Monday, April 20, 2009
~.:PaSaR MaLam:.~
tetiba pulak nak cerita pasal pasar malam..huhu
hari ahad lepas bersamaan 19hb apriL..aku dan mak pergi pasar yng agak jauh sikit dari kawasan rumah. dah byk kali mak mngajak aku pergi pasar mlm..tapi selalunya aku x prnah pergi pun..rimas bersesak2 dgn orang ramai yang tak mngira muamalat.
ntah mngape hari tu aku terbuka hati nak pergi...mungkin xnak hampakan harapan mak yg beria2 nk kesana..demi mak aku turutkan jua..mungkin menjadi tabiat aku yg suka duduk di rumah, jarang keluar rumah juga jarang bergaul dgn org sekeliling byk hal2 yg berlaku di luar yg aku tak tahu..
pasar mlm tu terletak dekat dengan kawasan perumahan cina. kami mencari tempat untuk parking kereta. kami terpaksa park kereta di tepi2 jalan yg berhadapan rumah cina. lps keluar dari kereta, hampir tersentak aku dibuatnya! aku hampir2 terpijak selonggok najis anjing di atas tnh tue..memang x di nafikan kawasan perumahan cina mmg byk membela anjing dan membiarkan anjing bebas berkeliaran di luar rumah..tapi yng aku tak gemari ialah najis2 anjing yg berkeliaran tu bersepah2 di tepi2 jalan, atas rumput. hilang mood aku nak pergi pasar mlm tu..rasa nak terus balik umh je.
sejenak aku berfikir..sistem perpaduan kejiranan yg menggabungkan ketiga-tiga kaum melayu, cina dan india dalam satu kawasan perumahan adalah tidak begitu praktikal.itu bg pendapat aku la..sbb apa?lihat shje ape yg berlaku td. sebaik2nya ketiga2 ethnic group ni di asingkan dr segi residential area. kesanya tidak wujud isu perkauman yg mnyentuh sensitiviti setiap kaum..kaum cina dan india bebas membela anjing, kaum melayu pulak boleh melakukan aktiviti keagaman, ceramah, azan dan sbgainya di kawasan perumahan masing2..tak ada siapa yg sakit telinga, tiada yg bengkak hati atau pedih mata.
dah cukup pasal isu kejiranan..sbnrnya aku nk cerikan pasal pasar mlm..asyik melencong aje!
siapa dgr pasar mlm je mesti je suka kan, sbb dpt beli mcm2 jenis mknn, murah2 pulak tu..sambil2 aku dan mak melihat2 aneka jenis juadah makanan, aku terkesima melihat seorang lelaki tua yg kudung kakinya terbaring di atas lantai jalan sambil mngensot2kan badannya dan tgnnya menghulurkan cawan meminta derma..kami teruskan perjalanan lagi..anehnya, aku tejumpa lagi peminta sedekah..tapi dia tak cacat..sempurna. seorang perempuan warga china aku rasa duduk diatas jalan beralaskan selipar sambil memangku anak kecilnya..kami teruskan jugak perjalanan..anehnya makin ramai pulak peminta sedekah yg datang!kesemuanya hampir 6 org yg aku kira. ada yng cacat penglihatan, kudung kakinya, cacat tangannya, juga yang sempurna tubuh badan. kata mak, setiap hari ahad mereka2 ini akan ke sini mencari rezeki..kesian betul aku tgk. mana pergi persatuan2, bdn2 bantuan, kebajikan masyarakat??tak buat pantauan kah??begitu byk persatuan2 yg di tubuhkan, i.e persatuan cacat penglihatan, pusat dalam komuniti a.k.a PDK, dan byk lagi.tapi masih ada lagi saki baki rakyat yg tercicir dan terpinggir. pihak berwajib sperti pgawai2 kebajikan perlulah buat tinjauan dan pemantauan di kwasan seperti psr mlm ni. beri mereka bantuan dari segi bantuan kewangan, perlindungan supaya kehidupan mereka lebih baik dan terjamin dan tak merempat!
dlm pasar mlm tu jgk, bukan setakat isu pemita sedekah je yg aku jumpe..malah ada 'perang' pulak kt situ! 'perang tapak' antara peniaga-peniaga. di situ peniaga2 tempatan terpaksa bersaing dgn peniaga2 pendatang asing. jadi wujudlah ketidakpuasan hati di kalangan peniaga2 tempatan..di sebabkan byk peniaga pendatang menguasai bisnes di situ. mmg xdinafikan juga rata2 pengunjung pasar malam tu terdiri dr pendatang asing..ada Burma, Thailand, Vietnam, Nepal, Bangladesh..ramai lagi la!aku rasa mcm duduk kat negara lain pulak!kata mak, aku kne hati2 di kawasan ni sbb byk berlaku kecurian, samun dan rompak..aduhhh, mcm mn pulak la nk atasi masalah immigrant yg hidup ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..kalo xde permintaan, x mungkin berduyung2 mereka dtg kan..
mari fikirkan SOLUSI...(^_^)v
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment