Saturday, January 23, 2010

~.: rEntEtan pEristiwa piLu sepanjang jaNuary 2010:.~

Bismillahirrohmaniirohim..

alhamdulillah, aku panjatkan rasa syukur atas rahmat dan kasih sayangMu, krn sehingga saat ni aku masih diberi peluang mengecapi nikmat hidup di atas bumiMu yang barakah ini..

Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar 2010 dah datang menjengah, mengetuk pintu bilik mengejutkan diriku yang enak lena. "bangun, 2010 dah datang ni!!"

"selamat datang 2010"

Aku bersiap-sedia menghadapi cabaran 2010
Tetap kuteruskan langkah
Meneruskan perjuangan!
Memateri azam utk mencapai cita-cita
Moga Allah teguhkan imanku,
Moga Allah kuatkan langkahku untuk menempuh perjalanan ini!


January 2010

Bulan pertama dalam tahun 2010
Sungguh, aku diuji.
Cabaran dan dugaan datang silih berganti
walaupun payah, perlu tabah
Ingin ku coret, rentetan dan cebisan kehidupan
Sebagai ingatan dan peringatan
Kenangan dan pengalaman


11 JaNuari 2010 (Mon)
> Tengahari tu, tok ayah cirit-birit akibat makan roti canai dengan kuah dal pagi tadi. Aku ke kelas seperti biasa, lepas maghrib, tok ayah makan malam. betul-betul berselera. Nasi dan gulai ikan sembilang. Memang favorite tok ayah. Tiba-tiba, tak semena-mena tok ayah tercekit tulang. Tapi aku dan abah terpaksa pergi kelas pukul 8pm. Malam tu, ayong bawak tok ayah ke klinik. Malangnya, doktor tak dapat nak keluarkan tulang di kerongkong. Doktar bagi surat rujukan utk ke hospital. Lepas balik dari kelas malam, tok ayah kata tulang tu masih belum hilang. Tok ayah mengadu, dia cirit birit banyak kali malam tu. Pada pukul 12 pm, keadaan tok ayah agak mencemaskan. akibat terlalu banyak kali berulang masuk keluar bilik air, badan tok ayah mengeletar semacam. Kami usung tok ayah dengan wheelchair untuk masuk ke dalam kereta. Sampai di klinik, tok ayah tercirit birit di depan pintu tandas. Dalam 4 kali jugak berulang alik ke tandas. Mujur x ada org malam tu. Alhamdulillah, dalam pukul 2 pagi, urusan selesai , tulang di kerongkong tok ayah pun dah hilang lepas muntah-muntah. Bermula pukul 2 pagi, aku dah abah terpaksa berjaga dan bergilir tgk tok ayah. Keadaan tok ayah sungguh pelik. Masa aku nak suap mushroom soup kat tok ayah sebelum makan ubat, tok ayah jadik kebudak-budakan. Dia cakap pelik-pelik dan hisap jari. Pukul 6pagi, barulah aku boleh lelapkan mata. Tok ayah terpaksa duduk dan tidur atas wheelchair, sebab aku tak larat nak angkat.

12 Januari 2010 (Tue)
> Class mula pukul 10 pagi. Betul-betul mengantuk sebab tak cukup tidur. Menguap jangan ceritalah. Mata dah rasa berat teramat. ku tahan juga selagi terdaya. Pukul 1pm baru habis kelas. Beli roti jap, lepas solat zohor ada baki 15 minit sebelum pergi kelas pukul 2pm. Erm, masih sempat. Tidooo...zzzz. Tido yang berkualiti. Lena sungguh. Tetiba, henfon bergegar, Halimah telipon. Alamak dah 2.30 pm. Masuk dalam kelas jangan ceritalah, muka dah berkeronyok dengan lipatan , mata pun dah merah. Habes kelas pukul 5pm, terus balik rumah. Betul-betul penat! Sampai saja kat rumah, tok ayah masih di kerusi roda. Kesian bila tengok. Makan-minum perlu bersuap, sebab tok ayah tak mampu untuk berdiri dan berjalan. Lepas makan tok ayah akan muntah-muntah. Minum air, muntah keluar air.


13 Januari 2010 (Wed)
> Keadaan masih tidak berubah. Keadaan tok ayah bertambah teruk, setiap waktu akan muntah. Perut penuh angin dan tak dapat menerima sebarang bentu makanan. Dalam keadaan begitu pun tok ayah masih berkeras tak nak ke hospital. Kami semua terpaksa akur. Malam tu, kami bergilir2 jaga. Dah 2 hari berturut2 tok ayah di kerusi roda tanpa bergerak. Pilu rasa hati ni.

14 JaNuari 2010 (Thu)
> hari ni adalah hari lahir mak. Aku balik lewat sikit sebab nak beli hadiah kat mak. Rasa tak meriah pulak raikan hari lahir mak tanpa adik-adik yang lain. terasa sunyi dengan riuh rendah. Terpaksa raikan mak dengan ala-kadar saja. Semoga Allah berkati usia mak. Hari ni dah masuk hari ke 3, juga keadaan masih sama. Setiap kali makan mak akan suapkan bubur kat tok ayah. Bubur tu perlu di kisar halus sebab tok ayah perlu makanan yang solid (macam makanan bayi).


15 Januari 2010 (Fri)
> Aku tak ada kelas setiap hari jumaat. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya abah dapat pergi kerja. Dah banyak hari abah tak dapat pergi kerja sebab jaga tok ayah. Hari ni dah masuk hari ke 4 tok ayah masih di wheelchair. Risau aku, kalau duduk lama-lama nanti boleh kebas badan. Petang tu aku pujuk tok ayah ke hospital untuk masuk air dalam badan. Sebab tok ayah dah berhari-hari x cukup zat dan air dalam badan (sebab muntah yang teruk). Alhamdulillah tok ayah setuju. Malam tu kami gerak ke hospital. Macam biasa la kalau menunggu kat wad kecemasan hospital memang memaksa diri untuk bersabar dengan waktu. Selesai X-ray, dan sebagainya. Pukul 5 pagi, baru la boleh tok ayah di hantar masuk ke wad! Ya, Allah, betul2 sangat letih!! Tok ayah minta abah yang temankan dia kat hospital sebab mudah kalau nak ke tandas ke, tolong angkat ke kan.


16 Januari 2010 (Sat)
> Berita tok ayah masuk wad telah tersebar luas sehingga nun jauh di alor setar, penang, kelantan, terengganu dan Australia! wahh, cepatnya. Dengan segala teknologi yang wujud sekarang ni, segalanya hanya di hujung jari sahaja. Maka berduyun-duyung la kerabat dari jauh datang menziarahi tok ayah. Sampai penuh ruang wad tu!Malam ni, mak long, paklong dan mak tam akan bergilir jaga tok ayah. Kalau ikutkan ramai yang berebut-rebut nak jaga tok ayah di hospital tu. Alhamdulillah~


17 Januari 2010 (Sun)
> Alhamdulillah, ramai sedara-mara silih brganti datang melawat tok ayah. Dalam masa 2 hari di wad ni, nurse terpaksa pakaikan tok ayah pampers untuk memudahkan kedua-dua belah pihak. Erm, tok ayah yang agak cerewet ni terpaksalah menerima keadaan seadanya. Hanya nurse perempuan sahaja yang ada. Hospital kekurangan nurse lelaki kenapa ye? ermm.. padahal nurse lelaki perlu ada untuk memberi khidmat pada pesakit.


18 Januari 2010 (Mon)
> Lepas habis kelas, aku balik rumah. Mak ajak pergi ziarah tok ayah. Petang tu kami pergi dengan kawan-kawan mak ; cik chah dan cik nor. Sampai saja di hospital, doktor kata tok ayah dah boleh discharged. Alhamdulillah. Tengok tok ayah pun dah makin pulih dan dah berselera makan. Makanya, petang tu kami berkemas-kemas dan balik dengan kereta cik chah. Semoga Allah saja la yang dapat membalas budi baik cik chah. Sesampai saja di rumah, kami dapat berita yang memilukan, adik yung yang ke 9 yang brnama hafizi tu maut kemalangan. Innalillah. Kami sekeluarga berduka cita atas berita kematian hafizi. Khabarnya, Hafizi yang baru darjah satu tu kemalangan akibat digilis motor semasa nak melintas di jalan besar lepas sekolah dengan abangnya Qayyum yg baru darjah 4.

19 Januari 2010 (Tue)
> Hari ni aku ada mid term exam. Ntah macam mana boleh tersalah tengok venue exam. Terlewat hampir 15 minit. ish3.

20 Januari 2010 (wed)
> Hari ni mak dan abah beli pampers kat tok ayah. Walaupun tok ayah berkeras tak nak pakai, terpaksa juga akur untuk sementara waktu. Aku paham, mesti tok ayah tak selesa pakai. Malam tu, masa tengah study, aku terdengar tok ayah panggil tapi aku ingatkan tok ayah mengigau. Pastu aku ke depan, aku tengok tok ayah meniarap di atas toto. Rupanya mak bangun dari tidobantu tok ayah untuk bangun turun meniarap ke atas toto. Tengok keadaannya, betul2 menyedihan. Tok ayah kata sakit belakang sebab terlalu lama duduk di wheelchair tu.


21 Januari 2010 (Thur)
> Pagi ni aku ada mid term exam lagi. lepas exam ada ada class pulak. Tapi dalam kelas tadi betul2 santai dan menyeronokkan. Madam buat activity berkumpulan dalam kelas. Menarik. kelas habis pukul 1pm. Tetiba, yung call menyampaikan berita kematian pakman di terengganu. Hampir tersentap aku mendengar berita kematian pakman (Bapa saudara yung) Sungguh tak terduga. Dalam menahan sebak di dada, tanpa tertahan aku menangis. Baru saja aku dapat berita kematian anak saudaranya, kini masih terkejut dengan kematian pakman pulak. Pakman adalah seorang insan yang berhati mulia, takkan ku lupa jasa baiknya sehingga kini. Dialah insan yang sangat rapat dengan kami adik beradik. Dialah guru al-Quran aku yang pertama, mengajar ku mengaji sedari kecil. Pakman kerap turun ke Kl ziarah kami sekeluarga dan tak lupa juga bawa roti gebu yang dibuatnya. Air mata ni, tumpah tak berhenti-henti. Hati rasa sebak yang teramat. Aku terpaksa tak hadir untuk 2 kelas petang tu. Sampai saja di rumah, mak kata aku terpaksa tinggal dirumah untuk jaga tok ayah. Ya Allah, aku teringin sangat nak jumpa pakman utk kali terakhir ni. Aku terpaksa menurut. Hanya hati saja berdoa moga Allah berikan aku peluang itu. Dalam kalut-kalut mak abah bersiap-siap, tiba-tiba mak kata aku dapat pergi, tapi terpaksa tinggalkan abah untuk jaga tok ayah di rumah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!

Kami bertolak agak lewat, dalam 2.30pm. Sepanjang perjalanan, terasa sungguh hiba. Mak mengimbas kembali jasa baik pakman pada kami. Menyebabkan kami makin sebak dan pilu. Panas kelopak mata menakung air mata yang berjuraian tak berhenti. Zikrullah sentiasa kami. Moga Alah permudahkan perjalanan. Kesian kami pada Kak tipah dan abang latip. Tak henti-henti henfon berdering. Sedara mara ramai bertanya. Mayat perlu di kebumi segera selepas asar, tapi kami masih dalam perjalanan yang jauh. dari KL ke Terengganu..

Alhamdulillah, selepas menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya kami sampai jua di rumah keluarga pakman. Kami tiba sewaktu azan isyak berkumandang kira-kira jam 8.30 pm.Di tepi jalan, sedara mara siap menunngu bersedia memapah kedua-dua anak pak man; kak tipah dan abg laip ke atas rumah. Jenazah pakman telah siap di kafankan, hanya menunggu anak-anak pulang menatap wajah untuk kali yang terakhir. lapang jiwa ku dapat menatap wajah pakman yang bersih, tenang dan tersenyum! Subhanallah. Selepas mak saba, kak tipah dan abg latip mencium dahi pakman, jenazah terus ditutup untuk disempurnakan. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya dalam golongan yang tinggi darjatnya. Aminn.

22 Januari 2010 (Fri)
> Kami tak dapat tinggal lama di terengganu menemani mak saba, kerana ada tanggungjawab yang masih menunggu di rumah. kami bertolak pulang ke KL petang jumaa tu. Doaku semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan iman utk mak saba untuk menghadapi setiap ujian dan dugaan hidup ini.


Sebagai renungan untuk diri,

ALLAH S.W.T. berfirman,

“ Maha Suci ALLAH yang menguasai segala kekuasaan, dan DIAlah Yang MahaKuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan hidup dan kematian, bagi melihat dari kalangan kamu siapakah yang terbaik amalnya. Dan DIA itu Maha Perkasa dan Maha Pengampun”

1 comment:

Ru Da said...

salam,

paku pakis xpenah lupe kan chempaka kuning...

kalo nk ikut kata hati... mmmg sedih bler mengingatkan org yg telah pergi... tp, ape kan daya..hidup org yg maseh tggal harus diteruskan...

dyh lagi sedih...sbb xdpt tgk pakman wt kali terakhir... dayah menangis masa ptg tu, ade amali silviltur hutan..~_~ xdpt thn sebak.. smoga pakman dan org2 yg soleh ditempatkan di tmpt yg mulia di sisi Nya..ameen~~~~