Sunday, May 10, 2009

~.:cELiK HaTi:.~

5 Mei 2009~ TuEsday

saLam~

aLhamduLiLLah.. hari ni aku rasa gembira sangat. Hati aku terasa macam rama-rama yang sedang terbang riang..wahhh, seronoknya..biLa masaLah yang terbeban di kepaLa, terjerut di urat dan tersekat di kerongkong dpt di seLesai kan..hehe..banyak2Lah bersyukur, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Masalah yang kita hadapi tu adaLah salah satu ujian daripada ALLAH untuk menguji tahap kesabaran, keimanan dan ketaQwaan kita padaNya..jgnLah hanya biLa di timpa musibah baru lah nak mencari Allah.IngatLah Dia setiap masa. innaLLAHa ma’ana v(^_^)

MeetinG

Seperti 2 minggu yang lalu, mesyuarat akan diadakan pada setiap hari selasa. Agak banyak juga agenda-agenda yang dibincangkan di bilik mesyuarat itu. Aku dan sahabat-sahabat se-praktikaL tekun mendengar dan mencatat butir-butir penting sebagai info-info tambahan.

SSM

Pagi ni kalo ikutkan perancangan, aku akan menemani En Fadil ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftar lesen perniagaan beliau. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat di elekkan jadi kami terpaksa menunda temujanji kami pada pukul 2 petang. Kami bertolak dari stesen LRT Bangsar pada pukul 2.30 petang. En Fadil membawa isteri dan anak-anaknya bersama-sama dalam misi ke SSM tu. Ada baiknya beliau membawa seisi keluarganya bersama-sama kami sekurang2nya dapat menghindarkan dari sebaran fitnah. Sebenarnya inilah kali pertama aku ke SSM. Sesampainya kami di sana, aku agak terkejut melihat manusia-manusia yang berbaris panjang di pintu depan. Kata En Fadil waktu-waktu petang begini memang ramai orang beratur, tapi di sebabkan En Fadil memiliki kad OKU, maka urusan pengambilan borang tidaklah begitu rumit. Oleh kerana kedua-dua mereka mempunyai masalah penglihatan jadi aku telah dipertanggungjawabkan untuk membantu mereka mengisi borang-borang tersebut. Alhamdulillah, oleh kerana “keistemewaan” yang mereka miliki, jadi urusan pendaftaran lesen selesai dengan cepat.

UO

Selesai urusan di SSM, En Fadil bercadang untuk ke UO. UO atau nama panjangnya Untung Orangramai merupakan sebuah pasaraya berkadar murah. Kira macam pasaraya ala-ala mydin la. Kami ke sana untuk membeli bahan-bahan membuat dadih. Sebenarnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di UO chowkit ni. Selama aku membesar di Kuala Lumpur ni, aku hanya mendengar nama UO di TV shja dan jarang keluar rumah. Al maklumlah, aku ni orang ceruk kampong aje. Kak Nor agak terkejut mula-mula bila dapat tahu aku pertama kali sampai di sini. Katanya, beliau dan En Fadil sudah biasa dengan selok belok di Kuala Lumpur ni sungguhpun mereka adalah orang kurang upaya cacat penglihatan. Aku sangat kagum dengan kecekapan mereka bergerak dan arif dengan selok belok di KL yang maha sesak ni. Selepas menjenguk-jenguk barangan di situ, En Fadil dan isterinya kak Nor membawa aku ke pasar chowkit. Huhu..x penah2 jugak aku sampai ke situ..kelakarnya, jadi terbalik pulak! Orang buta bawak orang celik berjalan-jalan!! Kami ke pasar chowkit untuk membeli bekas dadih.kata kak Nor, kedai di situ murah-murah. Masa sampai di pasar chowkit tu, aku agak terkejut melihat majority peniaga adalah terdiri daripada warga asing! Agaknya aku baru keluar dari kepompong dan terbang melihat reality kehidupan hari tu.. alhamdulillah dapat pengalaman dan pengajaran baru. Sampainya kami di kedai, aku sengaja membiarkan mereka berurusan dengan peniaga itu dan memerhatikan mereka tawar menawar tanpa turut masuk campur. Selesai urusan jual-beli itu, aku mengajak mereka ke sebuah restoran untuk minum dan makan-makan untuk menghilangkan dahaga penat dan menambah stamina. Anak-anak En Fadil nampakk letih berjalan kaki hampir suntuk petang. Selesai minum, kami bercadang untuk pulang.

seLami hati

aku bertanya pada kak Nor pulang umah naik ape dari chowkit ni. Katanya selalu mereka selesa mnggunakan bus. Dia tanya aku, pernah x naik monorail kat situ, aku pun ckpla kat dia yg aku x penah naik monorail dr chowkit sbb pertama kali aku sampai sini. Pastu, aku terdengar kak nor berbisik-bisik pada En Fadil “Bang, siannya kat dia tak penah naik monorail. Kita bawak dia jalan-jalan naik monorail ye” Tersentuh hati aku melihat keluhuran hati mereka yang sudi membawa org yg celik seperti aku ni berjalan-jalan. MasyaAllah..sungguhpun mata mereka tak celik seperti kita, tapi Allah kurniakan mereka hati yang celik dan luhur. Sepanjang perjalanan kami ke stesen kL central, aku banyak mnyelami hati kak nor, mendengar luahan rasanya, berkongsi derita, menyelongkar cerita. Rupanya disebalik cerita, mereka cukup risau andai aku terasa malu berjalan dengan mereka. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat bahagia dan gembira sekali dapat berjalan bersama menyelusuri dan meneliti kehidupan mereka hari ni. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan dan lapangkan perjalanan hidup mereka.

Perjalanan

Hari ni,

aku banyak berjalan kaki,

berjalan dengan golongan insan yang istimewa,

berjalan melihat kehidupan kota,

berjalan keluar dari kepompong hidupku,

berjalan mengutip pengalaman,

berjalan merasai penat,

berjalan di bawah sinaran terik mentari,

berjalan menerbitkan peluh didahi,

berjalan dan berjalanlah selagi terdaya!

No comments: