik pada ibubapa
  • Isteri hendaklah taat pada suami
  • Banyakkan bersedekah
  • Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  • Berbuka bersama org tua
  • Jemput tetamu berbuka
  • Kurangkan berat badan - diet
  • Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  • Baiki hubungan suami isteri & keluarga
  • Baiki hubungan jiran
  • Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
  • Elakkan belanja berlebihan
  • Kuatkan kesabaran
  • Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
  • Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  • Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
  • Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
  • Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  • Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  • Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
  • Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
  • Melazimkan solat pada awal waktu
  • Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  • Elakkan banyak berhutang
  • Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  • Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
  • Kepada Orang Tua yang lemah
  • Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar
  • Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
  • Baca ayat akhir surah Al Baqarah
  • Baca ayat Kursi
  • Baca surah Yaasin
  • Baca surah Al Zalazah
  • Baca surah Al Qafirun
  • Baca surah Al Ikhlas
  • Bagi orang yang kuat dan cergas
  • Bangunkan isteri dan anak
  • Bersihkan badan / mandi
  • Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

  • Tarikh turunnya Al Quran
  • Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik

>>Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.

pEtua:-

Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.

Wallahu a ' lam.
.


No comments: