Saturday, August 29, 2009

~.:EmOticOn yang cHumeL..waaa:~

Alhamdulillahhh...gembireenyaaa..akhirnyaa dapat juge download emoticon yg cute nie..hehe

Emoticon ni namenye Onion Head..bak kata kak Nadh "seuLas kepaLa bawang putih"..hehe..aiii

jum tgk reaksi chumelnyaa...


blogger-emoticon.blogspot.com Hai, saye Onion Head yg cute dan pemalu...huhu



blogger-emoticon.blogspot.com huhu..janganlee puji saya..hihi


blogger-emoticon.blogspot.com goyang-goyangkan badan anda..untuk memecahkan lemak-lemak degiL..

~.:Doa MemOhOn pErLiNduNGaN:.~

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

~.JaduaL HaRiaN seOraNg MusLiM diBuLan RamaDhan:.~


salam..

mari kita perbayakkan ibadah di bulan mulia ini..


4.00 pagi- Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi -Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat
kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama Selepas Al-Fatihah baca ayatul Kursi 1 kali. Rakaat kedua
Selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW :
"Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

~selamat beramal dan beribadat..semoga sentiasa istiQomah..insyaAllah~

1

~.:HaNya kEraNa sEbutiR KuRMa:.~

Ada sebuah kisah mengenai sebiji kurma...

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi
forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh
kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

~.:RaMaDHaN kaREEm:.~

Bismillahirohmanirrohim..

salam Ramadhan al Mubarak.
Alhamdulillah Allah beri keizinan kpd kite utk bertemu Ramadhan pada kali ini..bulan kerberkatan, bulan kemuliaan, bulan utk kita perbanyakkan ibadah dan merebut pahala.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya..insyaAllah~


Wednesday, August 12, 2009

~.:rEfLeksoLoGi:.~

11 OgOs 2009~sELasa

aku xde class ptg hari selase tu, kebetulan aku memang free dr tugasan assignment dan presentation hari tu..jadi aku amek keputusan utk bawak mak wat refleksologi kat pinggiran batu caves

4.45ptg-kami tiba di kedai refleksologi. Pertama kali sampai kat situ walaupun kerap sekali guna jalan kat situ..selalu dapat tgk dari jauh je signboard refleksologi..alhamdulillah hari ni dapat masuk dan lihat sendiri..rupe2nya pemilik kedai refleksologi tu adalah seorang cacat penglihatan..rawatan utk reflek utk 1jam= RM 35

Ruang kedainya sangat selesa sekali.luas dan bersih. sekali lihat macam bilik hospital siap dgn katil dan langsir. pakcik tu sungguh ramah sekali dan banyak berkongsi cerita dan pengalaman dgn kami. kami sempat bersuai kenal dan lebih mengejutkan aku, pakcik kedai tu adalah kawan kepada En Fadil yang aku dan rakan2 bantu utk project micro enterprise mase practical kat Muslim Aid dulu. dunia ni kecik dan bulat..jauh ke manapun kita, kita akan jumpa kembali.

Urutan reflek ni hanya di kaki je. tapi melalui tapak kaki tu kita leh tahu punca-punca penyakit dalaman. subhanallah, hebatnya ciptaanNya..sambil2 bersembang, pakcik tu titipkan kami tips2 menjaga kesihatan dan pemakanan..dia juga turut selitkan sekali serba sedikit cara2 nak wat refleksologi kat umah.

alhamdulillah, kata mak sakit lenguh2 dan sakit2 sendi makin berkurangan..insyaAllah rawatan susulan seelok2nya 2 kali sebulan utk lebih berkesan lagi.

~.:hypErtEnsioN:.~

8 Ogos 2009~saBTu

Petang itu, aku, mak dan abah hantar tikah ke asramanya kat Damansara..mak mengadu kat aku mak rasa pening-pening kepala dan meloya tekak sejak tengahari lagi. .pastu abah hantar kami terus ke bahagian emergency Hospital Selayang. alhamdulillah, ptg tu tak ramai pesakit. Doktor check darah mak..sungguh mengejutkan. Darah tinggi mak naik 180/100! Doktor meminta mak membuat pemeriksaan x-ray jantung, dan air kencing.

Di depan bilik x-ray, ada 2 pesakit yang sedang menunggu giliran. seorang pakcik melayu dan seorang lagi pakcik cina yang sudah tua. Bezanya, pakcik melayu yang sudah uzur itu tenang saja masuk ke bilik x-ray. Manakala pakcik cina yang terlantar di katil beroda itu terus memekik2 memanggil anaknya dan menjerit2 di dalam bilik x-ray itu. mungkin dia menyangka doktor nak bedah perut dia kut. selepas giliran mak selesai, aku menemani mak ke bilik pesakit. Dalam bilik tu ada banyak katil yang di penuhi dgn pelbagai pesakit yang menghidapi pelbagai penyakit berbeza-beza. Kata doktor, mak kena makan ubat darah tinggi dan rehat urk mengurangkan tekanan darah tinggi tu. sebelah katil mak ada pak cik cina tadi. Dia menjerit2 dan mengadu sakit bile nurse cucuk utk amek darah dia.

aku setia menemani mak di sisi katil sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan ragam pesakit2 ni.

8.30 mlm- Mak kene wat ECG utk check tekanan jantung. Nurse kasi mak ubat dan check tekanan darah mak. 177/120

9.00 mlm- ayong datang menemani mak. kami bergilir2 pimpin mak ke bilik air.

9.30mlm- Nurse check lagi..tekanan darah mak masih belum ade perubahan. kemudian Nurse terpaksa bagi ubat tambahan utk mak.

10.30- pakcik cina kat katil sebelah tu menjerit2 dan memekik lagi sehingga mengganggu ketenteraman pesakit lain, termasuk mak. Nurse check tekanan darah mak..179/120. makin naik!!

11.00pm- Nurse meminta aku dan ayong utk meninggalkan mak seketika sebab darah mak masih x turun2. kami bertambah risau dan sedih sebab nurse tu halau kami!!! padahal bukan kami yang buat bising..(aku tak puas hati dgn nurse tuhh!!)

12.30 am- Doktor yang merawat mak bgtau mak kena berpantang makanan laut sebab mak ade lelah, keputusan x-ray menunjukkan jantung mak sedikit besar dari normal kerana jantung mak terlalu kuat mengepam darah merah mak yang pekat. jadi doktor nasihatkan mak kena kurangkan pengambilan nasik, garam dan gula. lebihkan makan sayur dan buah2an.

12.45-alhamdulillah kami pulang dengan selamat

Banyak faktor yang boleh mnyebabkan tekanan darah mak naik dan perlu di elakkan:-

1. Pantang tgk makanan
> Mak susah utk pantang makan. tapi mak pantang betul bile tgk makanan yang di beli/apa2 makanan yang terhidang. Hari tu kak tipah beli 2 biji burger daging utk dirinya kat atas meja, tetibe burger tu lesap. rupanya mak yang makan..erm, jadi bukan mak sahaja yang kena berpantang tapi kami di rumah juga turut kena berpantang makan same.~~

2. Pantang dengar teriakan adik Is
> Mak pantang sekali dengar suara tangisan Is bile emy suke2 mengusik adik Is sampai menanges sungguh2. Jadi, kene elakkan mereka berdua bertengkar dalam rumah.

3. Drama yang penuh konflik
> Mak memang suka sgt tengok drama-drama yg bersiri kat tv tu..Drama yang complicated dan penuh konflik tu secara tak langsung boleh mempengaruh tekanan darah mak. Bile citer tu dah abes, mak akan comment, criticize citer tu..erm mcm movie review lah. kadang2 bile citer tu terlalu complicated, ia kan buat mak akan rase terbeban dgn masalah citer tu.seolah2 mak turut sama berada dalam situasi cerita tu..jadik, kena suruh mak tengok citer2 yang lucu dan gembira.

4. kaunselor bebas
> Mak bukan saje seorang suri rumah aje, tapi juga seorang kaunselor bebas. mak suka membantu kawan-kwan mak yang ada masalah, kadang2 makcik yang tukang sapu sampah pun mengadu masalah kat mak..jadi secara tak langsung mak akan terbeban dengan masalah orang lain juga. erm, mcm mn nak buat ni??


Ya Allah, peliharalah ibuku..Ya Rahman, sembuhkanlah segala penyakitnya..Ya Rahim berilah kekuatan iman kpd ibuku dalam menghadapi ujianMu ini amiin

“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

Wednesday, August 5, 2009

~.:paSSwOrD:.~

4 Ogos 09~tuEsDay

salam~~

Hari selase aku abes class pukul 1ptg..lepas amek emy dari skolah, henfon hijauku ini berbunyi menandakan ade mesej yang telah masuk ke kotak inbox..owh, rupe2nya ayong yang hantar..tapi skema betul ayatnya..tersengeh2 aku sorang bace mesej dr ayong yang berjela itu..huhu..rupe2nya dia nak minta tolong sama aku untuk hantar laptop dia yang kena virus kat kedai berdekatan utk di format semula..tapi tak perlulah mengarang ayat sampai 2 pages!wawawa~~

Petang itu, aku dengan senang hati menghantar laptopnya yang sungguh ringan itu di kedai..aku pun melaporkan kerosakan yang dialami oleh laptop yang tidak bersuara itu..bla..bla..bla..tetiba henfon aku berdering kuat menandakan ada panggilan yang masuk..Erk, alamak, aku sudah terlambat!pukul 5ptg aku kena ke kampus kerna ada group discussion!!! Aku pun meninggalkan laptop ayong utk dirawat dan penjual itu memberikan aku resit dan mengkehendaki aku meninggalkan no henfon utk dihubungi..

Masuk aje dr kereta, aku terus memecut pantas seperti dikejar polis!tapi naseb baik polis xde..keadaan jalan di batu caves yang tidak smooth itu melambatkan kelajuan kereta kelisa yang anggun itu..perghh..xpe2..saba~

sesampai aje di kampus, terkocoh2 aku berjalan menuju ke asrama classmate aku Lina..naik bukit, naik tangga pulak..tetibe henfon berbunyi lagi..(fuhh, kalah org yg berkerjaya!).dengan beg laptop yang membebani bahu dan fail2 tebal n berat memenuhi tangan, aku gagahi jugak untuk menjawab panggilan itu..cehh sape pulak call nih?? owh rupenye penjual tadi yg call..

penjual: kak, boleh bagi password laptop yang akak tinggalkan td x?

(alamak, baru aku teringat, aku terlupa tuliskan password laptop yang ayong mesej tu sbelum beredar dari kedai dia)

aku: owh, maaf ek..tadi akak terlupa nak tuliskan n bg password tu kat awk tadi..
penjual: owh, xpe..salah saya jugak sebab tak tanya akak tadi..ape ye passwordnya?
aku: passwordnya ialah kata laluan
penjual: iyeee..tapi ape kata laluan laptop tu?
aku: kata laluan!!
penjual: iye kak, saya tahu, password tu kata laluan..tapi saya nak tahu apa passwordnya?

(aku mula hangin satu badan. dengan termengah2 mendaki tangga dan membawa bebanan laptop dan mngusung fail2 yang bertimbun itu bikin aku panas..panasss!!!)

aku: passwordnya ialah kata laluan! K.A.T.A L.A.L.U.A.N!!!

tetibe si penjual itu ketawa berdekah-dekah..pastu dia memohon maaf ats salah faham yg berlaku tadi..

abes aje discussion aku terus balik umh..sampai aje kat umh, aku terus ceritakan incident password itu kat ayong..kah..kahh berdekah dia ketawa..

aku: ayong ni macamlah xde nama lain nk tulis utk jadikan password laptop..kesian kat penjual tu..kebingungan
ayong: hahaha..itu pun nasib baik ayong buh password tu..kalo ayong buh password "TAK TAHU" lagi haru biru kan..haha

huhu..imagine....
************
penjual: ape password laptop akak?
aku : TAK TAHU
penjual: tak kan akak tak tau password laptop akak?
aku: password laptop akak TAK TAHU la!!
penjual: #&%$


~~~(^_^)~~~