Friday, May 1, 2009

~.:sEkaLuNg pEnghaRgaaN:.~

28 apriL 2009, tuEsday~hari ke 6 praktikaL

Bermula pada hari isnin yang lalu, kakak aku mengambil tugas menghantar adik-adik ke sekolah dan menghantar aku ke stesen LRT. Sebelum ni aku menumpang bilik kwn di asrama. Atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan juga hal2 keluarga, aku mengambil keputusan untuk berulang alik shj dari rumah ke terminal putra. Alhamdulillah sedikit sebanyak mengajarku lebih berdisiplin dgn mase..hehe..kne ikut mase adik2 masuk skolah la..lepas hantar adik ke sekolah, kakak aku singgah sebentar kat stesen minyak petronas kat batu caves tu..aku pun pergila kat kaunter yang under construction tu..aku cakap kat pekerja Bangladesh tu..”pam 14 RM 20” biasanya itulah dialog yang simple untuk mngisi minyak..ntah kenape pagi tu aku cam blur sikit bile pekerja Bangladesh tu pun cakap “pam 14?” (byngkan intonasi mamat bangla sebut). Aku pulak yang ade masalah sound trouble pagi2 ni tersalah dgr..aku pun dgn teruja dan confidentnya terus kata “owh , dapat air botoL hundred plus (100 plus) ke?”perghh, malu betuL mase tu, rupanya dia tnya untuk confirmation je. Hehe..salah paham puLak aku nie di kala pagi2 yang sejuk tu..hehe

Train

Macam biasalah pagi2 begini, keadaan train saling x tumpah macam tin sardin yang sedang bergerak. Keadaan dalam train tu padat dan mampat dengan manusia2 yang mengejar masa. Ada satu incident berlaku…nak tahu x?huhu..biar suspen sikit..hehe

Mase dok syok gurau2 dgn kwn2 aku, tgn kiri aku dok berpaut pada tiang tgh dlm train tu, (banyangkanlah dalam keadaan berhimpit2 dgn manusia2 dlm train tu, tgn je yang sempat gapai tiang, muka b’paling kat lain), tetibe je aku terasa tgn kiri aku tu di gigit org! cehh, sape la yang xde adab p gigit tgn aku tuhh!!!sepantas kiLat aku tarik tangan aku. Ntah mcm mana, budak perempuan yang same2 paut pada tiang tu terjatuh longlai kat situ! Memang sah la dia yang gigit tangan aku kut.rupannya, dia pengsan tanpa kami sedari, mybe dorang ingat dia tertido kut. Fuhh, aku jadi panic pulak, sorang lagi kawan aku minta dikeluarkan dak perempuan tu ke luar untuk dpatkan udara segar. Berenti aje kat stesen, sorang lelaki memapah bdak tu keluar dari train. Kemudian lelaki tu masuk semula dlm train. Apa jadi kat bdak tu pun aku x tahu la..ok abes daa citer pasal train, jom tgk apa aktiviti kami hari ni..

En FadiL

Pagi tu aku berdua dgn mmber turun ke Bangsar untuk ke rumah En Fadil. Manakala seorang lagi mmber aku terus ke opis. Tujuan utama kami ke umh en fadil adalah untuk meminta beliau menandatangani surat permohonan lesen penjaja. Selesai aje urusan, kami berdua terus ke opis dalam pukul 10 am.

Meeting

Awal2 minggu pertama lagi kami dah di maklumkan meeting akan di adakan setiap hari selasa. Pelbagai agenda di bangkitkan dan di bincangkan dalam bilik mensyuarat tu. Selesai meeting, kami perlu update report pada En Muhammad.

DBKL

Hari ni aku berdua dgn mmber ke DBKL sekali lagi unuk hantar borang permohonan lesen penjaja tu bagi pihak en fadil. Sebelum hantar boring tu kami sekali lagi ziarah en Azman untuk bertanya mngenai sewa tapak dan prkara2 berkaitan.

Jabatan Pengangkutan Bandar

Selesai urusan menghantar borang semua, kami ke Menara Tun Razak untuk bertemu cc Meor seperti yang di janjikan. Sesampainya kami di sana, kami di maklumkan oleh penyambut tetamu cc Meor bercuti pulak hari ni. Kemudian kami di minta bertemu dgn En sulaiman. Alhamdulillah, hari ni kami berasa bertauah dan bersyukur sgt2 kerana di pertemukan dgn pegawai2, dan orang2 yang baik-baik belaka. Mereka banyak membantu kami dan memberi sedikit maklumat berkaitan lesen penjaja ni..

Alhamdulillah, Allah permudahkan segaLa urusan kami hari ini..kami ingin mngambil kesempatan merakamkan sejuta kerlipan bintang ucapan terima kasih dan penghargaan buat pegawai-pegawai, staff-staff dan sesiapa sahaje yang membantu bekerjasama dgn kami pelajar2 praktikal yang masih bertatih lagi ni dalam usaha merealisasikan projek yang di beri. Semuga Allah merahmati kalian semua..amiin v(^_^)v

No comments: