Thursday, December 2, 2010

~//TiP mOtiVaSi 1//~

Tip motivasi by Dr Irfan Khairi:
"Sekiranya kita lakukan perkara yang sama sahaja, jumpa orang sama, makan makanan sama, baca akhbar sama, surf laman web sama, sampai bila-bila pun keputusan hidup kita akan sama. Sekiranya kita mahu berubah, ubahkan tabiat kita. Lakukan perkara yang berbeza dari kebiasaan!"
Alhamdulillah..
Terima kasih Dr irfan krn sudi berkongsi tips motivasi yang sungguh bermakna utk aku aplikasikan.
Kata-kata yang terkesan terus dalam jiwa, terpahat dalam ingatan, dan tersemat dalam hati aku.

Dan, kata-kata tersebut itulah yang telah menyemarakkan semangat aku yang berkobar2 nie..
Semangat yang melantunkan aku jauh dari zon selesa ke zon mencabar!

Ya!
Yes!
Go..Go!
Chayok2!
aja2 fighting!

CABAR DIRI SENDIRI!>> >
Lakukan perkara yang berbeza dari kebiasaan!


Apa yang aku TAK SUKA?

1. Kira-kira
>> ape je yang berkaitan nombor2, tambah tolak, bahagi darab ni memang aku TAK MINAT. Tu belum citer lagi bab2 sales, marketing, bla..bla..boleh buat aku migrain sebulan..

Tapi, untuk berubah tabiat..kita kena CAbAr diri kan?

So cabar diri utk keje luar dari bidang study. Nak dijadikan citer, dapat lak keje bahagian account kat company yang jual2 commodity. Bayangkan, bertaun x pernah wat account, tetibe terpaksa mengadap nombor yang beribu puluh ratus juta setiap hari?? uihh, sampai naik juLing mata ($_$)

Walaupun 3 bulan je tahan, at least dapat gak experience kan..hehe.. sronok gak walaupun StrESS sampai demam..kuikui (^_^)v


2. Memasak
>>Oh tidakkkk!!! aku fObiaaaa~~ incident 8 tahun lps hampir kehiLangan deria penglihatan. Akibat dari kejadian ngeri tu, minat memasak makin menyusut, kabur lalu padam dari jiwa wanita ini..uhukk..(T_T)

Tapi, untuk mAJu dalam hidup, kita kena CABAR diri gak kan?

Lalu, aku bertekad utk berenti keje dan membuka sebuah gerai MAKANAN..
Alhamdulillah sekarang aku sudah menjadi seorang peniaga Laksa yg marveLous & deLicious..(^_~)v



PElik jugak, camnelah aku leh terjebak ke lembah yang aku paLing2 tak minat ni..

Wallahu a'lam..Allah shj la yg Maha Mengetahui apa yang terbaik utk aku..
Alhamdulillah, syukur kerana Dia membuka pintu rezekiNya melalui jalan ini..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah. Al Baqarah:216)



No comments: