Beg Yung diCURI!!!
13 November 2009
Hari ni, aku dan mak menghantar Yung ke pejabatnya di Duta Vista sebab skuter merah yang menawan itu masih di rawat dibengkel. Sebelum bertolak, kami singgah ke bank, Yung nak withdraw RM 300 untuk bayar duit bateri skuter. Petang tu aku dapat message Yung kata scooter tu x siap lagi, jadi dia balik dgn kawannya.
Kira-kira pukul 7.30pm, selepas solat maghrib aku menerima satu panggilan dari no. yang tak dikenali. Terdengar sayup suara yang sedang teresak-esak menangis. Rupa-rupanya Yung! Dalam nada yang tersekat-sekat, dia bgtau beg galasnya di CURI orang!! Paling mengejutkan, kes kecurian tu berlaku di MASJID!!
Menurut cerita Yung, masa dia nak mengambil wudu', beg galasnya disangkut di kepala paip sebelah tu, selesai aje, nak pakai tudung, tetiba dia tersedar begnya LESAP!! Dengan mata yang rabun (sebab spek ade dlm beg tu) dia tercari-cari beg tu. Tanya kat jemaah-jemaah wanita di situ. Semuanya tak sedar kehilangan beg tu. Yung pun adukan mengenai kehilangan begnya pada AJK masjid. Lepas tu dia dan kawannya ke balai polis untuk buat report.
Sekarang dah pukul 10.30pm. Tapi Yung masih tak balik-balik lagi! Ish, risau pulak aku. Di sebabkan Yung ni ade 2 buah henfon, dan dia salu akan pegang salah satu henfon dia. Jadi aku massage kat no Celcom dia.
Aku: Salam Yung, ampa kat mana? Pkul Berapa nak balik nih??
Yung: xblix
(Uish, tetibe aku rasa x sedap hati. Pelik. Kenapa dia balas mesej macam tu. Salunya Yung x penah balas dengan ejaan macam tu. erm, musykil)
Jadi, aku pun balas la balik..
Aku: Kalau ampa x balik, ampa dok umah sapa?
Yung: umah BF
(Lagi berganda kemusykilanku!!. Yung yang aku kenal ni, bukan macam tu. Takkanlah balik dengan kawan, cepat aje berubah tingkah)
Aku mula mengesyakki, dan merubah strategy..
Aku: Umah BF ampa kat mana? Meh la kami amek ampa. Mak dan abah dok bising ni!!
Yung: Dato' Keramat
(Kebetulan sungguh!!)
Pastu aku terus call Yung. Tapi tak berjawab! lebih 5 kali call. Di off kan henfon. Tetibe je, aku teringat, lps maghrib td Yung call aku dgn nombor lain. Aku try call no tu.
Aku: Yung, ampa kat mana ni? Pasaipa tadi kami call, ampa x jawab. Ampa x nak balik kenapa? Mak kami dok bising ni, suro balik cepat!
Yung: Kami ada kat Masjid ni lagi. Bila masa pulak kami balas mesej, 2 bijik henfon kami tu orang tu kebas! sekali dengan RM 300 duit repair moto. Kami ni tinggal sehelai sepinggang ja!
Aku: hah?? Jadi yang balas mesej kami tu.. PENCURI tu lah??
Yung: Kalau dia reply mesej tu, maknanya kita masih ada harapan untuk dapatkan balik beg tu. Ampa try la psychology dia. Slow talk dgn dia supaya dia pulangkan barang-barang kami. Kata kat dia, kalo nak duit, ambik la, tapi pulangkan barang-barang yang x penting utk dia mcm i/c, kad bank, spek mata
Aku: InsyaAllah, kami cuba.
Aku betul-betul buntu nak mengarang kata! Aku memang tak tahu nak psychology orang. Aku berdoa semoga ALLAH berikan aku pertunjuk yang baik dan pelihara aku daripada bisikan syaitan. Alhamdulillah aku dapat menaip mesej tanpa emosi amarah tapi penuh dengan niat supaya si pencuri itu SEDAR. Biar ringkas, tapi padat dengan mesej yang dapat menusuk dan terkesan di jiwa mereka. Ingatkan mereka dengan peringatan Allah. Berdoa dan tawakkal semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.
"Salam saudara SeISLAM. Ingatlah bahawa azab ALLAH itu amatlah dahsyat. Kita dinilai ALLAH atas niat dan amalan kita. 'CCTV' ALLAH ada di mana-mana. Takutlah kepada ALLAH. Kembalikanlah HAK yang kamu ambil tanpa izin itu di tempatnya kembali.."
Kita janganlah berputus asa memohon harap padaNya dengan berdoa, solat hajat dan membaca Yasiin. Mudah-mudahan terbuka pintu hati si pencuri untuk mengembalikan barang.
Alhamdulillah seminggu selepas tu, barang-barang yang dicuri telah dijumpai kecuali duit.
Pengajaran:
Kes kecurian adalah kes yang selalu berlaku di mana-mana, tak kira tempat hatta di masjid pun. Bermula dari kes curi kasut sehingga melibatkan barang-barang berharga. Selalunya, apabila berlaku kecurian, mangsa akan berusaha 'menjejaki' si pencuri supaya mengembalikan barang-barang tersebut dan menawarkan ganjaran lagi jika berjaya memulangkan.
Contohnya kes kecurian beg di asrama. Mangsa akan 'memaklumkan' atau 'mengumumkan' kehilangan barang dengan menampal notis di board/dinding.
Dan selalunya mangsa akan kata: "ambiklah wang saya, tapi pulangkanlah barang-barang yang lain seperti nota, i/c, pendrive, kad matrik dan sebagainya."
Jika kita berkata begitu, ia menunjukkan bahawa mencuri itu 'halal', seolah2 kita menggalakkan dan membolehkan mereka untuk mencuri. Dengan kata lain, 'boleh ambik duit, tapi pulangkan barang-barang yang tak penting bagi kamu'. Secara tak langsung, aktiviti mencuri ni semakin berleluasa tanpa ada KESEDARAN. Jadi sebagai umat Islam, adalah kewajipan kita untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Contohnya dengan menyelitkan peringatan kepada golongan ini, semoga mereka sedar dan kembali kepada syariat islam
Malam tu, aku berborak dengan Ayong mengenai kes kecurian yang berlaku pada Yung..
Aku: Ayong, katakanlah beg ayong hilang. Selang beberapa hari, polis menemui si pencuri dan barang yang dicuri. Apa respond ayong bila berhadapan dengan si pencuri tu? Nak marah ke? Nak pukul/tumbuk sampai pecah muka dia ke? Nak saman dia ke?
Ayong: Ayong akan bagi duit dan kata " Nah, saya sedekahkan awak duit ni, semoga awak dapat mulakan hidup baru"
Aku: eh, si pencuri tu dah curi duit ayong, kenapa nak sedekahkan duit pada si pencuri?
***Sila baca cerita lanjut di entry KISAH TENTANG SEDEKAH***
No comments:
Post a Comment