Sunday, May 10, 2009

~.:MIHAS 2009:.~

7 Mei 2009~kHamiS

saLam~

keLisa sakit

Pagi-pagi lagi, adik-adik lelaki aku sudah riuh di rumah mengejutkan kami dari lena, selesai semuanya bersiap-siap, kakak aku sudah menunggu lama di dalam kereta keLisa yang comeL itu. Aku dan adik-adik berebut-rebut masuk ke perut keLisa itu..huhu~pagi yang menggembirakan..hehe. keLisa bergerak dengan ayunya..uhuk..tak sampai separuh jalan, kami terasa sesuatu yang pelik dengan kelisa, erm, macam bunyi ekzos yang patah! Kata aku, biasalah tu, kelisa ni x boleh tehentak sedikit tambah-tambah kalo ada bumper. Tapi makin lama, makin teruk pulak bunyinya! Ish, kenapa pulak dah nihhh?? Nak berpatah balik ke rumah untuk tukar kereta dah tak sempat, nak tak nak terpaksa teruskan jugak perjalanan. Tawakal ajela. Kami berzikrullah sentiasa, moga-moga Allah pelihara perjalanan kami itu. Kelisa tu tiba-tiba tak terkawal dan bergoyang-goyang. Antara kami, masing-masing sudah pucat lesi! Ahhh, sudahhh! Kakak segera memberhentikan kereta, aku turun melihat keadaan tayar kot-kot pancit ke ape ke. Mungkin kerana ilmu berkenaan automotif ni aku tak arif dan tak mahir lagi, jadi aku tak reti nak menganalisa “sakit” kelisa ni. Perjalanan ke sekolah di teruskan. Di sebabkan keadaan kelisa yang sudah uzur dan bergerak perlahan jadi terpaksa menggunakan lampu kecemasan. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke sekolah adik walaupun agak lambat sampai. Biar Lambat Asal Selamat~kakak mencadangkan agar aku naik teksi shje untuk ke terminal putra. Aku rasa tak sedap hati pulak meninggalkan kakak keseorangan dengan keadaan kereta yang rosak tu. Aku bertekad untuk menemani kakak ke bengkel apabila tiba-tiba shja kelisa itu tersentap-sentap dan bergoyang-goyang untuk ke sekian kalinya. Fuhh, gelabah kami di buatnya!! Aku menyarankan pada kakak agar menggunakan gear 2 dan 1 shaja. Lambat-lambat kelisa bergerak, akhirnya sampai di depan bengkel. Tinjau-tinjau, bengkel tak bukak lagi!!adehh, sepanjang jalan kami mencari, kebanyakkannya tak bukak lagi. Alhamdulillah, dlm usaha bergerak mencari bengkel, sedar tak sedar dah sampai ke umah. Alhamdulillah. Mak terus menelefon pak din, untuk mengambil keLisa untuk di analisa. Rupa-rupanya, bukan ekzos yang patah, tapi penyambung antara 2 tayar belakang tu yang patah. Alhamdulillah, Allah shajalah yang pelihara keselamatan kami! Allahu Akbar!!

MIHAS

Aku tiba agak lewat ke pejabat. Pukul 10.30 pgi baru sampai!!ish3.. sesampainya di sana, En Muhammad menawarkan aku ke MIHAS. Aku yang teruja ni terus setuju..wahhh, seronoknya, baru aje dalam perjalanan ke opis tadi berangan-angan nak pi MIHAS. Mcm bulan jatuh keriba la pulak! Kami bertoLak dalam pukul selepas makan tengahari yang di belanje oLeh En Muhammad..wahhh, seronoknyaa. Terima kasih daun keLadi ye En Muhammad, ada rezki boLeh beLanje Lagi..hehe. Semuga Allah murahkan rezeki yang meLimpah ruah untuk En Muhammad atas kemurahan hatinya membeLanje aku dan kak Mira. Sementelah aku ke mihas, rakan2 ku yang lain akan mempromosikan dadih En Fadil di sekitar Flat Sri Pahang

TEkSi

Aku dan kak mira bertolak ke sana menaiki teksi, pakcik teksi tu berbangsa Benggali. Kami tak banyak borak sepanjang perjalanan tu. Sesampainya di simpang tiga, di mana didepannya adelah Masjid Wilayah, pakcik teksi tu pun bertanyalah pada kami pernah ke Masjid tu tak? Aku pernah pergi, tapi sengaja tak menjawab. Saja nak tgk reaksi dia. Pakcik teksi tu pun memberitahu kami bhwa dia pernah dan selalu masuk ke masjid tersebut. Sebabnya masjid tu ade air cond! Aku dah kak mira serentak berpandangan kehairanan. Benggali muslim ke dia ni?? Melihat kami berdua terdiam kehairanan, dia memberitahu bhwa dia bukanlah muslim, tapi di sebabkan jambang ala-ala ustaz benggali tu, x ade sapa yang curiga! Erm, mudah-mudahan dia dapat cahaya hidayah..amiin~

RaMainyaa

Seperti tahun lepas, Mihas yang berlangsung di MATRADE kelihatan seperti gula. Mihas 2009 di hurung manusia!!!Ribuan manusia berduyung-duyung membanjiri di sana. Kereta-kereta berderet-deret tersusun di sepanjang jalan. Perkhidmatan bas dan van percuma disediakan untuk penghantaran dan pengambilan pengunjung ke situ. Memang dapat sambutan yang luar biasa! MIHAS 2009 ni merupakan pameran makanan halal yang terdiri dari produk-produk tempatan dan luar Negara. Tugasan hari ni, aku dan kak Mira akan meninjau gerai-gerai yang berpotensi untuk Projek Sahabat Amal. Kami di maklumkan terdapat 600 gerai yang terdiri daripada berbagai-bagai syarikat, peniaga, dan usahawan! Sambil meninjau, sampai makan! Hehe..fuhh, kenyang makan dan kembung perut minum berbagai2 jenis product2 yang jarang di jumpai. 2 kali jugakla kami ke tandas..lepas tu minum lagi..hehe. sambil menjenggah dan mengenali juga mempromosi, kami saling bertukar-tukar bisness kad untuk memudahkan segala urusan pada masa hadapan. Dah kembung perut minum, kami tiba jugak akhirnya ke booth PERTIMA. No F 77. En Muhammad dah lama sampai dan sibuk memperkenakan kepada pengunjung mengenai product Aqiqah Qurban dlm tin ni. Aku dan kak Mira menyambung kembali tugasan kami sambil mempromote sambil isi perut!huhu~ alhamdulillah, aku belajar banyak perkara dengan kak Mira yang luas pengalamannya dalam berhadapan dengan golongan-golongan atasan untuk memperkenalkan MusLimAid kepada masyarakat Malaysia ni. Sepanjang hari tu aku melihat cara-cara kak Mira berkomunikasi dgn confidentnya, aku belajar macam mana nak survey market, dan mencari company yang berpotensi menjadi Sahabat Amal bersama Muslim Aid ni. Overall, aku rasa hepi sangat, tak terasa letih bila berjalan. Mungkin sbb banyak minum air herba kut..huhu v(^_~)v

No comments: