Friday, December 24, 2010

~//26th Wedding AnnivErsary of my bELovEd Mak & Abah//~

Bismillahirrrohmanirrohim~

Buat tatapan dayah yang jauh nun disana...

Tanggal 21hb Disember 2010 yang lalu adalah hari ulangtahun perkahwinan mak dan abah yang ke 26 tahun.

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lepas, kita adik-beradik akan meraikan hari bersejarah ni bersama-sama. Walaupun dayah jauh dari mata ktorg, namun dirimu tetap dekat dihati kami.

Seperti biasa kita akan mengadakan mesyuarat ahLi majlis bersama Aku selaku bendahari akan membuat pembentangan budget akhir tahun 2010. Memandangkan, kebanyakan ahli majlis telah menangguh bayaran duit kutu mingguan selama berbulan-bulan lamanya (cehh, susah betul nak bayar w/pun seminggu Rm 1 je~). Maka, jumlah tunggakan telah meningkat! Justeru, kita terpaksa mencari alternatif baru untuk membeli hadiah meraikan Tuan pengerusi dan Puan pengerusi..weee~

Apakah alternatif lain untuk membuat kelainan anniversary mak & abah tahun ni??

Masing2 dok menongkat dagu, terkebil-kebil memikir, terkulat-kulat mencari, menggaru-garu kepala menggali idea yang kretif dan tidak costly sgt~ almaklomlah dayah, duit simpanan masing-masing tak mencukupi.

Meeting dah mengginjak ke jam 12.30 pm. Adoiii, masing-masing dok lawan menguap!

Tetiba, cik Ayong kita yang merangkap sebagai CEo dalam majlis tertinggi kita ni melontarkan idea yang bernas~

Ayong: Apa kata kita bagi HANTARAN kat mak & abah. Camne? Setuju x??
Ktorang: HANTARAN?? ( terkejut..hoho)
Ayong: Hantaran menggunakan apa yang ada.

Lantas, dengan pantasnya masing2 setujuuu!!
Tengah larut malam 20hb Disember 2010 tu jugak la ktorg bertungkus lumus menyiapkan sedulang hantaran~

Inilah sedulang hantaran sekotak wang hantaran dari anak-anak untuk mak dan abah~
'Wang hantaran' tu hasil simpanan wang-wang kertas dari luar negara koleksi ayong yang disimpan selama berbelas-belas tahun. Yang duit dari malaysia tu duit sumbangan masing-masing..hehe

Oh, ada satu lagi..ktorang sertakan bersama sebuah album gambar yang memuatkan gambar-gambar kenangan hari perkahwinan mak dan abah, then gambar-gambar dari kelahiran anak pertama hingga kelapan..sungguh nostalgik

Malam 21hb Disember 2010 tu..kitorang kemas bilik mak dan abah macam bilik pengantin dan letakkan dulang hantaran tu atas katil berserta photo album~

Jeng--jeng..jeng..

Masing-masing beratur depan bilik bak dayang-dayang meraikan ketibaan mak dan abah dimuka pintu.. penuh protokol dan adab~wahhh, memang nampak macam kawin sekali lagi la~ hehe..

Awal-awal lagi abah dah sound ktorang..."haishh, apa la budak-budak ni dok buat, jangan la dok membazir yang bukan-bukan."

Kalo ada kompang, memang dah kami palu dah, hehe..

Reaksi pertama mak dan abah: "Terkejut dan Terharu"

Alhamdulillah, seronok sangat lihat mak dan abah sudi menerima hadiah kecil dari kami sume..


~Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan utk Mak dan Abah~

Kami doakan Semoga:
Allah memberkati dan panjangkan usia mak & abah
Allah murahkan dan bukakan segala pintu rezeki utk mak dan abah,
Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya buat mak dan abah.
Allah cambahkan dan suburkan kasih sayang mak dan abah,
Allah kekalkan kebahagian mak, abah dan kami semua hingga ke syurga.

Amiin, ya Rabbal 'Alamiin

No comments: