Monday, April 20, 2009

~.:KLIBF09:.~



Pada hari sabtu 18hb apriL 2009, aku berkesempatan berkunjung ke pesta buku di Pwtc..sebelum kesana, aku, abah dan mak menghadiri majlis ihtifal di sekolah adik perempuan aku yg bongsu tu kt damansara. sronok betul dapat berkenalan dgn adik2 huffaz kat sana..semuanya ramah2 dan berbudi bahasa. yang sronoknya aku x mnyangka pulak dapat berkenalan dgn isteri dan anak2 ustaz zawawi yusoh. comel2 betul anak2 ustaz..hehe.
selepas makan tghari, aku dan adik dihantar abah ke pwtc..uishh, ramaiii benar org..sampai naik sesak jalan penuh dgn org..itu baru hari ke-2..bayangkan last day book fair pd26 hb ni..huhu..
mungkin disebabkan terlalu lama aku x keluar jln2 kt kl, jarang berjumpa org ramai..aku nampak sedikit teruja kot..hehe..apa yg menarik minat aku ialah melihat satu revolusi di pesta buku ni..revolusi apa?revolusi yg semakin ramainya pengunjung book fair ni terdiri daripd muslim dan muslimah yang berpakaian menutup aurat, bertudung litup, berjubah, bertudung labuh..rasenya KLIBF09 atau Kuala Lumpur International Book Fair 09 boleh di tukar mnjadi Islamic Book Fair kot..hehe..rata pengunjung yg aku lihat pd hari kejadian tu adalah terdiri dari kaum melayu muslim..alhamdulillah nmpak juga pembaharuan dan peningkatan pembaca dikalangan melayu kalo nak di bndingan pada puluh2 tahun yg lalu kan..hehe..jadi melayu sekarang bukan lagi malas membaca tapi menjadi semakin rajin dan suka membaca..
selepas berjaya menyelinapkan dan mnyeroboskan diri di pintu masuk utama pwtc, kami berdua terus mencari surau utk menunaikan solat zohor...apabila tiba je di surau..masyaAllah, panjangnya barisan!hampir setengah jam juga la kami beratur menungu giliran mngambil wudu'.alhamdulillah akhirnya dapat juga menunuaikan solat.
usai shja solat, kami terus menerpa ke booth2 buku..rambang mata di buatnya! adik aku mmbeli 3 buah buku karya Fatimah Syarhah, aku pulak berjaya memiliki buku yg menjadi rebutan ramai pembaca iaitu 3buah buku karya Ust.Hasrizal iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai keSyurga dan Rindu Bau Pohon Tin. tak lupa juga aku belikan buku yg di pesan adikku yg belajar nun jauh di sarawak; Ummahatul Mukminin Isteri-Isteri Rasulullah. sebuah buku bimbingan umrah sbg hadiah buat kakak sulungku yg bakal mengerjakan umrah pada bulan Jun ni. aku belikan sesuatu yg istimewa buat abah dan mak iaitu "Kapsul Pembuka Minda Muslim". uniknya kapsul ni ialah kotaknya di reka seperti kotak ubat kapsul. mulanya aku sangkakan kapsul berbentuk tablet, buka shja kotaknya..nah!inilah 'kapsul' yg sgt berkhasiat. terus shje aku membelinya..beginilah bentuknya...
ni kapsul utk wanita dan isteri solehah..untuk suami isteri pun ade jugak..warne biru..aku belikan utk abah dan mak..
kat belakang kotak tu ada dituliskan khasiat dan cara penggunaannya..hehe..xberapa jelas pulak camera ni..meh aku clearkan..

khasiat: penerang hati, pencorak peribadi, menenangkan fikiran dan mnghindar stress, hdup sihat, bhgia, rukun dan damai.

cara penggunaannya:
1. Ambil 2 kapsul sehari. sebaiknya awal pagi dan sebelum tido.
2. Baca dan renungkan intipati kapsul dgn fikiran terbuka.
3. Amalkan apa yg dianjurkan. InsyaAllah , perubahan ketara akan dapat dirasakan serta merta.

kandungan:
setiap kapsul pembuka minda muslim mngandungi:
5gm Penerang mata
10gm Pembuka hati
3gm Pencuci hasad
17gm Tenaga spiritual
5gm Pembersih bakteria kotor
20gm Pembunuh virus jahat

Haa...beginilah rupa "kapsul" tersebut...ada 60 keping dan tiada had penggunaan juga tiada tiada tarikh luput. intipati setiap kapsul tu berbeza dgn setiap yg lain. itulah keistimewaan kapsul pembuka minda muslim..tiada side effect yg membahayakan kesihatan, malah ia memberi kesan yg lebih positif kpd pengguna. tak percaya cubalah!~bagi sesiapa yg berminat, segeralah dapatkan di pesta buku sebelum kehabisan stok...slmt mencuba~

1 comment:

my heart~.. said...

salam..

wahh....

bestnyer....

syukran jazilan!!!

xsabo nk bace....hehehe v(^_^)v