yang datang dari negara Iraq yang terdiri daripada hamba-hamba abdi. Mereka mengadu
masalah kepada Hasan Basri bagi mencari jalan penyelesaian kerana beliau terkenal
sebagai orang yang bijaksana.
"Majikan kami melayani kami dengan buruk dan tidak berperikemanusiaan. Kami berharap,
tuan dapat membicarakan soal kami dalam pidato tuan di masjid pada hari jumaat nanti"
"Kalau dapat, tolong bebaskan hamba-hamba seperti kami ini" kata mereka penuh harapan.
Hasan Basri mendengar dengan teliti dan menimbangkan masalah mereka masak-masak
kerana permintaan mereka itu bukanlah permintaan yang mudah hendak dilaksanakan.
Dia tidak berkata apa-apa. Hari Jumaat silih berganti, tetapi Hasan Basri belum juga menyampaikan permintaan anggota-anggota rombongan itu. Masa terus berlalu. Beliau masih berdiam juga. Akhirnya tibalah pada suatu hari Jumaat, barulah Hasan Basri menunaikan permohonan hamba-hamba abdi.
Dalam pidatonya di hadapan orang ramai yang datang bersembahyang di masjid pada hari
itu beliau menerangkan kepada mereka kelebihan membebaskan hamba abdi dan berlaku
adil. Selepas mendengar penjelasannya itu, ramailah orang membebaskan hamba-hamba
yang mereka miliki dengan rela hati.
Tidak lama kemudian, rombongan hamba-hamba abdi yang dulu itu datang lagi berjumpa
dengan Hasan Basri. Kunjungan mereka bukan disebabkan hendaklah menyampaikan
ucapan terima kasih di atas budi baik beliau tetapi hendak menegur sikap lengah Hasan.
"Kami datang bukan hendak berterima kasih kepada tuan tetapi hendak menegur tuan" kata
mereka dengan marah.
Terkejut Hasan Basri
"Mengapa?" tanya Hasan bingung
"Dulu kami datang berjumpa tuan supaya tuan dapat menolong kami. Kami mahu tuan memberitahu hal kami dalam pidato Jumaat tuan di masjid dengan segera, tetapi tuan melengah-lengahkann ya. Kami semua tertunggu-tunggu"
Hasan Basri tenang mendengar luahan marah mereka itu.
"Saudara tahu mengapa saya menunda hari bagi mencari penyelesaian bagi masalah saudara itu?" tanya Hasan.
"Tidak tuan"
"Saya menunda pidato saya itu sebab saya perlu mengumpul wang yang banyak bagi membeli hamba. Selepas saya membeli hamba-hamba itu kemudian saya bebaskan mereka, sesuai dengan pidato Jumaat yang saya hendak saya sampaikan. Kemudian barulah layak bagi saya menyuruh orang lain pula ikut membebaskan hamba. Orang ramai sedia menyambut seruan saya apabila mereka dapat melihat sendiri kata-kata saya selaras dengan perbuatan saya" jelas Hasan Bakri kepada mereka.
Dalam sEribu mEsti ada satu yg mEnjadi pErhatian,
Dalam pErhatian yg satu itu ramai yg mEmbuat pErbandingan,
Dalam pErbandingan itu pula org mEncari ksilapan & jarang mEnilai kEbaikan...
KErana apa??
KErana yg satu itu tlErlalu istimewa...^_^
No comments:
Post a Comment