Sunday, May 10, 2009

~.:Minggu ke-3 PractikaL:.~

4 Mei 2009~ MoNday

saLam~

Sedar x sedar, dah masuk minggu ke-3 aku praktikaL kat sini. Cepatnya masa berlalu. Tugasan pada hari ni hanya posting kat forum RMC dan Shukur, exchange banner My Sweet Dadih dan blog Aqiqah. Hari ni mood aku agak terganggu, kesihatan aku yang tak menentu, di tambah pulak masalah wireless yang macam biskut cips more, kejap ada kejap xde! Jadi sedikit sebanyak memberi kesan pada aku untuk meneruskan tugasan hari ini. Hari ni, hati aku terasa tak sedap hati sangat. Hati aku meronta-ronta untuk terbang pulang segera di rumah. Aku memujuk hati supaya banyakkan berzikir, jangan fikirkan perkara negative, aku bertaawuz supaya di pelihara dari bisikan syaitan yang bisa meracuni fikiran aku yang berserabut dikala itu. Akhirnya, aku bertekad meminta izin trainer aku untuk pulang pada tengahari itu..alhamdullillah~

Friday, May 1, 2009

~.:bErEbut:.~

29 apriL 2009, wEdnEsday~hari ke 7 praktikaL

saLam~


Tugasan pada hari ini ialah temujanji dgn En MaiL. Dua orang sahabat aku di tugaskan ke kedai En Mail utk menginterview beliau serba sedikit mengenai projek micro enterprise yang kami jalankan ni dan meminta kerjasama dlm merealisasikan projek ni. Alhamdulillah, En Mail bersetuju dan berkenan untuk bekerjasama. InsyaAllah, kalo tak ade aral melintang jualan dadih akan di promosikan di sekitar flat sri pahang pada minggu hadapan. Sementelah dua sahabat aku ke sana, aku di opis pula di tugaskan untuk faks surat sokongan ke DBKL. Alhamdulillah tugasan hari ini selesai~

Dalam train

Aku nak cite sikit kejadian yang lucu mase dlm train nak balik umah..huhu. keadaan dlm perut train sama seperti hari2 yang lalu; padat, sendat dan ketat. Aku dan sahabat aku yang sorang tu berpaut pada satu tiang kat train tu. Agak lama juga kami berdiri. Di sebabkan keadaan kesihatan aku yang belum sepenuhnya pulih, aku jadi mudah berasa lenguh sendi-sendi dan sakit-sakit walaupun hanya menyandang beg shj. Aku pun dgn nada bergurau cakap pada shbt aku tu “ishh, lenguhnye bahu aku nie, aku sangkut beg aku ni kat bahu ko ek.hehe” dia yng bersimpati pada aku tu dgn tak semena2 terus merampas beg aku lalu menyangkut pada bahunya..ishh, kesian pulak aku tgk dia. Dah la kurus, dua2 belah bahu di sangkut beg yang berat di tambah pulak dia tu pakai kasut tumit tinggi, tak pasal2 jadi senget pulak pinggang dia. Aku pun cakap la kat da “uiks, aku guro jela! Meh bagi balik beg aku tuh!” pergh, punya la degil kawan aku tu..sampai berebut2 jadinya kami berdua. Dalam ketika kami berdua sedang bertegang urat berebut dan tarik menarik beg aku tu, tetibe terdengar pulak suara lelaki asing kat belakang…”Don’t fight. I will hold it for you”. Kami berdua serentak berpaling ke arah suara tu. Rupa-rupanya, pertelingkahan kecil kami tu menarik perhatian warge asing yang berdiri betul2 di belakang kami. Ishh, malu betuL kami berdua! Masing2 terkedu dan memandang terus ke depan tanpa berpaling. Sesampai di terminal putra..tersembur ketawa yang di tahan tadi..moral of the story: jagalah akhlak di mana sahaje kita berada..huhu~ v(^_^)v

~.:sEkaLuNg pEnghaRgaaN:.~

28 apriL 2009, tuEsday~hari ke 6 praktikaL

Bermula pada hari isnin yang lalu, kakak aku mengambil tugas menghantar adik-adik ke sekolah dan menghantar aku ke stesen LRT. Sebelum ni aku menumpang bilik kwn di asrama. Atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan juga hal2 keluarga, aku mengambil keputusan untuk berulang alik shj dari rumah ke terminal putra. Alhamdulillah sedikit sebanyak mengajarku lebih berdisiplin dgn mase..hehe..kne ikut mase adik2 masuk skolah la..lepas hantar adik ke sekolah, kakak aku singgah sebentar kat stesen minyak petronas kat batu caves tu..aku pun pergila kat kaunter yang under construction tu..aku cakap kat pekerja Bangladesh tu..”pam 14 RM 20” biasanya itulah dialog yang simple untuk mngisi minyak..ntah kenape pagi tu aku cam blur sikit bile pekerja Bangladesh tu pun cakap “pam 14?” (byngkan intonasi mamat bangla sebut). Aku pulak yang ade masalah sound trouble pagi2 ni tersalah dgr..aku pun dgn teruja dan confidentnya terus kata “owh , dapat air botoL hundred plus (100 plus) ke?”perghh, malu betuL mase tu, rupanya dia tnya untuk confirmation je. Hehe..salah paham puLak aku nie di kala pagi2 yang sejuk tu..hehe

Train

Macam biasalah pagi2 begini, keadaan train saling x tumpah macam tin sardin yang sedang bergerak. Keadaan dalam train tu padat dan mampat dengan manusia2 yang mengejar masa. Ada satu incident berlaku…nak tahu x?huhu..biar suspen sikit..hehe

Mase dok syok gurau2 dgn kwn2 aku, tgn kiri aku dok berpaut pada tiang tgh dlm train tu, (banyangkanlah dalam keadaan berhimpit2 dgn manusia2 dlm train tu, tgn je yang sempat gapai tiang, muka b’paling kat lain), tetibe je aku terasa tgn kiri aku tu di gigit org! cehh, sape la yang xde adab p gigit tgn aku tuhh!!!sepantas kiLat aku tarik tangan aku. Ntah mcm mana, budak perempuan yang same2 paut pada tiang tu terjatuh longlai kat situ! Memang sah la dia yang gigit tangan aku kut.rupannya, dia pengsan tanpa kami sedari, mybe dorang ingat dia tertido kut. Fuhh, aku jadi panic pulak, sorang lagi kawan aku minta dikeluarkan dak perempuan tu ke luar untuk dpatkan udara segar. Berenti aje kat stesen, sorang lelaki memapah bdak tu keluar dari train. Kemudian lelaki tu masuk semula dlm train. Apa jadi kat bdak tu pun aku x tahu la..ok abes daa citer pasal train, jom tgk apa aktiviti kami hari ni..

En FadiL

Pagi tu aku berdua dgn mmber turun ke Bangsar untuk ke rumah En Fadil. Manakala seorang lagi mmber aku terus ke opis. Tujuan utama kami ke umh en fadil adalah untuk meminta beliau menandatangani surat permohonan lesen penjaja. Selesai aje urusan, kami berdua terus ke opis dalam pukul 10 am.

Meeting

Awal2 minggu pertama lagi kami dah di maklumkan meeting akan di adakan setiap hari selasa. Pelbagai agenda di bangkitkan dan di bincangkan dalam bilik mensyuarat tu. Selesai meeting, kami perlu update report pada En Muhammad.

DBKL

Hari ni aku berdua dgn mmber ke DBKL sekali lagi unuk hantar borang permohonan lesen penjaja tu bagi pihak en fadil. Sebelum hantar boring tu kami sekali lagi ziarah en Azman untuk bertanya mngenai sewa tapak dan prkara2 berkaitan.

Jabatan Pengangkutan Bandar

Selesai urusan menghantar borang semua, kami ke Menara Tun Razak untuk bertemu cc Meor seperti yang di janjikan. Sesampainya kami di sana, kami di maklumkan oleh penyambut tetamu cc Meor bercuti pulak hari ni. Kemudian kami di minta bertemu dgn En sulaiman. Alhamdulillah, hari ni kami berasa bertauah dan bersyukur sgt2 kerana di pertemukan dgn pegawai2, dan orang2 yang baik-baik belaka. Mereka banyak membantu kami dan memberi sedikit maklumat berkaitan lesen penjaja ni..

Alhamdulillah, Allah permudahkan segaLa urusan kami hari ini..kami ingin mngambil kesempatan merakamkan sejuta kerlipan bintang ucapan terima kasih dan penghargaan buat pegawai-pegawai, staff-staff dan sesiapa sahaje yang membantu bekerjasama dgn kami pelajar2 praktikal yang masih bertatih lagi ni dalam usaha merealisasikan projek yang di beri. Semuga Allah merahmati kalian semua..amiin v(^_^)v

~.:pEngaLamaN pErtaMa:.~

Minggu ke-2

27 apriL 2009, moNday~Hari ke 5 practikaL


aLhamduLillah..hari ni kami bertiga di tugaskan untuk melakukan kerja-kerja diluar pejabat..wahhh, sangat gembira dan teruja sekali..hehe..ituLah saat yang dinanti-nantikan!kerja2 luar tu bukannya kuar berjalan2 berpoya-poya kat luar tau, tapi melibatkan kerja2 yang berkaitan projek micro enterprise untuk keluarga En Fadil.


Survey

Seperti hari2 yang lalu, kami tiba di pejabat pada pukul 9 pagi. Kami bertiga membuat sedikit perbincangan untuk agenda yang akan di gerakkan. Selesai perbincangan ringkas, kami bertiga mengisi perut dahulu dgn lunch untuk menambah tenaga dan stamina dalam operasi survey tapak perniagaan di sekitar stesen Lrt Universiti, Pasar Seni dan Masjid Jamek. Sebuah kamera ala-ala wartawan di sediakan pihak company kepada kami untuk merakam tapak/ kiosk dan lokasi-lokasi yang strategik. Wahhh, nampak dari jauh kami bertiga ni kelihatan seperti ala-ala wartawan yang membuat liputan la!hehe..tujuan utama tempat-tempat itu dirakamkan adalah sebagai tapak cadangan kepada pihak DBKL. Ia juge sebagai memenuhi syarat2 yg di kemukakan untuk mendapatkan lesen penjaja. Keadaan cuaca yang panas terik dan berubah hujan renyai2 mnyebabkan kami sedikit kurang bermaya. Tapi alhamdulillah, selesai menunaikan solat zohor di Masjid India kami bertiga terus bertenaga dan berstamina untuk meneruskan misi..hehe


DBKL

Kami merasai pengalaman pertama menjejaki ke bangunan DBKL. Sebelum ni hnya lalu je tepi jalan tu..huhu. pertama kali bertemu dgn pegawai bertugas, kami bertiga agak gugup sedikit. Alhamdulillah, tugasan kami di permudahkan Allah. Pegawai yang bertugas banyak membantu memberi informasi dan cadangan tapak kiosk kepada kami. Sekalung penghargaan kami tujukan buat En Azman selaku penolong pegawai kesihatan persekitaran di jabatan pembangunan dan pengurusan peniaga kecil kerana sudi melayan kehadiran kami dengan baik dan memberi tunjuk ajar kepada kami berkenaan prosedur pemohonan lesen penjaja.


Jabatan pengangkutan bandar

Seterusnya kami ke jabatan pengangkutan Bandar di Menara Tun Razak. En Azman mencadangkan kami ke sana untuk mendapatkan maklumat tentang kiosk stesen bas. Sesampainya kami di sana, kami bertemu dengan c.c Meor secara kebetulan. Kami sampai agak lewat di sana, jadi beliau mencadangkan agar kami datang keesokan harinya utk berjumpa beliau. Selepas selesai urusan tersebut, kami mengambil keputusan untuk meninjau tapak kiosk yang di cadangkan En Azman di Jalan Tun Perak.

Erm, begituLah citernya aktiviti pada hari isnin..yang syoknya dapat pulak claim duit makan sekaLi..hehe..sampai aje kat umah, lemah lutut di buatnya seharian berjalan satu KL..adehh. kata En Muhammad “cLaim duit peLuh kat akhirat”..Ape2 perkara yang kita buat, perLuLah di buat dgn seiklhLas hati dan niat kerana Allah..betuL x?hehe..

Semoga Allah merahmati segaLa usaha kita..amiin! v(^_^)v

Saturday, April 25, 2009

~.:saBtu yaNg mEngEmbirakaN:.~

salam~25 apriL 2009~hari sabTu..huhu

alhamdulillah seronoknyer bile tiba hujung minggu..hari yang dinanti2kan semua org!biasenya org malas nak bangun awal.aku pun bermalas-malasan la juge..hehe..sbnrnya aku bukan nye sengaje nak buang mase buat 'taik mata' hujung minggu camni..aku xdapat bergerak dan terpaksa baring di atas katil hampir seharian akibat sakit tulang belakang yng kembali mnyerangku tiba2. 5 tahun yg lalu aku terlibat dalam kemalangan moto dan mengakibatkan keretakan di tulang belakangku. penyakit tu kerap menyerang bila aku mengangkat object2 yang berat.jadi selama 4 hari kerja aku terpaksa mngusung 'baby' laptopku yang berkilo beratnya ke tempat kerja setiap hari..naik bus, naik train, naik tangge, paling mnyeksakan bila dalam train, xde seat untuk duduk dan kne berdiri selama hampir setengah jam!ouhh byngkanlahh. di kala itu aku terfikir, bgaimanalah keadaan ibu yang sarat mngandung dan terpakse membawa kandungan ke mana je selama 9 bulan!aku baru seminggu kje dah merengek mcm2..ish..wahai diriku, bykknlah bersabar yer dgn cabaran hidup.

lepas ni aku kne mantapkan minda dan stamina!chayok2 v(^_~)v

salunya hari minggu aku lebih suka habiskan masa dgn femili, hehe rasanya setiap hari aku salu jumpe mak n femily melainkan waktu praktikaL aje. 4 hari duduk diasrama (menumpang bilik member aku) rase cam boring je..nak kne order mkn mlm la, nk kne tunggu lagi.xde tv untuk tgk (ade tapi jauh), xde adik untuk di kaco, kne basuh baju sendiri..waaa..dah lame x duduk asrama jadi kekok pulak..huhu

alhamdulillah, seronok sgt dpt habiskan mase dgn femili, rasa gembira sgt dpt peluk mak, dpt peluk adekku yg bongsu tu, dpt makan masakan mak, dapat sembang dgn abah dapat gurau2 dgn kakak..dapat tgk tv bersame2..waahhh..syoknyaa!!

mlm td dua pupu aku dtg ziarah, bwk satu femily dgn anak2 dia..waa seronoknya dapat pegang baby..hehe..dah lame aku x dukung baby..rase kekok sikit. best dapat main2 dgn budak2 rase mcm kembali ke zaman kanak2 pulak..hehe

hargaiLah mase kita bersama keluarga~ v(^_^)v

~.:JuMaat adaLah hari yaNg dituNGGu2!:.~

saLam~

24 apriL 2009, ~hari ke 4 practikaL
hari jumaat yg lalu, task kami ialah mencari info tentang aqiqah untuk dimuatkan didalam blog khas..setakat ini hampir2 siap..masih dalam progress.insyaAllah kami akan sedaya upaya menyiapkan dan mengemaskini sebaik mungkin. selain itu, kami dah membahagikan tugas masing2 untuk menghubungi pihak-pihak berkaitan seperti DBKL, Rapid KL dan etc utk membuat temujanji dan pertanyaan tentang prosedure mencari tapak perniagaan untuk En Fadil. alhamdulillah aku berjaya menghubungi pihak DBKL, dan tindakan selanjutkan akan di lakukan.

Lunch
perut aku dah menyanyi2 lagu "oh Lapaar" sejak pukul 10pg lagi..baru je sejam keje dah terase lapar..hehe bukan ape, pagi tu aku x mngisi perut dengan sebarang bentuk makanan kecuali air kosong jer..uhukk..sedey kan??haa begitulah kerjaa..byk mngejar masa. jadi kenalah pandai mnguruskan masa kan..ok citer pasal lunch pulak..alhamdulillah hari jumaat tu dapat makanan free! wahh..bestnyer..hehe sape xsuka kan kalo dapat makanan free tambah2 sedap pulak tu, boleh tambah2 pulak..kat food court tu ade satu kedai baru bukak, jadi tokey kedai tu bermurah hati nak menjamu pelanggan2 dan pengunjung setia gerai2 di situ..alahhh senang kata nak promosi gerai makan la!haa..apelagi..aku pulun abes mknn kat situ..yang sedapnya "nasik hujan panas" kot namenye..nasiknya bewarne warni..mmg menggoda selera aku..huhu..alhamdulillah jimat sikit duit aku.

balik
hehe..macam biasalah, salunya mata ku tanpa di tahan2 asyik dok mengerling je kat jam ditangan..nak kne tunggu sampai kul 6pm.kebetulan pulak, mak aku tnye bile nak balik..salunya kalo mak tnya camtu tndanya dia tgh rindu2 kat kita lah tu..ye tak? lagi2lah meronta jiwa nak terbang balik umah..hehe..dlm train hari jumaat tu xramai org la pulak. maybe sbb hari jumaat adalah hari yang di tunggu2 org agar cepat 'cabut lari' dari kerje2 yang maha tension kut. aku rase kurangnya org dlm train sbb sume balik awal kut..huhu~aku sampai ke rumah agak lewat sikit sbb aku dgn femili keluar atas urusan keluarga.jadi kami balik lewat sikit. sesampainya dirumah, aku terus melemparkan badan di atas tilamku yg empuk dan lembut itu..ohhh selesanyaaa..akhirnya aku terus 'pengsan' sampai ke pagi..

begitulah citernye aktiviti hari jumaat yg lalu..jom gerak ke topic hari sabtu~

Thursday, April 23, 2009

~.: FOLLOw uP ziaRaH:.~

saLam~hari ketiga praktikaL~hehe

OvErsLept
pg td kami bertiga overslept!uhukk..mcm xpecaye jer..baru je masuk hari ketiga dah overslept!hehe..kelam kabut dibuatnya. tapi mujur sbb pg tu kami xperlu masuk ke pejabat..sebaliknya kami akan bergerak terus ke rumah en.fadil utk follow up..kami ke sana tnpa di temani oleh supervisor kami..pandai2 survive sendiri la..huhu

fOLLow up
tujuan follow up ziarah ni penting tau, sbbnya kami perlu memantau keadaan keluarga encik fadil dan memberi sedikit guideline kepada beliau dan isterinya, kak Nor tentang projek dadih yg diusahakan. dalam masa lebih kurang 3jam sessi follow up itu kami melihat bagaimana isterinya yng juga mempunyai masalah glukoma yg serius membuat dadih dgn sendiri. cube bygkan??
kami juga turut membantunya menentukan sukatan yg betul dan selebihnya dilakukan sendiri. kami juga byk bertnya pada pada kak nor bagaimana dia boleh mengagak, menentukan sukatan air hatta memasak! menurut kak nor, alhamdulillah golongan istimewa sepertinya mempunyai kekuatan deria rasa, pendengaran yg kuat berbanding org yg normal. subhanallah..setiap yg diciptakan Allah ada kekurangan dan kelebihan masing2...bersyukurlah dgn apa yg kita miliki.

gambar bersama keluarga En Fadil

kira2 jam 12.30pm kami pulang ke pejabat semula dan membawa pulang 12 bekas dadih berperisa jagung yg dh siap kpd staff2..ternyataa semua sgt mengemarinya! insyaAllah, ada potensi utk di komersialkan. kami berharap agr urusan utk membantu keluarga ni di permudahkan Allah..
semuga Allah perluaskan lorong-lorong rezeki buat keluarga ni..Amiin~