Thursday, May 14, 2009

~.:EdiTiNG:.~

13 mEi 2009~WEdnEsday


saLam~


awaL

pagi ni, kakak aku tak sihat. Tapi dia berdegiL jugak nak hantar aku dan adik-adik. Sampai ati dia tak percaya dengan kemampuan aku bawak keta..uhuk:c aku bersungguh2 menyakinkan dia bhwa aku masih gagah memandu. Dia asyik dok risaukan masalah kesihatan aku, kesihatan dia tanak pikir pulak.. aduii itulah kakak sulung..sentiasa memikirkan kemaslahatan org lain berbanding diri sendiri. Sesi Debat pagi tu, dijuarai oLeh aku..hehe..


aktiviti

seperti biasa setiap pagi akan diadakan sessi pembentangan report activiti yang lalu kepada En Muhammad. Proposal My Sweet Dadih terpaksa digubal setelah di semak oleh trainer kami. Tugasan pada hari ini, aku dan nisa di kehendaki membuat appointment dengan peniaga kedai di bawah opis kami ni. Alhamdulillah, kalo xde aral esok pagi En Fadil akan dtg negotiate dgn tokei kedai tu untuk mengedarkan dadihnya di kedai bawah. Ptg pulak aku diarahkan untuk menghubungi pihak DBKL dan bertanyakan mengenai progress lesen penjaja. Tapi, disebabkan masalah internet, pegawai tersebut meminta aku menghubunginya esok. Hari ni dalam sejarah aku x tertido dlm opis seperti selalu.hehe..kak ida mcm tau2 je time aku nak terlelap, cepat-cepat dia kasi aku kje wat database yang bertimbun2 tu..alhamdulillah aku dapat selesaikan sebelum pukuL 6. Beres keje..waaa~

~.:ZiaRaH ASDAF:.~

12 mEi 2009~TuEsDay


saLam~

aLhamdulillah pagi ni aku sampai awal ke opis berbanding keLmarin..pagi ni tugasan kami adaLah merangka pamphlete untuk mempromosikan Aqiqah dan Mysweet Dadih. Kami bertiga berbincang dan mencambahkan idea untuk menghasiLkan pamphLete yang simpLe + informative . insyaALLAH, pamphLete tersebut akan diedarkan kepada orang ramai dalam minggu ini. Mudah-mudahan segaLa urusan pengedaran pamphLete di permudahkan ALLAH.


mEEtinG

macam biase setiap hari sElasE akan diadakan mEEting mingguan. Tapi memandangkan biLik menyuarat yang keciL ditambah puLak dengan masalah air cond yang tidak berfungsi dan biLangan peLajar praktikaL yang bertambah menyebabkan mesyuarat pada pagi itu terpakse dihadiri oLeh staff2 shje. bayangkanLah kalo meeting tu tetap di teruskan dalam keadaan panas, berhimpit-himpit dan sempit..alamat ada jugak yang pengsan. Huhu.. Alkisah, kami pun buatLa meeting sesame sendiri dan staff meeting terpakse dibuat di ruang tamu opis.


kEnduRi

tengahari tadi, kami dah dimakLumkan ada sedikit makan-makan sempena meraikan hari Lahir kak Mira dan abg Shah. Selain tu jugak nak meraikan pelajar-pelajar practical dari UM yang baru masuk keLmarin dan meraikan detik2 perpisahan kami pelajar paraktikal UIA yang tinggal lagi beberapa hari. Dorang ni akan berpraktikaL selama 2 buLan. Dalam pukul 12.45pm kami dah siap2 menyusun atur kerusi di bilik mesyurat agar dapat memuatkan lebih kurang 15 orang. Kami di jamu Nasi Beringin..mcm best kan namenya..hehe mule2nyer ingat nasi Beriani..perghh, sedapp nasik tu, luar biase rasanya!! Lepas makan-makan, masing2 berebut2 nak timbang berat..hehe. biasaLah makan nasik orang beLanje, berseLera sikit.


ASDAF

Lepas makan tengahari, En Muhammad mempelawa kami semua termasuk pelajar praktikal UM untuk ziarah ke Asrama DaruL FaLah. Wahhhhh, bestttnyaa..saat2 yang dah lama aku tunggu sejak mula praktikal ni. Aku pun x tau nape aku teringin sangat nak pi sana. Kami bertolak dalam pukul 3 ptg dgn menumpang keta kak Eyta (bekal pelajar praktikaL UM). Perjalanan ke sana memakan masa selama 15 minit kut kalo x silap aku la. Asdaf ni terletak di atas bukit bersebelah pulak dengan rumah istana sri menanti. Pendakian kami para wirawati dengan menaiki kanciL yang anggun itu sangat mencabar kesungguhan. Mujur kak Eyta expert menggendaLikan kenderaan aLa-aLa F1 gitu. Sesampainye kami di sana, perasaan keterujaan terpancar di wajah masing-masing. Teruja melihat keindahan dan kehijauan kawasan di situ..Tenang dan damai~ohhh syahdunyerr..huhu. agak lambat jugak kami berjalan kerana mata asyik leka menganggumi keindahan ciptaan Allah..subhanallah~


taAruF

kami dibawa masuk ke opis untuk bersuai kenal dengan penyeLia asrama. Masing-masing membentuk buLatan haLaqah diatas karpet yang bersih dalam bilik opis yang sejuk itu. Hehe..bermulalah sesi taaruf..sebenarnya En Muhammad dan 2 orang pelajar lelaki UM dah lama sampai sejak pukul 2.30 ptg lagi. En Muhammad memberi sedikit pengenalan projek Kitchen Garden 2 yang bakal digerakkan oleh para peLajar praktikaL UM kepada En Latip selaku timbalan pengetua di asrama tu. Sepanjang sesi taaruf tu, En Latip banyak berkongsi pengalaman beliau kepada kami. Sambil-sambil berbual, sambil-sambil minum air miLo ceLup biskut kering..hehe.


Kitchen Garden

seLesai sesi tersebut kami di bawa berjaLan-jalan meLihat kawasan persekitaran asrama. Tempat pertama sekali yang menarik hati aku bak magnet ni ialah kebun yang diberi nama Kitchen Garden. Wahhh, salunya aku hanya mendengar cerita pasal kitchen garden ni dari En Muhammad, alhamdulillah aku berkesempatan meLihat dengan sendirinya. Berkebun adalah minat aku sedari keciL lagi. Minat ni bercambah dengan suburnya sehingga kini. Di rumah, aku dan mak suka sangat menanam2 pokok ni. Macam-macam kami tanam. InsyaAllah ada rezeki dan kesihatan yang baik, aku bercadang nak buat Home Garden kat umah aku~rumah yang di kelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau yang berkhasiat.


puLang

kami pulang agak lewat kerana menanti teksi dan bas. Lewat 6.30 pm kami berjaya menahan teksi untuk ke KL Sentral. Sepanjang perjalanan, pakcik teksi tu byk berkongsi pengalaman dgn kami. Katanya pernah terlanggar seorang budak 23 tahun yang lalu, medengarnya kami bertiga bertambah kecut perut, sejuk tangan di tambah pulak gaya dia membawa teksi pun menambah gerun. Alahmdulillah kami sampai ke kl sentral dgn selamat.

Hehe..seronoknya mengarang hari nie..bile hati gembira, rohani sihat, jasadi cergas. Semoga hari-hari terakhir praktikal ni lebih banyak aktiviti di luar. Lenguh urat-urat bile dok lelame dalam opis ber-air cond nie..hehe~selamat mengikuti cerita selanjutnya~(^_^)v

~.:sELamat dataNG studEnt praktikaL UM:.~

WEEK 4 practikaL


11 mEi 2009~mONday


saLam~

taaruf session
hari ni ade 3 org peLajar PractikaL dar UM masuk. Eyka, Naim dgn Izham..dorang adeLah pelajar jurusan Sains TeknoLogy..Muda2 lagi dorang ni..baru mencecah 21..tapi berwibawa dan professionaL.


kitchen Garden II
kitchen garden II adelah projek utama mereka sepanjang tempoh 2 bulan praktikal di sini. projek ni adelah kesinambungan kitchen garden I yang di usahakan oLeh senior mereka kak eyta. good Luck ye adik2~semuga success (^_^)v

~.:sELamaT HaRi IBU:.~

10 mEi 2009~suNday


saLam~

Lewat mLm sabtu tu aku borak-borak dgn mak, mendengar ceritanya, berkongsi rasa, menikmati kedinginan mlm di buaian..ohh, damainya! kata mak, anak jiran kami fika yg baru darjah tige datang kerumah meminta izin memetik bunga-bunga aneka warna di rumah kami ni. kata mereka nak wat suprise kat maknya sempena hari ibu esoknya. terharu aku mendengarnya, walaupun masih kecil tapi dah ada rasa tanggungjawab untuk meraikan hari ibu. walaupun hanya kuntuman bunga, tapi ia akan terkesan ke hati seorang ibu atas ingatan dan penghargaan seorang anak keciL..


HaDiah

Pagi-pagi lagi mak dan abah dah keluar pi Kolam air panas, aku dan kakak mngambil kesempatan tu untuk keluar membeli hadiah untuk mak..agak lama berfikir hadiah apekah yg mak suka, akhirnya kami mngambil keputusan untuk membeli bunge di Sg BuLuh..aim kami nk cari bunge OrKed~mak mmg suke Orked..kat rumah dah ade beberapa jenis Orked..agak lama jugak kami melilau2 kt Sg BuLuh mencari Orked yg berkenan diHati..aLhamduLillah dpt juge 3pasu orked kaLer Unggu, MeraH hati dan Kuning..kemudian kami ke Giant untuk membeli hamper yng lengkap dgn produk2 kecantikan wanita buat mak. aku lihat ramai org kat Giant yng membeli bunge, cenderamata, dLL sempena hari IBU ni..


suPrise

sesampainye di rumah, mak mcm tau2 je pLan ktorang..aisehh, macam mane nak sorok kan, mak mesti dah boleh agak riak-riak di wajah kami ni..memandangkan adik2 aku yang 3 org lagi tu x dapat balik bercuti lagi, aku dan kakak bercadang meraikan mak duLu, Lps semua adik2 dah balik ke umh, kami bercadang nak sambut sekali lagi bersame..reaksi pertama mak biLe dapat Orked~subhanaLLah, dah Lame mak teringin Orked nie! alhamduLillah, seronoknya kami biLe mak berkenan dgn hadiah keciL dr kami ni..

seLamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu dan bakal2 ibu..Mak Ratu Hati kami, permata yang bersinar di jiwa, tgnmu yang penuh kasih sayang, renungan matamu yang menerbitkan rasa cinta~sayang mak!

Sunday, May 10, 2009

~.:MIHAS 2009:.~

7 Mei 2009~kHamiS

saLam~

keLisa sakit

Pagi-pagi lagi, adik-adik lelaki aku sudah riuh di rumah mengejutkan kami dari lena, selesai semuanya bersiap-siap, kakak aku sudah menunggu lama di dalam kereta keLisa yang comeL itu. Aku dan adik-adik berebut-rebut masuk ke perut keLisa itu..huhu~pagi yang menggembirakan..hehe. keLisa bergerak dengan ayunya..uhuk..tak sampai separuh jalan, kami terasa sesuatu yang pelik dengan kelisa, erm, macam bunyi ekzos yang patah! Kata aku, biasalah tu, kelisa ni x boleh tehentak sedikit tambah-tambah kalo ada bumper. Tapi makin lama, makin teruk pulak bunyinya! Ish, kenapa pulak dah nihhh?? Nak berpatah balik ke rumah untuk tukar kereta dah tak sempat, nak tak nak terpaksa teruskan jugak perjalanan. Tawakal ajela. Kami berzikrullah sentiasa, moga-moga Allah pelihara perjalanan kami itu. Kelisa tu tiba-tiba tak terkawal dan bergoyang-goyang. Antara kami, masing-masing sudah pucat lesi! Ahhh, sudahhh! Kakak segera memberhentikan kereta, aku turun melihat keadaan tayar kot-kot pancit ke ape ke. Mungkin kerana ilmu berkenaan automotif ni aku tak arif dan tak mahir lagi, jadi aku tak reti nak menganalisa “sakit” kelisa ni. Perjalanan ke sekolah di teruskan. Di sebabkan keadaan kelisa yang sudah uzur dan bergerak perlahan jadi terpaksa menggunakan lampu kecemasan. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke sekolah adik walaupun agak lambat sampai. Biar Lambat Asal Selamat~kakak mencadangkan agar aku naik teksi shje untuk ke terminal putra. Aku rasa tak sedap hati pulak meninggalkan kakak keseorangan dengan keadaan kereta yang rosak tu. Aku bertekad untuk menemani kakak ke bengkel apabila tiba-tiba shja kelisa itu tersentap-sentap dan bergoyang-goyang untuk ke sekian kalinya. Fuhh, gelabah kami di buatnya!! Aku menyarankan pada kakak agar menggunakan gear 2 dan 1 shaja. Lambat-lambat kelisa bergerak, akhirnya sampai di depan bengkel. Tinjau-tinjau, bengkel tak bukak lagi!!adehh, sepanjang jalan kami mencari, kebanyakkannya tak bukak lagi. Alhamdulillah, dlm usaha bergerak mencari bengkel, sedar tak sedar dah sampai ke umah. Alhamdulillah. Mak terus menelefon pak din, untuk mengambil keLisa untuk di analisa. Rupa-rupanya, bukan ekzos yang patah, tapi penyambung antara 2 tayar belakang tu yang patah. Alhamdulillah, Allah shajalah yang pelihara keselamatan kami! Allahu Akbar!!

MIHAS

Aku tiba agak lewat ke pejabat. Pukul 10.30 pgi baru sampai!!ish3.. sesampainya di sana, En Muhammad menawarkan aku ke MIHAS. Aku yang teruja ni terus setuju..wahhh, seronoknya, baru aje dalam perjalanan ke opis tadi berangan-angan nak pi MIHAS. Mcm bulan jatuh keriba la pulak! Kami bertoLak dalam pukul selepas makan tengahari yang di belanje oLeh En Muhammad..wahhh, seronoknyaa. Terima kasih daun keLadi ye En Muhammad, ada rezki boLeh beLanje Lagi..hehe. Semuga Allah murahkan rezeki yang meLimpah ruah untuk En Muhammad atas kemurahan hatinya membeLanje aku dan kak Mira. Sementelah aku ke mihas, rakan2 ku yang lain akan mempromosikan dadih En Fadil di sekitar Flat Sri Pahang

TEkSi

Aku dan kak mira bertolak ke sana menaiki teksi, pakcik teksi tu berbangsa Benggali. Kami tak banyak borak sepanjang perjalanan tu. Sesampainya di simpang tiga, di mana didepannya adelah Masjid Wilayah, pakcik teksi tu pun bertanyalah pada kami pernah ke Masjid tu tak? Aku pernah pergi, tapi sengaja tak menjawab. Saja nak tgk reaksi dia. Pakcik teksi tu pun memberitahu kami bhwa dia pernah dan selalu masuk ke masjid tersebut. Sebabnya masjid tu ade air cond! Aku dah kak mira serentak berpandangan kehairanan. Benggali muslim ke dia ni?? Melihat kami berdua terdiam kehairanan, dia memberitahu bhwa dia bukanlah muslim, tapi di sebabkan jambang ala-ala ustaz benggali tu, x ade sapa yang curiga! Erm, mudah-mudahan dia dapat cahaya hidayah..amiin~

RaMainyaa

Seperti tahun lepas, Mihas yang berlangsung di MATRADE kelihatan seperti gula. Mihas 2009 di hurung manusia!!!Ribuan manusia berduyung-duyung membanjiri di sana. Kereta-kereta berderet-deret tersusun di sepanjang jalan. Perkhidmatan bas dan van percuma disediakan untuk penghantaran dan pengambilan pengunjung ke situ. Memang dapat sambutan yang luar biasa! MIHAS 2009 ni merupakan pameran makanan halal yang terdiri dari produk-produk tempatan dan luar Negara. Tugasan hari ni, aku dan kak Mira akan meninjau gerai-gerai yang berpotensi untuk Projek Sahabat Amal. Kami di maklumkan terdapat 600 gerai yang terdiri daripada berbagai-bagai syarikat, peniaga, dan usahawan! Sambil meninjau, sampai makan! Hehe..fuhh, kenyang makan dan kembung perut minum berbagai2 jenis product2 yang jarang di jumpai. 2 kali jugakla kami ke tandas..lepas tu minum lagi..hehe. sambil menjenggah dan mengenali juga mempromosi, kami saling bertukar-tukar bisness kad untuk memudahkan segala urusan pada masa hadapan. Dah kembung perut minum, kami tiba jugak akhirnya ke booth PERTIMA. No F 77. En Muhammad dah lama sampai dan sibuk memperkenakan kepada pengunjung mengenai product Aqiqah Qurban dlm tin ni. Aku dan kak Mira menyambung kembali tugasan kami sambil mempromote sambil isi perut!huhu~ alhamdulillah, aku belajar banyak perkara dengan kak Mira yang luas pengalamannya dalam berhadapan dengan golongan-golongan atasan untuk memperkenalkan MusLimAid kepada masyarakat Malaysia ni. Sepanjang hari tu aku melihat cara-cara kak Mira berkomunikasi dgn confidentnya, aku belajar macam mana nak survey market, dan mencari company yang berpotensi menjadi Sahabat Amal bersama Muslim Aid ni. Overall, aku rasa hepi sangat, tak terasa letih bila berjalan. Mungkin sbb banyak minum air herba kut..huhu v(^_~)v

~.:FikiR + ZiKiR:.~

6 Mei 2009~ RaBu

saLam~

aLhamdulillah, berkat banyak berjalan dan mngeluarkan peluh yang sihat, hari ni Allah kurniakan aku kesihatan yang baik dan cergas. Syukur~

pLan

kalo ikutkan plan yang dicadangkan, sepatutnya pagi ni kami akan ke rumah En Fadil untuk memantau kak Nor membuat dadih yang akan di promosikan pada hari khamis ni. Entah mengapa, plan tersebut terpaksa di batalkan atas sebab kak Nor ada urusan di luar. Mereka memberi jaminan akan membuat dadih pada malam ni.

Blog aQiQah

Tugasan hari ni adalah mempromosikan blog aqiqah muslim aid dan juga blog My Sweet Dadih

~.:cELiK HaTi:.~

5 Mei 2009~ TuEsday

saLam~

aLhamduLiLLah.. hari ni aku rasa gembira sangat. Hati aku terasa macam rama-rama yang sedang terbang riang..wahhh, seronoknya..biLa masaLah yang terbeban di kepaLa, terjerut di urat dan tersekat di kerongkong dpt di seLesai kan..hehe..banyak2Lah bersyukur, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Masalah yang kita hadapi tu adaLah salah satu ujian daripada ALLAH untuk menguji tahap kesabaran, keimanan dan ketaQwaan kita padaNya..jgnLah hanya biLa di timpa musibah baru lah nak mencari Allah.IngatLah Dia setiap masa. innaLLAHa ma’ana v(^_^)

MeetinG

Seperti 2 minggu yang lalu, mesyuarat akan diadakan pada setiap hari selasa. Agak banyak juga agenda-agenda yang dibincangkan di bilik mesyuarat itu. Aku dan sahabat-sahabat se-praktikaL tekun mendengar dan mencatat butir-butir penting sebagai info-info tambahan.

SSM

Pagi ni kalo ikutkan perancangan, aku akan menemani En Fadil ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftar lesen perniagaan beliau. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat di elekkan jadi kami terpaksa menunda temujanji kami pada pukul 2 petang. Kami bertolak dari stesen LRT Bangsar pada pukul 2.30 petang. En Fadil membawa isteri dan anak-anaknya bersama-sama dalam misi ke SSM tu. Ada baiknya beliau membawa seisi keluarganya bersama-sama kami sekurang2nya dapat menghindarkan dari sebaran fitnah. Sebenarnya inilah kali pertama aku ke SSM. Sesampainya kami di sana, aku agak terkejut melihat manusia-manusia yang berbaris panjang di pintu depan. Kata En Fadil waktu-waktu petang begini memang ramai orang beratur, tapi di sebabkan En Fadil memiliki kad OKU, maka urusan pengambilan borang tidaklah begitu rumit. Oleh kerana kedua-dua mereka mempunyai masalah penglihatan jadi aku telah dipertanggungjawabkan untuk membantu mereka mengisi borang-borang tersebut. Alhamdulillah, oleh kerana “keistemewaan” yang mereka miliki, jadi urusan pendaftaran lesen selesai dengan cepat.

UO

Selesai urusan di SSM, En Fadil bercadang untuk ke UO. UO atau nama panjangnya Untung Orangramai merupakan sebuah pasaraya berkadar murah. Kira macam pasaraya ala-ala mydin la. Kami ke sana untuk membeli bahan-bahan membuat dadih. Sebenarnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di UO chowkit ni. Selama aku membesar di Kuala Lumpur ni, aku hanya mendengar nama UO di TV shja dan jarang keluar rumah. Al maklumlah, aku ni orang ceruk kampong aje. Kak Nor agak terkejut mula-mula bila dapat tahu aku pertama kali sampai di sini. Katanya, beliau dan En Fadil sudah biasa dengan selok belok di Kuala Lumpur ni sungguhpun mereka adalah orang kurang upaya cacat penglihatan. Aku sangat kagum dengan kecekapan mereka bergerak dan arif dengan selok belok di KL yang maha sesak ni. Selepas menjenguk-jenguk barangan di situ, En Fadil dan isterinya kak Nor membawa aku ke pasar chowkit. Huhu..x penah2 jugak aku sampai ke situ..kelakarnya, jadi terbalik pulak! Orang buta bawak orang celik berjalan-jalan!! Kami ke pasar chowkit untuk membeli bekas dadih.kata kak Nor, kedai di situ murah-murah. Masa sampai di pasar chowkit tu, aku agak terkejut melihat majority peniaga adalah terdiri daripada warga asing! Agaknya aku baru keluar dari kepompong dan terbang melihat reality kehidupan hari tu.. alhamdulillah dapat pengalaman dan pengajaran baru. Sampainya kami di kedai, aku sengaja membiarkan mereka berurusan dengan peniaga itu dan memerhatikan mereka tawar menawar tanpa turut masuk campur. Selesai urusan jual-beli itu, aku mengajak mereka ke sebuah restoran untuk minum dan makan-makan untuk menghilangkan dahaga penat dan menambah stamina. Anak-anak En Fadil nampakk letih berjalan kaki hampir suntuk petang. Selesai minum, kami bercadang untuk pulang.

seLami hati

aku bertanya pada kak Nor pulang umah naik ape dari chowkit ni. Katanya selalu mereka selesa mnggunakan bus. Dia tanya aku, pernah x naik monorail kat situ, aku pun ckpla kat dia yg aku x penah naik monorail dr chowkit sbb pertama kali aku sampai sini. Pastu, aku terdengar kak nor berbisik-bisik pada En Fadil “Bang, siannya kat dia tak penah naik monorail. Kita bawak dia jalan-jalan naik monorail ye” Tersentuh hati aku melihat keluhuran hati mereka yang sudi membawa org yg celik seperti aku ni berjalan-jalan. MasyaAllah..sungguhpun mata mereka tak celik seperti kita, tapi Allah kurniakan mereka hati yang celik dan luhur. Sepanjang perjalanan kami ke stesen kL central, aku banyak mnyelami hati kak nor, mendengar luahan rasanya, berkongsi derita, menyelongkar cerita. Rupanya disebalik cerita, mereka cukup risau andai aku terasa malu berjalan dengan mereka. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat bahagia dan gembira sekali dapat berjalan bersama menyelusuri dan meneliti kehidupan mereka hari ni. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan dan lapangkan perjalanan hidup mereka.

Perjalanan

Hari ni,

aku banyak berjalan kaki,

berjalan dengan golongan insan yang istimewa,

berjalan melihat kehidupan kota,

berjalan keluar dari kepompong hidupku,

berjalan mengutip pengalaman,

berjalan merasai penat,

berjalan di bawah sinaran terik mentari,

berjalan menerbitkan peluh didahi,

berjalan dan berjalanlah selagi terdaya!