Tuesday, April 21, 2009

~.:HaRi pErtaMa pRaktikaL:.~

ALhamduLiLLah..akhirnya aku berjaya juga memujuk laptop aku yg "merajuk " sejak 2 jam tadi. dari pukul 10-12tghmlm. tergendala seketika nk mengupdate blog ni..'rajuknya' benar2 mnguji kesabaranku!uhukk..sabar ajela..assobruL jamiL..^_^

Hari ini adalah hari pertamaku menjalani latihan praktikal di MUSLIM AID ASIA yg terletak di bangsar..hari pertama nk kerja dah mcm2 berlaku...

pada pukul 8pg aku bersama 2 org sahabat bertolak ke sana menaiki kenderaan yg pantas tanpa driver...huhu..hebatkan?? ni adelah kali pertama aku menaiki kenderaan tersebut pd waktu pagi..sebelum2 ni aku xpernah pun naik time pagi2..rupe2nyaaa..masyaAllah..mcm sardin dlm tin!waaa...begini rupenyer keadaan warga2 kota bile bergegas ke tempat kerje masing2..hampir pitam aku dibuatnya duduk di dlm kenderaan yg brsesak2 dgn berbagai2 jenis org2 hmpir selame hmpir 45minit tuu..byngkanLah...

alhamdulillah akhirnye sampai juge kami di pejabat itu dgn selamat dan penuh rasa teruja.hehe.
kami di sambut dgn mesra oleh staff2 yang peramah, friendly dan murah senyuman. gembira rasanya dpt bekerja dgn staff2 yg berdedikasi dan baik2 belaka..seterusnya pada pukul 10, kmi mnghadiri mesyuarat. ada short taaruf session dan kmi juga diberi sedikit taklimat oleh tuan director iaitu Encik Wan Rosli tentang Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia yg merupakan rangkaian kepada Muslim Aid Asia. pelbagai agenda di bincangkan didlm bilik mesyurat. agak pening jugak la mula2 tu..hehe

lps dr meeting tu, kami di berikan taklimat penting oleh En. Muhammad selaku trainer kami di sana. kami di beri 3 projek penting untuk dilaksanakan sepanjang tempoh sebulan praktikal. projek2 tersebut adalah:~
1) Blog Aqiqah
kami di tugaskan untuk membuat sebuah blog mngenai Aqiqah. didalamnya perlu di letakkn info2 yg berkaitan.
2) marketing plan
kami juga di beri satu kes untuk membantu sebuah keluarga cacat penglihatan yg cekal dan mahu berusaha meneruskan kehidupan tanpa mngharapkan bantuan semata2 dari pihak lain..Encik Fadil sekeluarga berkemampuan membuat dadih sebagai sumber dan mata pencarian mereka sekeluarga..jadi kami di minta untuk merancang strategi pemasaran bg memasarkan produk mereka itu. target utama penjualan adalah di sekitar LRT putra dan yg berdekatannya..
3) Projek Sahabat Amal
erm, yg ni pulak projek mencari syarikat2, kedai2 makan dan etc untuk menjadi sahabat kpd Muslim Aid.

Kursus Blog
Ptg tadi En Muhammad telah mngajarkan kami serba sedikit mngenai blog, mcm mn nk buat templete, mcm mana nk promote blog, dan segala macam. alhamdulillah, byk sgt ilmu yg kami pelajari hari ni, kotak input di kepala pun hampir penuh dan sarat dgn bermacam2 maklumat yg sebelum ni kami x pernah tahu pun! kursus secara x rasmi tu mngambil masa selama hmpir 3jam kut..huhu..terkebil2 juga aku dibuatnya untuk meng'absorb' sumber2 tersebut..insyaAllah, mudah2an aku dpt praktikknnya dgn baik dan bersungguh2.

Balik
kmi abes kje pd pukul 6ptg, waaa..xsabarnya nak balikkk..nak makann, nak rehattt..aiii, baru hari pertama kerja dh mcm2 ragam..hehe..biaselah tu..nak biasekan diri dgn persekitaran baru mmg mngambil mase juge kan..sampai aje di terminaL, nk x nk terpakselah juge mnyeroboskan diri didalam perut train yg penuh sarat dgn manusia2 yg pelbagai bau2an..waaa..byngkanLahh..uhukk. berdiriLah kami dgn longlainya mngikut gerak ketapi itu..hampir setengah jam jugelah aku jadi 'tunggul tiang' kt situ sbb xde kusi nk dduk..perghh, ketaq lutut oiii..bertambah pulak dgn memikul beban laptop yg berkilo di bahu!

update
En Muhammad memesan kpd kmi supaya update blog ni setiap mase..pantauan juge akan di buat..waa ade spot-check pulak..erm, dah hampir pukul 2pg..kwn2 aku yg lain dh tido.sbb dorng dh siapkan kje..iyelah td laktop aku 'merajuk' aku xleh wat kje laa..uhukk;c
erm..inilah pngalaman hari pertame praktikaL~semoga esok lebih baik dr hari ini..dan aku mohon semuga Allah permudahkan segala urusan kami..amiiin~

okLa, nk tido daa~ v(^_~)v

3 comments:

Muhammad said...

Alhamdulillah....
slamat datang ke Muslim Aid:)

aisYaHumaiRaLias said...
This comment has been removed by the author.
nur nisa said...

wehhhhh
blk2 la tido
kang mula le sok monyok je
huahuahua