Thursday, December 2, 2010

~//Tip mOtiVaSi 2//~


Tip motivasi by Dr Irfan Khairi
"Untuk menjadi hebat dalam sesuatu, caranya mudah sahaja. Lakukan perkara tersebut berulang-ulang kali. Untuk hebat berucap, berucap banyak kali. Untuk hebat menjual, jual banyak kali. Untuk hebat berniaga, berniagalah selalu. Practice makes perfect!"

Alhamdulillah~
Tips yang berguna dan bermotivasi..
sedikit sebanyak meningkatkan level of motivation dan keyakinan diri aku.


Bak kata pepatah Melayu, "Belakang parang makin diasah makin tajam"

So,kalo TAk MENCUBA=RUGI,
jadi cubalah sesuatu yang BARU utk dapat PENGALAMAN yg baru

Karipap
Malam tadi aku cuba buat karipap. Fuhh, x pernah2 buat sbelum ni..Salunya orang buat, aku makan je. Sekarang ni, kena jugak paksa diri dan hati untuk buat.

Dari kul 1030pm till 12.30pm..alhamdulillah, setelah melalui proses jadi..tak jadi..jadi..tak jadi..akhirnya berjaya jugak aku menghasilkan karipap yang sungguh cun dan melentik (^_^)v..uihh terasa bangga pulak dapat buat karipap sendiri ni.



~//TiP mOtiVaSi 1//~

Tip motivasi by Dr Irfan Khairi:
"Sekiranya kita lakukan perkara yang sama sahaja, jumpa orang sama, makan makanan sama, baca akhbar sama, surf laman web sama, sampai bila-bila pun keputusan hidup kita akan sama. Sekiranya kita mahu berubah, ubahkan tabiat kita. Lakukan perkara yang berbeza dari kebiasaan!"
Alhamdulillah..
Terima kasih Dr irfan krn sudi berkongsi tips motivasi yang sungguh bermakna utk aku aplikasikan.
Kata-kata yang terkesan terus dalam jiwa, terpahat dalam ingatan, dan tersemat dalam hati aku.

Dan, kata-kata tersebut itulah yang telah menyemarakkan semangat aku yang berkobar2 nie..
Semangat yang melantunkan aku jauh dari zon selesa ke zon mencabar!

Ya!
Yes!
Go..Go!
Chayok2!
aja2 fighting!

CABAR DIRI SENDIRI!>> >
Lakukan perkara yang berbeza dari kebiasaan!


Apa yang aku TAK SUKA?

1. Kira-kira
>> ape je yang berkaitan nombor2, tambah tolak, bahagi darab ni memang aku TAK MINAT. Tu belum citer lagi bab2 sales, marketing, bla..bla..boleh buat aku migrain sebulan..

Tapi, untuk berubah tabiat..kita kena CAbAr diri kan?

So cabar diri utk keje luar dari bidang study. Nak dijadikan citer, dapat lak keje bahagian account kat company yang jual2 commodity. Bayangkan, bertaun x pernah wat account, tetibe terpaksa mengadap nombor yang beribu puluh ratus juta setiap hari?? uihh, sampai naik juLing mata ($_$)

Walaupun 3 bulan je tahan, at least dapat gak experience kan..hehe.. sronok gak walaupun StrESS sampai demam..kuikui (^_^)v


2. Memasak
>>Oh tidakkkk!!! aku fObiaaaa~~ incident 8 tahun lps hampir kehiLangan deria penglihatan. Akibat dari kejadian ngeri tu, minat memasak makin menyusut, kabur lalu padam dari jiwa wanita ini..uhukk..(T_T)

Tapi, untuk mAJu dalam hidup, kita kena CABAR diri gak kan?

Lalu, aku bertekad utk berenti keje dan membuka sebuah gerai MAKANAN..
Alhamdulillah sekarang aku sudah menjadi seorang peniaga Laksa yg marveLous & deLicious..(^_~)v



PElik jugak, camnelah aku leh terjebak ke lembah yang aku paLing2 tak minat ni..

Wallahu a'lam..Allah shj la yg Maha Mengetahui apa yang terbaik utk aku..
Alhamdulillah, syukur kerana Dia membuka pintu rezekiNya melalui jalan ini..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah. Al Baqarah:216)



Thursday, November 25, 2010

~//CiRCumCisiOn//~

Salam,

Buat adik-adikku...

Hari ni aku nak berkongsi cerita perihal adik bongsu kita...Adik Eis kita yang comel tuu..huhu

Ahamdulillah~
Sekarang beliau sudah menjadi anak teruna setelah melalui fasa-fasa yang mencabar dalam kehidupanya..iaitu circumcision (bersunat)~hehe

Masa emy melalui fasa tu, aku masih kat matrik lagi..
So, tahun ni berpeluang menjaga seorang adik yang melalui getir2 utk bersunat..
Adk kita yang pemalu itu sekarang melalui fasa kematangan..
Malam sebelum bersunat, kami sekeluarga belanja beliau makan ikan bakar dan tomyam~

24hb November 2010 (Rabu)


kul 9 pagi, awal-awal lagi is dah siap-siap nak gerak p klinikl..
punyalah excited..xade riak-riak kerisauan..
" jangan risau is, x sakit pun..macam gigit semut jer..."
erm, begitulah kata-kata semangat dan sokongan moral ktorang suntik untuk is..

tapiii...

saat malam berkunjung tibaaa...
saat bius sudahhh abesss...
dia sudah kehujanan air mata!
jenuh ktorang mencari inisiatif dan kretiviti
menjaga pesakit yang sorang ni..

cara 1
mula-mula ktorang buh kelambu giant (bukan kelambu baby dah) yang seluas katil king tu..
lepas tu aku sambungkan tali kat atas kelambu tu..
tapi...
masalah pulak bila gerak sikit kelambu...meraung sakan dia!
pastu tukar method lagi..

cara 2
abah lak bagi cadangan memandangkan abah lebih arif hal-hal terbabit..
abah cadangkan buh meja kecik jepun yang kaki lipat tu kat atas kaki is..
jadi kedudukan meja tu betul2 kat bahagian yang sakit.
then, dia x perlu pakai kain pelikat yang di gantung
jadi kain pelikat tu, kita cover meja tu..tutup semua..
wahhh, hebat la idea tu!hehe
Misi berjaya..dan is sungguh selesa baring atas katil.

tapiii...

masalah lain lak timbul..
lps abah n mak g sg buloh mlm tu,
aku la kene jaga is..
tetibaa, dia nak terkucil lak..
meraunggg sungguh!
aku kaget hilang punca..
taktau nak buat ape..
pastu aku suh dia dok atas kurusi..
bila sakit tu dtg tetiba, aku suh dia ketuk pelan-pelan kepala lutut dia..
objektifnya kasi urat-urat dia renggang..
(ni petua maksaba, patutnya kena cari tempurung kelapa untuk ketuk kat kepala lutut tu. kalo xde leh guna alternatif lain)
alhamduliilah, berkesan jugak.
tapi bila sakit tu datang menyerang secara kerap, dia jadi takot nak ketuk lutut dia..

pastu, tercetus pulak idea baru..

cara 3
haha, aku rasa cara ni lebih effektif..
untuk kasi dia lupa kesakitan yang dialami tu seketika..
jadi aku pasang citer kartun kat dia tgk...
pastu x nangis langsung dah..
sampai tertido la..dengan posisi yang sunguh kretif
tido kat atas kusi, dengan lutut diangkat..
xperlu tali temali dahh...

chewahhh...rilex nampak!

ni la aktiviti orang yang "berpantang"...tgk tv jela..

~//Warkah buat adik-adikku...//~

Salam buat adik-adikku yana, dayah and tikah yang jauhh nunn disana~~

Tikah,
Selamat berjuang di medan SPM..
Maan Najah fil imtihan..
Semoga Allah memberkati usahamu..

Dayah,
Semoga tabah dan bersabar menempuh cabaran praktikal di hutan sabah itu ya bah~
Miss u..muahhh!!! (^_^)v

Yana,
Selamat bertempur di medan finaL exam~
Jangan stress2 tau..
jaga kesihatan, makan obat demam tuuu~
bitaufiq wannajah fil imtihan~

***************************************
*monolog*
Lately, aku rasa rindu sangat2 kat korang bertiga..
Lately, jiwa aku rasa sensitif sangat, cepat terasa..

Aku rasa....
sebak sangat..
asyik teringat sangat2 kat korang bertiga..
terasa lama sangat tak jumpaa
tambah2 dayah..
aku nak pi ziarah dayah kat sarawak..
tapi xcukup duit lagi..
bila terlalu sangat rindu sangat kat korang..
sampai x sedar, ada sungai mengalir deras kat tubir mata ni.
sakit sangat dada ni asyik pendam perasaan ni..
kerongkong ni pedih sangat macam ada batu yang tersekat..
nak luah, tapi tak lepas keluar..
hanya mampu doa dari jauh..
mudah2an Allah sentiasa melindungi korang bertiga..
Aminn..

Lately, aku sangat-sangat stress..
Allah sedang menguji iman dan kesabaran aku saat ni..
ujian yang datang bertimpa-timpa..
Aku mohon maghfirah atas segala kifarah..

Dayah, yana and tikah...
Aku nak minta maaf ya kalo aku ada buat salah silap kat korang..
Maaf kalo ada kata-kata yang menghiris kalbu,
Maaf kalo ada khilaf perilaku,
Maaf kalo ada terambil/terguna barang tanpa beritahu,
Maaf kalo ada terhutang budi dan duit masa dulu-dulu,
Maaf dan ampun dari hujung rambut sampai hujung kuku..
Mohon kemaafan, ikhlas dari aku..
~kakakmu~

mood: SAD (!_!)

Monday, November 22, 2010

~//LIFE.//~



LiFE mEans missing ExpEcted things and facing unExpEcted things. WhEn yOu arE right, nO One rEmEmbErs, but whEn yOu arE wrOng, nO OnE fOrgEts...

;

;

;

this is LIFE~

mood:
(!_!)


~//pELaNGi...ohh, pELaNGi....//~

~Pelangi selepas hujan...Subhanallah, indah sungguh ciptaanMu..
aku sukaaa sangat tengok pelangiii...sungguh mempersona~ (^_^)v



Jum bace info menarik mengenai pelangi~

Pelangi
adalah gejala optik dan meteorologi berupa cahaya beraneka warna saling sejajar yang tampak di langit atau medium lainnya. Di langit, pelangi tampak sebagai busur cahaya dengan ujungnya mengarah pada horizon pada saat hujan ringan. Pelangi juga dapat dilihat di sekitar air terjun yang deras.

1. Classic Rainbows

Pelangi Alam terdiri dari enam warna: merah, oranye, kuning, hijau, biru dan ungu. Intensitas warna masing-masingnya tergantung berbagai kondisi atmosfer dan waktu.

2. Circular Rainbows

Pelangi ini benar-benar terlihat seperti busur lingkaran sempurna (dengan radius tepat 42 derajat, menurut Descartes).

3. Secondary Rainbows

Pelangi primer, sering disertai dengan pelangi sekunder biasanya tipis dan redup daripada pelangi primer. Pelangi sekunder terkenal dengan karakteristik tertentu, spektrum ditampilkan dalam urutan terbalik dari sebuah pelangi primer.

4. Red Rainbows

Red Rainbows biasanya terlihat saat fajar atau senja ketika ketebalan filter atmosfir bumi menjadi biru, terlihat lebih merah atau seperti tetesan cahaya oranye mencerminkan dan membiaskan air. Hasilnya adalah pelangi dengan spektrum ujung merah.

5. Sundogs

Yang paling sering terlihat rendah di langit di hari musim dingin yang cerah, sundogs terjadi ketika matahari bersinar melalui kristal es yang tinggi di atmosfer. Sundogs berwarna merah di bagian dalam dan ungu di bagian luar dengan sisa spektrum ramai di antaranya. Semakin tebal konsentrasi kristal es di udara, semakin tebal pula strukturnya.

6. Fogbows

Fogbows lebih jarang terlihat daripada pelangi biasa, karena parameter tertentu yang harus disesuaikan untuk menciptakan mereka. Misalnya, sumber cahaya harus berada di belakang pengamat dan membumi. Juga, kabut di belakang pengamat harus sangat tipis sehingga sinar matahari yang dapat bersinar melalui kabut tebal di depan.

7. Waterfall Rainbows

Kabut air terjun bercampur ke dalam aliran udara konstan atmosfer terus menerus, terlepas dari cuaca. Hal ini membuat sebuah foto air terjun yang sangat baik untuk pelangi.

8. Fire Rainbows

Pelangi ini bukan terbuat dari api, nama untuk efek optik yang indah ini adalah “circumhorizontal arc”. Fenomena ini hanya dapat dilihat dalam kondisi spesifik tertentu: awan cirrus, yang bertindak seperti prisma harus setidaknya berada di ketinggian 20.000 kaki dan matahari harus menyorot ketika mereka berada di ketinggian 58-68 derajat. Rainbow Fire tidak pernah terlihat di lokasi lebih dari 55 derajat utara atau selatan.

9. Moonbows

Moonbows adalah mitra untuk pelangi lunar. Mereka juga jauh lebih sulit dilihat karena badai hujan harus berlalu dan, idealnya, bulan purnama yang terang tidak terhalang oleh awan.