Pada usia berapa tahunkah anakanda sesuai untuk disajikan dengan perkembangan politik, ekonomi, mahu pun ilmupengurusan? Tentu, menjadi suatu yang kelihatannya mustahil untuk kanak-kanakdewasa ini mengetahui serba-sedikit perkembangan politik, ekonomi, sosial,pengurusan dan ilmu-ilmu “orang dewasa” lain seumpamanya, tatkala masjid segah Masjid Shah Alam sahaja meletakkan papan tanda “Kanak-kanak di bawah usia 6 tahun di larang memasuki dewan solat”. Begitulah, betapa rendahnya masyarakat kita memandang dan melayani potensi kanak-kanak.
Dengan layanan dan anggapan seperti ini, wajarkah remaja hari ini dipersalahkan tatkala kurang memiliki sifat self-responsibility dan self belonging, sedang ia sendiri dibesarkan dalam nada tidak layak untuk mengambil tahu hal orang lain, lantaran doublestandardnya kita dalam meletakkan taraf ilmu sosial dan politik?
Dengan layanan dan anggapanseperti ini, wajarkan remaja hari ini dipersalahkan apabila mereka tidak mandiri dan sering menjadi graduan menganggur, lantaran mind-set yang terbina sejak zaman kanak-kanak dan alam persekolahan ialah mind set spoonfeeding dan makan gaji, hingga tidak kreatif dan tidak punya daya survival yang tinggi?
Wajarkah remaja hari inidipersalahkan bilamana mereka menjauhi masjid, sedang di zaman kanak-kanak sahaja mereka telah didiskriminasi untuk tidak dibenarkan memasuki dewan solat, atau diberikan mereka saf yang paling belakang dan paling hampir dengan pintu (lalu mereka pun cabut lari lantaran dekat sangat dengan pintu)?
Wajarkah remaja hari ini gagal melengkapkan diri dengan potensi-potensi dan kualiti manusia“agung”, sedang proses tumbesaran mereka sejak zaman kanak-kanak, sudah membantutkan percambahan potensi-potensi ini tika mana tidak didedahkan dengan ilmu sosial, politik, management, business dan ilmu-ilmu bermanfaat yang lainnya?
Barat memandang tinggi kanak-kanak, sehingga anak-anak kecil sahaja sudah terbiasa di ajak berbincang isu-isu nasional dan internasional, seperti kisah anak beranak di LapanganTerbang Schiphol Amsterdam ke Dublin[1], selain hak dan bakat kanak-kanak makin lama makin dikembangkan. Lalu, tidaklah menghairankan tatkala orang-orang Barat mendewasa dengan menjadi “manusia agung” sama ada dalam bidang politik, sains, teknologi, business dan lain-lainnya.
Ustaz Hasrizal menceritakan dialog anak-beranak Irish itu sebegini;
“Ayah, kenapa kita belum masuk kepesawat?”, tanyanya.
“Mereka sedang membersihkan pesawat,mengisi minyak, menyusun majalah, dan menyediakan makanan untuk kita”,jawab si ayah sambil bermain dengan rambut anaknya.
“Kenapa pesawat ini berwarna hijau danpesawat lain berwarna biru?”, tanya si anak lagi.
“Pesawat ini adalah Aer Lingus. Iawarna pesawat negara kita. Pesawat biru adalah pesawat orang Dutch. Asalnya semua pesawat berwarna putih, kemudian ia dicat mengikut syarikat yangmembelinya”, balas si ayah.Mereka saling melunjurkan kaki ke dinding cermin.
“Kenapa warna asal pesawat ialahputih?”, si anak terus bertanya.
“Mungkin itu peraturan pihak berkuasa Aviation antarabangsa”, sambut si ayah semacam tidak dipedulikan anaknya yang hanya berusia empat atau lima tahun.
Saya ketawa kecil sendirian. Lucu melihatgelagat si anak yang bertanya dan terus bertanya. Ayahnya pula tidak pernahjemu menjawab setiap soalan yang ditanya oleh anaknya itu…”
“..Tetapi rata-rata saya dapat melihat bagaimana ibu bapa, khususnya mereka yang berpendidikan, begitu memuliakan anak-anak. Memuliakan dalam erti kata, mereka tidak melayan anak-anak seperti’separuh manusia’ yang hanya ada fizikal untuk dilayan. Malah keperluan mental dan emosi anak-anak turut diusahakan sebaik mungkin.
Lihat sahaja jawapan ayah kepada anaknya tadi. Si bapa tidak menunjukkan yang anak itu masih kanak-kanak, terhad keupayaan memahami atau soalannya hanya membuang masa. Malah si bapa terus menjawab soalan demi soalan secara orang dewasa. Bapa bukan sekadar mahumenjawab dan memahamkan si anak, tetapi sentiasa meletakkan jawapan di parasyang sedikit tinggi, dengan galakan untuk terus bertanya, supaya anak mengejar standard itu. Sentuhan pada usia muda seperti ini amat penting untuk menyuntik potensi anak-anak.
Jangan dimatikan kebolehan anak-anak dengan kemalasan ibu bapa.”[2]Lihatlah proses tumbesaran Nabikita SAW yang mulia dalam perjalanannya menjadi “manusia agung”. Segalanya telah bermula, dilentur dan dibentuk semenjak masih“rebung” lagi. Bukan suatu kebetulan ia di lahirkan dalam keadaan yatim, kemudian tidak lama kehilangan datuknya juga, sehingga pertumbuhan pertama kehidupannya jauh dari asuhan bapa dan tidak mendapat kasih sayang dari ibunya.[3] Barangkali, kekontangan kasih sayang inilah yang membibitkan sifat berdikari selain daya sensitiviti yang tinggi, lagi bijak menyelami perasaan insan-insan yang perlukan kasih sayang. Waktu beliau hidup bersama datuknya Abdul Muthalib (umur 6 – 8 tahun), beliau sering dibawa datuknyake mana sahaja, termasuk pertemuan-pertemuan penting para petinggi Quraisy.[4]Dengan hadirnya Rasulullah bersama-sama Abdul Muthalib ke sidang“parlimen” Quraisy bernama Darun-Nadwah[ 5], Rasulullah SAW telah mendapat tempaan politiknya sejak kecil, yang sedikit-sebanyak mempengaruhi kebijaksanaan Rasulullah SAW berpolitik di kemudian hari. Benarlah jangkaan Abdul Muthalib;
“Biarlah anakku ini, kerana demi ALLAH sesungguhnya ada baginya keistimewaan.”[6]
Umur 8 hingga 12 tahun, bagindasudah bisa mencari nafkah dengan mengembala kambing.
Dari tempaan politik,baginda kini menerima tempaan management. Juga dari kehidupan serba elit bersama para pembesar Quraisy, beralih ke kehidupan rakyat jelata; dua alamyang serba berbeza sehingga baginda bisa mengerti budaya kedua-duanya. Semua beban itu (emosi, politik dan management) sudah dipikulnya semenjak berumur 8 tahun.
Bandingkan dengan anak-anak kita, apa yang sedang mereka lakukan diusia 8 tahun?Umur 12 hingga 15 tahun, bagindasudah memiliki pengalaman perjalanan ke luar negeri, lantaran terbiasa mengikuti pamannya Abu Thalib pergi berdagang. Ini sangat penting kerana perjalanan yang jauh itu memberikan pelajaran yang banyak tentang alam, tentang manusia-manusia baru, tentang karakter dan budaya setempat, dan tentangpelbagai macam hal. Juga tentang tempaan berdagang atau business. Umur 15 hingga 19 tahun, bagindaterlibat dalam peperangan Fijar, yang memberikan pula tempaan militerbuat baginda. Umur 20 hingga 25 tahun, baginda menjadi pengusaha dengan investornya bernama Khadijah (R.A). Dan, di usia sebegitu muda, membukukan sebuah sukses yang serba gemilang.Lihatlah betapa padatnya pengalaman Rasulullah begitu sampai usia 25 tahun, dengan seluruh pengalaman yang diperlukan oleh “orang besar”, sudah diraih oleh Rasul kitaMuhammad SAW. Hingga kemuncaknya diangkat oleh masyarakat, begitu menjangkauusia 35 tahun, sebagai “al-amiin”, sebuah pencapaian yangjauh lebih bernilai berbanding raja sms seumpama Mawi.
Dengan resume sebegini hebat,tidak hairanlah beliau menjadi model terbaik akan insan yang berjaya dikedua-dua alam: alam dunia dan alam akhirat. Beliau seorang tokoh dalam masalah kepimpinan, masalah ketenteraan, masalah sosial masyarakat (kemasyarakatan) ,masalah kaunseling kekeluargaan, masalah perdagangan, dan lain-lain potensi duniawi lainnya, tapi pada masa yang sama insan yang paling hebat dari segiamal ibadahnya. Sedang kita, yang berjaya dalam urusan dunia, sering tidak perform dalam urusan Akhirat. Qiamulailnya masih malas-malasan. Usrah dan halaqah tidak bisa ia rancakkan. Hartanya lebih banyak pada urusan peribadi berbanding urusan agamawi. Sedang yang cemerlang dalam urusan akhirat, sering mandom dalam kehidupannya menguruskan urusan keduniaan. Semuanya kerana kurangnya pendedahan sejak usia kecil, tidak sepertimana ALLAH mempersiapkan Nabi-Nya SAW untuk urusan besar, semenjak usia masih kecil.Mungkin sudah tiba masanya kita menyemak cara kita mendidik (tarbiyah) anak-anak kita. Mari kita belajar daripada resume agung Nabi SAW yang mulia ini, moga kita berjaya menjadi pendidik (baca:ibu bapa) yang lebih cemerlang, dan anak-anak kita menjadi anak didik yang lebih terbilang.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik (mentarbiyah) aku waktu kecil" (Surah al-Isra[17]:24)
RUJUKAN
[1] Rujuk artikelHasrizal Abdul Jamil bertajuk “Manusia Separuh Manusiawi” di URL http://saifulislam. com/?p=1199.
[2] Ibid
[3] Dr. MuhammadSa’id Ramadhan al-Buthy, “Sirah Nabawiyah: Analisis ilmiahmanhajiah terhadap sejarah pergerakan Islam di masa Tasulullah SAW (FiqhusSirah)”, Darul Fajar-Robbani Press(2000), ms. 29-33
[4] Anis Matta, “DemiHidup Lebih Baik”, Cakrawala Publishing(2007) , ms. 87-95
[5] SyaikhShafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, “Sirah Nabawiyah (ar-RahiqulMakhtum)”, Pustaka al-Kautsar(2000) , ms. 43-45
[6] Dr. Mustafaal-Siba’ei, “Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW”,Pustaka Darussalam(2004) , ms. 2-3
Thank you.
"Thebelievers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: ifany part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever"-Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
ElectricalEngineer
JIMAH O&M SDN. BHD.
2 x 700MW Coal Fired Power Plant ProjectPT 7308 & PT 7309,
Mukim Jimah, Daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(Tel: 06-658 1158/ 06-658 1149 Ext: 1090)
Email: faridul@jimahev. com
No comments:
Post a Comment