Sunday, November 22, 2009

~.:KisaH TeNtang SEDEKAH:.~


Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "ada seseorang yang berkata, " saya akan menyedekahkan sesuatu!" Dia pun segera melaksanakan niatnya dan memberikan kepada seorang PENCURI. Lalu, org ramai membantah dan membincangkan tentang tindakan org yang bersedekah tu. Mendengar percakapan orang ramai, orang yang bersedekah itupun berdoa, "Ya Allah, hanya kepadaMu segala puji-pujian."

Kemudian, org tersebut bersedekah lagi dan menyerahkannya ke tangan seorang PENZINA. Lalu, org ramai membantah dan membincangkan tentang tindakan org yang bersedekah tu. Setiap kali perbuatannya diperkatakan, dia selalu berdoa "Ya Allah, hanya kepadaMu segala puji-pujian."

Keesokan harinya, dia bersedekah lagi dan diserahkan kepada ORANG KAYA. Hal ini pun menimbulkan kehairanan di tengah-tengah masyarakat. Orang yg bersedekah itupun segera berdoa, "Ya Allah, hanya Engkau yang layak dipuja dan dipuji atas sedekah yang kuberikan ke pada si PENCURI, si PENZINA dan ORNG KAYA!"
Pengajaran hadith:
Dengan berpegang hadis nabi sebagai landasan-

"Apabila seorang hakim memutuskan suatu perkara dengan hasil ijtihadnya, dan ternyata keputusan itu salah, maka hakim tersebut mendapat 1 pahala."

Demikian juga halnya dengan si dermawan yang bersedekah. Meskipun orang yang menerima sedekah kurang tepat, amal sedekah itu diperkenankan Allah
Hikmahnya:

1. Sedekah kepada si PENCURI
Moga sedekah yang diberi kepada si PENCURI itu dapat membuka hatinya untuk meninggalkan perbuatannya. Melalui jalan sedekah itu, dia akan memulakan lembaran hidup yang baru, yang suci dan halal

2. Sedekah kepada si PENZINA
Moga dengan sedekah itu dapat membuka hatinya untuk segera beralih ke jalan yang benar dan meninggalkan dunia pelacuran.

3. Sedekah pada si KAYA
Moga melalui sedekah itu dapat membuka hatinya untuk rajin menderma dan berinfak kepada orang-orang yang memerlukan.

Kesimpulan:
Begitulah, NIAT yang baik akan membawa hasil dan pengaruh yang baik.
Jika seseorang memiliki niat yang baik dan berusaha melaksanakan walaupun jalan yang di tempuh kurang tepat, dia tetap mendapat pahala dan perbuatannya itu tidak akan membawa akibat buruk untuknya.

1 comment:

alfaqirfaizal said...

bersedekahlah anda dengan tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri.. setiap pekerjaan itu dimulakan dengan niat..