Time: 8.00 am-12.30pm
Venue: Dewan Orang Ramai, Selayang Baru
Anjuran: DMPKS dgn kerjasama HELWA DUN Taman Templer
Alhamdulillah,
Hari ini aku dan mak diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk menghadirkan diri menemani mak saba selaku ibu tunggal ke Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal.
'Menemani' tidak bermaksud aku ni tergolong dalam kategori ibu tunggal..uhukk!
Ketibaan kami dan ibu-ibu tunggal disambut mesra oleh AJK-AJK bertugas yang manis berjubah dan bertudung labuh.
kami dibawa ke meja pendaftaran untuk mendaftar nama. Oleh kerana penampilan aku yang berjubah seperti wanita mengandung ada pulak AJK yang menyangka aku seoang ibu tunggal dan meminta aku mengisi nama dalam borang kehadiran ibu-ibu tunggal..arghhhh..tidakkkk!!!
Setiap yang mendaftar nama untuk kehadiran akan diberi cenderamata berbentuk secawan mug putih berlabelkan nama program serta pamplet tentatif program yang dilekatkan nombor cabutan bertuah..uihhh, best jugak ni!
Seterusnya majlis perasmian dimulakan dengan kata-kata aluan dari ketua muslimat selangor, Ustazah Rokiah Semuh dan dirasmikan oleh NYDP, En Shaffie B Osman.
Mesej dan isi kulit penyampaian daripada kedua-duanya menyentuh kepada peranan ibu tunggal dalam kelurga dan masyarakat. Hadirin sangat tersentuh dengan pengalaman yang dikongsi oleh En Shaffie yang menyanjung pengorbanan ibunya menjual kuih-muih untuk menyara kehidupan anak-anak sehingga berjaya.
Kira0kira pukul 1030 pg, majlis berehat untuk jamuan pagi. Kami dihidangkan dengan nasi lemak yang sungguh enak, 2 jenis kuih-muih yang beraneka warna dan secawan air teh tarik panas. Alhamdulillah, sunggah mengeyangkan!
Selesai 15minit menjamu selera, hadirin diminta untuk masuk semula ke dewan untuk sesi seterusnya ceramah motivasi oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Syukurnya dapat bersua dengan selebriti terkenal dalam program Imam Muda dan Aqademi Quran itu.
Berbagai-bagai pengalaman dikongsi, cerita-cerita motivasi, dan kisah-kisah teladan yang diisi dalam slot motivasi itu. Hadirin tak kering gusi dengan lawak jenaka Ustaz yang spontan tu..sampai pedih usus perut menahan ketawa! (^_^)v
Akhirnya slot kemuncak iaitu 'cabutan bertuah' yang dinant-nantikan pleh para ibu tunggal..
Semua sibuk memegang no cabutan masing2.. Paling tak sangka, antara banyak-banyak nombor tersebut, nombor mak menjadi nombor cabutan bertuah!!!
Tapi disebabkan mungkin terlalu teruja dan gembira, mak jadi malu untuk ke depan pentas..lalu aku lah og yang ditolak untuk menganbil hadiah tersebut..
Maka, terpaksanya aku menebalkan kulit muka ini ke hadapan dan diambil gambar bersama hadiah oleh beberapa jurugambar.. (T_T) waaaaa
"kLik..klikk..sengehhh!!"
dan pastinya hadirin mesti pelik tgk aku, muda-muda lagi dah jadi ibu tunggalllllll....owhhh tidakkkkk!!!!!
aku anak yang 'tinggal' bersama ibubapa bukan 'ibu tunggallllll'!!!!!!!!
keseluruhan program sungguh mnyeronokkan.
Dapat makanan, dapat cenderamata, dapat hadiah, dapat sumbangan MILO, dapat ilmu baru, dan dapat jumpa ibu-ibu tunggal~
Mood: (^_^)v
No comments:
Post a Comment