Thursday, October 1, 2009

~.:RayE dan DENGGI:.~

Date: 21hb September 2009 (Isnin)
Event: Hari raya Kedua

Pagi itu aku bangun sungguh awal. Tapi kepala aku terasa sangat sakit sekali!erm, kenapa ya? Owh mungkin sbb malam tadi aku makan daging banyak sangat kut..begitulah kata-kata positif untuk memujuk hati yang rungsing..Kerja tetap di teruskan~Acara untuk mngemas bilik dan membuang sesawang. Malu la nanti ada tetamu datang nak tumpang solat tapi bilik penuh sesawang kan..erm, baik kemas jap..kemas...kemas..cuci..cuci..hoho..sedar-sedar dah 2 bilik aku kemas!! Tapi kepala aku masih sakit ni..xpelah tido jap dulu...kenapa tetiba badan aku menggigil nih??blogger-emoticon.blogspot.comerm, maybe sebab badan terkejut kut buat kerja berat pagi-pagi. xpe, jap lagi baik la tu. Eh, mak pun demam jugak? Erm, ni mesti kes makan daging kambing malam tadi sebab tu ktorang demam kut. hehe. Aku dah janji dgn Yana nak tlg dia buat kuih raya hari ni. Nanti dah kebah sikit aku g tolong ek.

Dah petang ni, tapi demam masih x kebah. Tikah bagi aku ubat demam warna oren. Alhamdulillah kurang sikit sakit. Aku mandi-manda, solat dan..tetibe gedebukk jatuh semula atas katil. Demam mnyerang kembali! Tkah bagi ubat lagi. Tetap tak berkesan.

Malamnya pulak makin teruk, badan menggigil, lidah terasa pahit. Langsung tak ada selera makan. Makan dan muntah aja. sampai lembik badan ni.

Date :22hb September 2009 (Selasa)
Event: Hari Raya ketiga

Hari ni, keadaan tiada perubahan. masih demam panas blogger-emoticon.blogspot.com. Alhamdulillah, ada adik-adik aku yang balik bercuti raya ni. Dorang la yang bergilir jaga aku siang dan malam. Jerlum dengan air asam jawa dari kepala sampai ke kaki nak bagi badan aku sejuk dari kepanasan demam yang terlampau. Semua orang paksa aku minum air. Padahal, aku memang xade selera nak makan dan minum sebab lidah terasa sangat la pahit. Hari ni aku betul-betul nampak lembik macam bubur lambuk. Makan muntah, makan muntah. Aku tanya tikah mcm mana keadaan mak, Tikah kata mak tengah santai tengok tv..uhukk,Aku jadik x sabar nak cepat sihat.ngeee:p

Date 23hb September 2009 (Rabu)
Event: Hari Raya keempat

Keadaan makin parah, demam belum juga kebah.blogger-emoticon.blogspot.com Allah shj la yang mngetahui betapa deritanya aku menanggung demam yang sungguh pilu itu. Lenguh segala urat sendi di badan ni, kepala ni terasa bagai dipikul benda yang bertan-tan beratnya. terasa sempit pernafasan, gigi terasa lembut macam lidah. Nak kunyah roti pun bukan main susah lagi. Alhamdulillah, setelah bersusah payah bangun dr katil, dan berenti di beberapa "stesen" melepas penat lelah akhirnya sampai juga aku ke dapur!! Mak suruh aku makan roti dan air susu untuk tambah tenaga. pastu mak bagi ubat Activefast. Memang berkesan! 20 minit lps makan ubat, sakit kepala hilang serta merta. Too fast! Too active..hehe. Petang tu jugak aku, mak, abah gi Hospital Selayang.

Macam biasalah, kalo tak 2, 3 jam menunggu tu bukan namanya Hospital la kan..tunggulah kami dengan sabar~blogger-emoticon.blogspot.com. Tapi memandangkan aku dah makan ubat, jadi aku rasa betul-betul dah sihat! check suhu, uihh, 38"c. tekanan darah 105/100. ok la tu..xde darah tinggi. pastu masuk bilik ke 3, Doktor kata "anda di syakki demam Denggi!" sekarang gi bilik no 7 utk ambik darah!! memandangkn aku pertama kali kena ambil darah, jadi aku pun hulurkan jari telunjuk sbb aku ingat doktor nak ketip jari dan ambik setitis je. (haha, punyalah x tahu!!) Alih-alih doktor tu ketawa seraya berkata;"macam mana la nak cucuk jarum kat jari telunjuk tu adik oii, darah pun x lepas nak kuar!" cehhhblogger-emoticon.blogspot.com

Pastu Doktor suruh aku ulang darah kat klinik kerajaan 25hb september 2009 iaitu hari jumaat.

Date:24hb September 2009 (Khamis)
Event: Hari Raya kelima

Ini adalah hari keempat aku demam. Sedih sungguh kerana hilang nikmat makan dan nikmat kesihatan. Masa demam ni aku langsung x boleh jamah makanan kesukaan aku-pedas dan masin. sebaliknya, aku hanya boleh makan bubur tawar yang dikisar dan nestum shj. saat ni aku bersyukur sgt sbb masih diberi keizinan utk makan kalo nak dibandingkan dgn orang lain yang menderita tak boleh makan.

Date:25hb September 2009 (Jumaat)
Event: Hari Raya keenam

Suhu badan makin panas, tak ada tanda-tanda menunjukkan demam akan berhijrah keluar dari badan aku. Sudah 5 hari nih. adik-adik aku tak jemu-jemu datang berziarah aku di kamar bilik. kesian dorang, tak dapat keluar beraya sebab jaga aku je. Allah saje lah yang dapat balas segala kebaikan dorang dgn ganjaran pahala..Amiin. Dari pagi sampailah ke petang, aku terlantar atas katil, lemah dan lembik macam roti celup air. blogger-emoticon.blogspot.com

Petang tu jugak, mak seret aku masuk dalam keta utk ke klinik kerajaan. Sampai je kat sana, aku terus terjelepuk atas katil (punyalah lembik!), terus aje dorang cucuk aku dan masukkan air. uwaaa, first time kne cucuk kt tangan masuk air!!nanges jugak kat situblogger-emoticon.blogspot.com

naik ambulance

Lepas kena cucuk kat sana, cucuk kat sini, dalam kul 7.30pm aku di hantar ke Hospital Selayang dgn menaiki Ambulance!! waa~first time woo..Pengalaman naik ambulan sungguh mencabar, lajunya macam drift. Kecut perut aku! Disebabkan driver ambulance tu sunguh cekap mengendalikan kenderaan tersebut, tup-tup dah sampai hospital. hehe. Aku di usung ke bahagian emergency, kena ambil darah lagi untuk di analisa, lps confirm kena Denggi, aku kne X-ray lak. Pastu aku dibawa ke wad 9c.

Masuk wad
Duduk dalam wad tu terasa macam wad 1 Malaysia lak. kanan India, depan Cina, tepi sana Melayu. Memang cukup kourum betul..hehe. Kalo ditanya suka tak duduk hospital? jawapan aku.."hoho. of course i sukaa"hehe..walaupun cuma wad ekonomi aje, tapi sungguh selesa, makanan pun sedap, nurse pun baik-baik belaka.

Date:26hb September 2009 (Sabtu)
Event: Dalam wad

Suhu badan aku mencecah ke 39'c. Aku terasa sangat sakit dan pening kepala. Alhamdulillah ayong dan tikah sudi teman aku kat wad ni. Nurse sediakan sehelai kertas dan ditampal di atas meja. Kertas tu adelah jadual harian aku minum berapa liter air dan berapa liter aku membuang air kecil. erk, siap ade jadual lagi tuhh?? Disebabkan demam denggi ni tiada ubat, maka ubatnya dalah minum banyak air. Nah, berbotol-botol air 100plus abah beli utk diminum. Oleh kerana, hospital Selayang sekarang adalah satu-satunya hosital yang menggunakan electronic drip, maka sedikit sebanyak menyusahkan aku. hehe. dengan adenya electronic drip tu, aku x bebas bergerak la. nak g tandas kena suruh nurse bukakkan drip, nak g mandi la, bla..bla..kalo aku terlambat pasang drip tu, nt alat tu akan bising dan menganggu pesakit lain. haa, tak ke itu menyusahkan aku, nurse dan pesakit lain?blogger-emoticon.blogspot.com

tangan aku yang dicucuk utk masukkan air

ni la drip yg mnyusahkan aku..huhu

Awal-awal lagi aku telah dimaklumkan oleh Doktor, darah akan diambil 3 kali sehari setiap 8 jam! hah?apa dia??ulang sekali lagi..3 kali sehari???hah??


blogger-emoticon.blogspot.com

Date: 27hb September 2009 (Ahad)
Event: Dalam wad

Hari kedua dlm wad dgn tangan lebam2 di cucuk, owh amat menderita..aku nak balikkkkk!!!!waa~blogger-emoticon.blogspot.com
Hari ni dayah singgah wad utk ziarah aku sbb dia dah kena berangkat pulang ke Sarawak..mmm..[sooo saddd..waaa]

Date:28hb September 2009 (Isnin)
Event: Dalam Wad

Hari ni Tikah kena balik asrama, esoknya pulak ayong dah start class..erm, sapa nak teman aku nanti?? aku kena sihat jugak esok! tak kira! aku tanak susahkan mak, abah, ayong, cik santi! ya, betul! Jadi minum air byk2 sekarang!!! gluppp...gluppp..gluppp blogger-emoticon.blogspot.comahhh~~


Hari ni aku kena sihat, buat-buat sihat?or pura-pura sihat? ahhh, yang penting sihat!!. Aku dah minum banyak air, aku dah x demam, mmm, boleh balik kut hari ni..nak kemas baranglah siap2..heee..

Doktor-doktor datang buat lawatan:

aku: Doktor, bila saya boleh balik?saya betul-betul dah sihat..[sungguh cergas]
Doktor: Jap, sy check kamu dlu...mmm, darah hemoglobin x ckup ni, kne tggu lagi. saya perlu ambil darah kamu utk dianalisa.
aku: [sedehhhh] teruskan minum air byk2..glup...glup

alhamdulillah, drip dah leh bukak, aku dah boleh garak ke mana-mana. tapi masih menunggu keputusan..[boringnya!]

aku ingin pulanggggg blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah, akhirnya setelah dapat result aku boleh pulang..yahoooo!!!! percaya atau tak, all are free of charge!! [sebab kes denggi]

overall, aku sangat bersyukur diberi peluang kedua dan nikmat hidup. blogger-emoticon.blogspot.com

pesanan:

1. Cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik atau hospital jika anda diserang demam atau symptom2 denggi seperti gusi, hidung berdarah, demam mendadak, sakit kepala, cirit birit dan muntah.

2. Pastikan anda berada didalam rumah sebelum 6ptg dan tutup tingkap bilik. Kerana nyamuk aedes akan berlegar-legar pada waktu itu

3. Banyakkan minum air putih atau 100 plus.

4. bersihkan kawasan permbiakan nyamuk aedes seperti takungan air di pasu.

* Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati. blogger-emoticon.blogspot.com

No comments: