Thursday, May 14, 2009

~.:sELamaT HaRi IBU:.~

10 mEi 2009~suNday


saLam~

Lewat mLm sabtu tu aku borak-borak dgn mak, mendengar ceritanya, berkongsi rasa, menikmati kedinginan mlm di buaian..ohh, damainya! kata mak, anak jiran kami fika yg baru darjah tige datang kerumah meminta izin memetik bunga-bunga aneka warna di rumah kami ni. kata mereka nak wat suprise kat maknya sempena hari ibu esoknya. terharu aku mendengarnya, walaupun masih kecil tapi dah ada rasa tanggungjawab untuk meraikan hari ibu. walaupun hanya kuntuman bunga, tapi ia akan terkesan ke hati seorang ibu atas ingatan dan penghargaan seorang anak keciL..


HaDiah

Pagi-pagi lagi mak dan abah dah keluar pi Kolam air panas, aku dan kakak mngambil kesempatan tu untuk keluar membeli hadiah untuk mak..agak lama berfikir hadiah apekah yg mak suka, akhirnya kami mngambil keputusan untuk membeli bunge di Sg BuLuh..aim kami nk cari bunge OrKed~mak mmg suke Orked..kat rumah dah ade beberapa jenis Orked..agak lama jugak kami melilau2 kt Sg BuLuh mencari Orked yg berkenan diHati..aLhamduLillah dpt juge 3pasu orked kaLer Unggu, MeraH hati dan Kuning..kemudian kami ke Giant untuk membeli hamper yng lengkap dgn produk2 kecantikan wanita buat mak. aku lihat ramai org kat Giant yng membeli bunge, cenderamata, dLL sempena hari IBU ni..


suPrise

sesampainye di rumah, mak mcm tau2 je pLan ktorang..aisehh, macam mane nak sorok kan, mak mesti dah boleh agak riak-riak di wajah kami ni..memandangkan adik2 aku yang 3 org lagi tu x dapat balik bercuti lagi, aku dan kakak bercadang meraikan mak duLu, Lps semua adik2 dah balik ke umh, kami bercadang nak sambut sekali lagi bersame..reaksi pertama mak biLe dapat Orked~subhanaLLah, dah Lame mak teringin Orked nie! alhamduLillah, seronoknya kami biLe mak berkenan dgn hadiah keciL dr kami ni..

seLamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu dan bakal2 ibu..Mak Ratu Hati kami, permata yang bersinar di jiwa, tgnmu yang penuh kasih sayang, renungan matamu yang menerbitkan rasa cinta~sayang mak!

No comments: