Saturday, April 25, 2009

~.:saBtu yaNg mEngEmbirakaN:.~

salam~25 apriL 2009~hari sabTu..huhu

alhamdulillah seronoknyer bile tiba hujung minggu..hari yang dinanti2kan semua org!biasenya org malas nak bangun awal.aku pun bermalas-malasan la juge..hehe..sbnrnya aku bukan nye sengaje nak buang mase buat 'taik mata' hujung minggu camni..aku xdapat bergerak dan terpaksa baring di atas katil hampir seharian akibat sakit tulang belakang yng kembali mnyerangku tiba2. 5 tahun yg lalu aku terlibat dalam kemalangan moto dan mengakibatkan keretakan di tulang belakangku. penyakit tu kerap menyerang bila aku mengangkat object2 yang berat.jadi selama 4 hari kerja aku terpaksa mngusung 'baby' laptopku yang berkilo beratnya ke tempat kerja setiap hari..naik bus, naik train, naik tangge, paling mnyeksakan bila dalam train, xde seat untuk duduk dan kne berdiri selama hampir setengah jam!ouhh byngkanlahh. di kala itu aku terfikir, bgaimanalah keadaan ibu yang sarat mngandung dan terpakse membawa kandungan ke mana je selama 9 bulan!aku baru seminggu kje dah merengek mcm2..ish..wahai diriku, bykknlah bersabar yer dgn cabaran hidup.

lepas ni aku kne mantapkan minda dan stamina!chayok2 v(^_~)v

salunya hari minggu aku lebih suka habiskan masa dgn femili, hehe rasanya setiap hari aku salu jumpe mak n femily melainkan waktu praktikaL aje. 4 hari duduk diasrama (menumpang bilik member aku) rase cam boring je..nak kne order mkn mlm la, nk kne tunggu lagi.xde tv untuk tgk (ade tapi jauh), xde adik untuk di kaco, kne basuh baju sendiri..waaa..dah lame x duduk asrama jadi kekok pulak..huhu

alhamdulillah, seronok sgt dpt habiskan mase dgn femili, rasa gembira sgt dpt peluk mak, dpt peluk adekku yg bongsu tu, dpt makan masakan mak, dapat sembang dgn abah dapat gurau2 dgn kakak..dapat tgk tv bersame2..waahhh..syoknyaa!!

mlm td dua pupu aku dtg ziarah, bwk satu femily dgn anak2 dia..waa seronoknya dapat pegang baby..hehe..dah lame aku x dukung baby..rase kekok sikit. best dapat main2 dgn budak2 rase mcm kembali ke zaman kanak2 pulak..hehe

hargaiLah mase kita bersama keluarga~ v(^_^)v

~.:JuMaat adaLah hari yaNg dituNGGu2!:.~

saLam~

24 apriL 2009, ~hari ke 4 practikaL
hari jumaat yg lalu, task kami ialah mencari info tentang aqiqah untuk dimuatkan didalam blog khas..setakat ini hampir2 siap..masih dalam progress.insyaAllah kami akan sedaya upaya menyiapkan dan mengemaskini sebaik mungkin. selain itu, kami dah membahagikan tugas masing2 untuk menghubungi pihak-pihak berkaitan seperti DBKL, Rapid KL dan etc utk membuat temujanji dan pertanyaan tentang prosedure mencari tapak perniagaan untuk En Fadil. alhamdulillah aku berjaya menghubungi pihak DBKL, dan tindakan selanjutkan akan di lakukan.

Lunch
perut aku dah menyanyi2 lagu "oh Lapaar" sejak pukul 10pg lagi..baru je sejam keje dah terase lapar..hehe bukan ape, pagi tu aku x mngisi perut dengan sebarang bentuk makanan kecuali air kosong jer..uhukk..sedey kan??haa begitulah kerjaa..byk mngejar masa. jadi kenalah pandai mnguruskan masa kan..ok citer pasal lunch pulak..alhamdulillah hari jumaat tu dapat makanan free! wahh..bestnyer..hehe sape xsuka kan kalo dapat makanan free tambah2 sedap pulak tu, boleh tambah2 pulak..kat food court tu ade satu kedai baru bukak, jadi tokey kedai tu bermurah hati nak menjamu pelanggan2 dan pengunjung setia gerai2 di situ..alahhh senang kata nak promosi gerai makan la!haa..apelagi..aku pulun abes mknn kat situ..yang sedapnya "nasik hujan panas" kot namenye..nasiknya bewarne warni..mmg menggoda selera aku..huhu..alhamdulillah jimat sikit duit aku.

balik
hehe..macam biasalah, salunya mata ku tanpa di tahan2 asyik dok mengerling je kat jam ditangan..nak kne tunggu sampai kul 6pm.kebetulan pulak, mak aku tnye bile nak balik..salunya kalo mak tnya camtu tndanya dia tgh rindu2 kat kita lah tu..ye tak? lagi2lah meronta jiwa nak terbang balik umah..hehe..dlm train hari jumaat tu xramai org la pulak. maybe sbb hari jumaat adalah hari yang di tunggu2 org agar cepat 'cabut lari' dari kerje2 yang maha tension kut. aku rase kurangnya org dlm train sbb sume balik awal kut..huhu~aku sampai ke rumah agak lewat sikit sbb aku dgn femili keluar atas urusan keluarga.jadi kami balik lewat sikit. sesampainya dirumah, aku terus melemparkan badan di atas tilamku yg empuk dan lembut itu..ohhh selesanyaaa..akhirnya aku terus 'pengsan' sampai ke pagi..

begitulah citernye aktiviti hari jumaat yg lalu..jom gerak ke topic hari sabtu~

Thursday, April 23, 2009

~.: FOLLOw uP ziaRaH:.~

saLam~hari ketiga praktikaL~hehe

OvErsLept
pg td kami bertiga overslept!uhukk..mcm xpecaye jer..baru je masuk hari ketiga dah overslept!hehe..kelam kabut dibuatnya. tapi mujur sbb pg tu kami xperlu masuk ke pejabat..sebaliknya kami akan bergerak terus ke rumah en.fadil utk follow up..kami ke sana tnpa di temani oleh supervisor kami..pandai2 survive sendiri la..huhu

fOLLow up
tujuan follow up ziarah ni penting tau, sbbnya kami perlu memantau keadaan keluarga encik fadil dan memberi sedikit guideline kepada beliau dan isterinya, kak Nor tentang projek dadih yg diusahakan. dalam masa lebih kurang 3jam sessi follow up itu kami melihat bagaimana isterinya yng juga mempunyai masalah glukoma yg serius membuat dadih dgn sendiri. cube bygkan??
kami juga turut membantunya menentukan sukatan yg betul dan selebihnya dilakukan sendiri. kami juga byk bertnya pada pada kak nor bagaimana dia boleh mengagak, menentukan sukatan air hatta memasak! menurut kak nor, alhamdulillah golongan istimewa sepertinya mempunyai kekuatan deria rasa, pendengaran yg kuat berbanding org yg normal. subhanallah..setiap yg diciptakan Allah ada kekurangan dan kelebihan masing2...bersyukurlah dgn apa yg kita miliki.

gambar bersama keluarga En Fadil

kira2 jam 12.30pm kami pulang ke pejabat semula dan membawa pulang 12 bekas dadih berperisa jagung yg dh siap kpd staff2..ternyataa semua sgt mengemarinya! insyaAllah, ada potensi utk di komersialkan. kami berharap agr urusan utk membantu keluarga ni di permudahkan Allah..
semuga Allah perluaskan lorong-lorong rezeki buat keluarga ni..Amiin~

Wednesday, April 22, 2009

~.:ZiaRah:.~

saLam~
terima kasih kpd pelawat2 yg sudi menziarahi blog aku ni..hehe..aihh,tapi xsangka la pulak ramai yg xsabar2 dan teruja nak tahu apa lagi aktiviti seterusnya yg akan di terima oleh kami sepanjang tempoh praktikal ni..hehe..kami di sini lagilah teruja..hehe..ye ke?huhu:p

Alhamdulillah, hari ni kami rase gembira sgt sebab berkesempatan menziarahi En Fadil sekeluargadi Flat Sri Pahang..ini adalah ziarah pertama kami. Sebelum ni trainer kami en.Muhammad dah brief skit citer pasal en fadil ni..jadi kami tahu serba sedikit la latar belakng beliau sblum berjumpa..berganda excited dan gembira bila dapat berkenalan dan mngenali mereka dgn lebih dekat lagi..kami bertolak ke sana kira2 jam 11pg dan membawa sedikit sumbangan makanan ringan untuk anak2 beliau dan 3 buah kotak ais.

sesampainye kami di sana, 2 kali juge la kami tersalah ketuk pintu rumah dgn confientnya..hehe.camne boleh tersilap xtahulah mungkinlah trainer kami tu terlalu teruja kut untuk bertemu encik fadil sehingga ternaik tingkat 6. padahal tingkat 5 je pun..hehe..

overall, sesi interview secara x rasmi bersama beliau dan isterinya puan nor berjalan dgn santainyaa..anak2 cik fadil; NuruL ain Nadia 4tahun & Firdaus 2 tahun pula mesra dan senang dgn kehadiran kami..seronok dpt melayan kerenah2 cumeL dorang..sedikit info mngenai keluarga en fadil..mereka sekeluarga adalah keluarga istimewa, oku cacat penglihatan..sungguhpun begitu, en fadil sekeluarga memiliki hati yg celik untuk memajukan diri dan berdikari.

Dadih
En fadil dan isterinya ni berkebolehan membuat dadih..jadi mereka berharap dpt mngusahakan hasil penjualan dadih ini untuk menjana pendapatan mereka sekeluarga tanpa bergantung harap pada org lain..mereka berharap sgt peniagaan dadih yg mereka usahakan dpt di komersialkan dgn lebih meluas. jadi kalo boleh beliau berharap dapat berniaga di kawasan berdekatan dgn rumahnya. seLain menjual dadih, En fadil juga menyediakan perkhidmatan reload..perkhidmatan ni mmg mudah dan mngguntungkan tambah2 lagi duduk di kawasan rumah flat..kadang2 jiran2 kat flat tu malas nk turun beli topup kt kedai bawah tue..jadi sbgi kerja sampingan la.

project
keluarga en fadil merupakan case study kami dlm melaksanakan project ke2 yg diamanahkan pihak company. sbgai permulaan kami perlu merangka strategi dan servey market utk membuka jalan kpdnya berniage. selebihnya adalah bergantung kepada usaha beliau.

sbgai pngajarannya...berilah peluang kepada golongan kurang upaya ini membuktikan kemampuan mereka untuk berdikari..bantu mereka dgn memberi sokongan dan semangat supaya mereka lebih berani dan yakin utk membantu diri mereka sendiri dan memberi bantuan pada org lain juge..meminjam kata Ustaz hasrizal..Erti Hidup Pada Memberi..v(^_^)V

wassalam~

Tuesday, April 21, 2009

~.:HaRi pErtaMa pRaktikaL:.~

ALhamduLiLLah..akhirnya aku berjaya juga memujuk laptop aku yg "merajuk " sejak 2 jam tadi. dari pukul 10-12tghmlm. tergendala seketika nk mengupdate blog ni..'rajuknya' benar2 mnguji kesabaranku!uhukk..sabar ajela..assobruL jamiL..^_^

Hari ini adalah hari pertamaku menjalani latihan praktikal di MUSLIM AID ASIA yg terletak di bangsar..hari pertama nk kerja dah mcm2 berlaku...

pada pukul 8pg aku bersama 2 org sahabat bertolak ke sana menaiki kenderaan yg pantas tanpa driver...huhu..hebatkan?? ni adelah kali pertama aku menaiki kenderaan tersebut pd waktu pagi..sebelum2 ni aku xpernah pun naik time pagi2..rupe2nyaaa..masyaAllah..mcm sardin dlm tin!waaa...begini rupenyer keadaan warga2 kota bile bergegas ke tempat kerje masing2..hampir pitam aku dibuatnya duduk di dlm kenderaan yg brsesak2 dgn berbagai2 jenis org2 hmpir selame hmpir 45minit tuu..byngkanLah...

alhamdulillah akhirnye sampai juge kami di pejabat itu dgn selamat dan penuh rasa teruja.hehe.
kami di sambut dgn mesra oleh staff2 yang peramah, friendly dan murah senyuman. gembira rasanya dpt bekerja dgn staff2 yg berdedikasi dan baik2 belaka..seterusnya pada pukul 10, kmi mnghadiri mesyuarat. ada short taaruf session dan kmi juga diberi sedikit taklimat oleh tuan director iaitu Encik Wan Rosli tentang Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia yg merupakan rangkaian kepada Muslim Aid Asia. pelbagai agenda di bincangkan didlm bilik mesyurat. agak pening jugak la mula2 tu..hehe

lps dr meeting tu, kami di berikan taklimat penting oleh En. Muhammad selaku trainer kami di sana. kami di beri 3 projek penting untuk dilaksanakan sepanjang tempoh sebulan praktikal. projek2 tersebut adalah:~
1) Blog Aqiqah
kami di tugaskan untuk membuat sebuah blog mngenai Aqiqah. didalamnya perlu di letakkn info2 yg berkaitan.
2) marketing plan
kami juga di beri satu kes untuk membantu sebuah keluarga cacat penglihatan yg cekal dan mahu berusaha meneruskan kehidupan tanpa mngharapkan bantuan semata2 dari pihak lain..Encik Fadil sekeluarga berkemampuan membuat dadih sebagai sumber dan mata pencarian mereka sekeluarga..jadi kami di minta untuk merancang strategi pemasaran bg memasarkan produk mereka itu. target utama penjualan adalah di sekitar LRT putra dan yg berdekatannya..
3) Projek Sahabat Amal
erm, yg ni pulak projek mencari syarikat2, kedai2 makan dan etc untuk menjadi sahabat kpd Muslim Aid.

Kursus Blog
Ptg tadi En Muhammad telah mngajarkan kami serba sedikit mngenai blog, mcm mn nk buat templete, mcm mana nk promote blog, dan segala macam. alhamdulillah, byk sgt ilmu yg kami pelajari hari ni, kotak input di kepala pun hampir penuh dan sarat dgn bermacam2 maklumat yg sebelum ni kami x pernah tahu pun! kursus secara x rasmi tu mngambil masa selama hmpir 3jam kut..huhu..terkebil2 juga aku dibuatnya untuk meng'absorb' sumber2 tersebut..insyaAllah, mudah2an aku dpt praktikknnya dgn baik dan bersungguh2.

Balik
kmi abes kje pd pukul 6ptg, waaa..xsabarnya nak balikkk..nak makann, nak rehattt..aiii, baru hari pertama kerja dh mcm2 ragam..hehe..biaselah tu..nak biasekan diri dgn persekitaran baru mmg mngambil mase juge kan..sampai aje di terminaL, nk x nk terpakselah juge mnyeroboskan diri didalam perut train yg penuh sarat dgn manusia2 yg pelbagai bau2an..waaa..byngkanLahh..uhukk. berdiriLah kami dgn longlainya mngikut gerak ketapi itu..hampir setengah jam jugelah aku jadi 'tunggul tiang' kt situ sbb xde kusi nk dduk..perghh, ketaq lutut oiii..bertambah pulak dgn memikul beban laptop yg berkilo di bahu!

update
En Muhammad memesan kpd kmi supaya update blog ni setiap mase..pantauan juge akan di buat..waa ade spot-check pulak..erm, dah hampir pukul 2pg..kwn2 aku yg lain dh tido.sbb dorng dh siapkan kje..iyelah td laktop aku 'merajuk' aku xleh wat kje laa..uhukk;c
erm..inilah pngalaman hari pertame praktikaL~semoga esok lebih baik dr hari ini..dan aku mohon semuga Allah permudahkan segala urusan kami..amiiin~

okLa, nk tido daa~ v(^_~)v

Monday, April 20, 2009

~.:THiNGs tO PONdER:.~




Al-Quran VS Cell Phone

Ever wonder what would happen if we treated our Al-Quran like we treat our cell phone?


What if we carried it around in our purses or pockets?


What if we flipped through it several time a day?


What if we turned back to go get it if we forgot it?


What if we used it to receive messages from the text?


What if we treated it like we couldn't live without it?


What if we gave it to kids as gifts?


What if we used it when we traveled?


What if we used it in case of emergency?


This is something to make you go....hmm... where is my Quran?


Oh, and one more thing.


Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected

Makes you stop and think 'where are my priorities?

And no dropped calls!


~.:TaNda-TaNda DuNia dipEngHuJuNG NYawa:.~


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyakperbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie.......

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai
dah turun salji... Mina dah kene banjir.

~.: 9 sEbaB Hati Tak TEnaNG:.~


1) PEMARAH
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2) PENDENDAM
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3) HASAD DENGKI
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4) BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5) TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6) TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7) EGO
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8) RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9) CINTA DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

~.:PaSaR MaLam:.~


tetiba pulak nak cerita pasal pasar malam..huhu
hari ahad lepas bersamaan 19hb apriL..aku dan mak pergi pasar yng agak jauh sikit dari kawasan rumah. dah byk kali mak mngajak aku pergi pasar mlm..tapi selalunya aku x prnah pergi pun..rimas bersesak2 dgn orang ramai yang tak mngira muamalat.
ntah mngape hari tu aku terbuka hati nak pergi...mungkin xnak hampakan harapan mak yg beria2 nk kesana..demi mak aku turutkan jua..mungkin menjadi tabiat aku yg suka duduk di rumah, jarang keluar rumah juga jarang bergaul dgn org sekeliling byk hal2 yg berlaku di luar yg aku tak tahu..
pasar mlm tu terletak dekat dengan kawasan perumahan cina. kami mencari tempat untuk parking kereta. kami terpaksa park kereta di tepi2 jalan yg berhadapan rumah cina. lps keluar dari kereta, hampir tersentak aku dibuatnya! aku hampir2 terpijak selonggok najis anjing di atas tnh tue..memang x di nafikan kawasan perumahan cina mmg byk membela anjing dan membiarkan anjing bebas berkeliaran di luar rumah..tapi yng aku tak gemari ialah najis2 anjing yg berkeliaran tu bersepah2 di tepi2 jalan, atas rumput. hilang mood aku nak pergi pasar mlm tu..rasa nak terus balik umh je.
sejenak aku berfikir..sistem perpaduan kejiranan yg menggabungkan ketiga-tiga kaum melayu, cina dan india dalam satu kawasan perumahan adalah tidak begitu praktikal.itu bg pendapat aku la..sbb apa?lihat shje ape yg berlaku td. sebaik2nya ketiga2 ethnic group ni di asingkan dr segi residential area. kesanya tidak wujud isu perkauman yg mnyentuh sensitiviti setiap kaum..kaum cina dan india bebas membela anjing, kaum melayu pulak boleh melakukan aktiviti keagaman, ceramah, azan dan sbgainya di kawasan perumahan masing2..tak ada siapa yg sakit telinga, tiada yg bengkak hati atau pedih mata.
dah cukup pasal isu kejiranan..sbnrnya aku nk cerikan pasal pasar mlm..asyik melencong aje!
siapa dgr pasar mlm je mesti je suka kan, sbb dpt beli mcm2 jenis mknn, murah2 pulak tu..sambil2 aku dan mak melihat2 aneka jenis juadah makanan, aku terkesima melihat seorang lelaki tua yg kudung kakinya terbaring di atas lantai jalan sambil mngensot2kan badannya dan tgnnya menghulurkan cawan meminta derma..kami teruskan perjalanan lagi..anehnya, aku tejumpa lagi peminta sedekah..tapi dia tak cacat..sempurna. seorang perempuan warga china aku rasa duduk diatas jalan beralaskan selipar sambil memangku anak kecilnya..kami teruskan jugak perjalanan..anehnya makin ramai pulak peminta sedekah yg datang!kesemuanya hampir 6 org yg aku kira. ada yng cacat penglihatan, kudung kakinya, cacat tangannya, juga yang sempurna tubuh badan. kata mak, setiap hari ahad mereka2 ini akan ke sini mencari rezeki..kesian betul aku tgk. mana pergi persatuan2, bdn2 bantuan, kebajikan masyarakat??tak buat pantauan kah??begitu byk persatuan2 yg di tubuhkan, i.e persatuan cacat penglihatan, pusat dalam komuniti a.k.a PDK, dan byk lagi.tapi masih ada lagi saki baki rakyat yg tercicir dan terpinggir. pihak berwajib sperti pgawai2 kebajikan perlulah buat tinjauan dan pemantauan di kwasan seperti psr mlm ni. beri mereka bantuan dari segi bantuan kewangan, perlindungan supaya kehidupan mereka lebih baik dan terjamin dan tak merempat!
dlm pasar mlm tu jgk, bukan setakat isu pemita sedekah je yg aku jumpe..malah ada 'perang' pulak kt situ! 'perang tapak' antara peniaga-peniaga. di situ peniaga2 tempatan terpaksa bersaing dgn peniaga2 pendatang asing. jadi wujudlah ketidakpuasan hati di kalangan peniaga2 tempatan..di sebabkan byk peniaga pendatang menguasai bisnes di situ. mmg xdinafikan juga rata2 pengunjung pasar malam tu terdiri dr pendatang asing..ada Burma, Thailand, Vietnam, Nepal, Bangladesh..ramai lagi la!aku rasa mcm duduk kat negara lain pulak!kata mak, aku kne hati2 di kawasan ni sbb byk berlaku kecurian, samun dan rompak..aduhhh, mcm mn pulak la nk atasi masalah immigrant yg hidup ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..kalo xde permintaan, x mungkin berduyung2 mereka dtg kan..
mari fikirkan SOLUSI...(^_^)v

~.:KLIBF09:.~



Pada hari sabtu 18hb apriL 2009, aku berkesempatan berkunjung ke pesta buku di Pwtc..sebelum kesana, aku, abah dan mak menghadiri majlis ihtifal di sekolah adik perempuan aku yg bongsu tu kt damansara. sronok betul dapat berkenalan dgn adik2 huffaz kat sana..semuanya ramah2 dan berbudi bahasa. yang sronoknya aku x mnyangka pulak dapat berkenalan dgn isteri dan anak2 ustaz zawawi yusoh. comel2 betul anak2 ustaz..hehe.
selepas makan tghari, aku dan adik dihantar abah ke pwtc..uishh, ramaiii benar org..sampai naik sesak jalan penuh dgn org..itu baru hari ke-2..bayangkan last day book fair pd26 hb ni..huhu..
mungkin disebabkan terlalu lama aku x keluar jln2 kt kl, jarang berjumpa org ramai..aku nampak sedikit teruja kot..hehe..apa yg menarik minat aku ialah melihat satu revolusi di pesta buku ni..revolusi apa?revolusi yg semakin ramainya pengunjung book fair ni terdiri daripd muslim dan muslimah yang berpakaian menutup aurat, bertudung litup, berjubah, bertudung labuh..rasenya KLIBF09 atau Kuala Lumpur International Book Fair 09 boleh di tukar mnjadi Islamic Book Fair kot..hehe..rata pengunjung yg aku lihat pd hari kejadian tu adalah terdiri dari kaum melayu muslim..alhamdulillah nmpak juga pembaharuan dan peningkatan pembaca dikalangan melayu kalo nak di bndingan pada puluh2 tahun yg lalu kan..hehe..jadi melayu sekarang bukan lagi malas membaca tapi menjadi semakin rajin dan suka membaca..
selepas berjaya menyelinapkan dan mnyeroboskan diri di pintu masuk utama pwtc, kami berdua terus mencari surau utk menunaikan solat zohor...apabila tiba je di surau..masyaAllah, panjangnya barisan!hampir setengah jam juga la kami beratur menungu giliran mngambil wudu'.alhamdulillah akhirnya dapat juga menunuaikan solat.
usai shja solat, kami terus menerpa ke booth2 buku..rambang mata di buatnya! adik aku mmbeli 3 buah buku karya Fatimah Syarhah, aku pulak berjaya memiliki buku yg menjadi rebutan ramai pembaca iaitu 3buah buku karya Ust.Hasrizal iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai keSyurga dan Rindu Bau Pohon Tin. tak lupa juga aku belikan buku yg di pesan adikku yg belajar nun jauh di sarawak; Ummahatul Mukminin Isteri-Isteri Rasulullah. sebuah buku bimbingan umrah sbg hadiah buat kakak sulungku yg bakal mengerjakan umrah pada bulan Jun ni. aku belikan sesuatu yg istimewa buat abah dan mak iaitu "Kapsul Pembuka Minda Muslim". uniknya kapsul ni ialah kotaknya di reka seperti kotak ubat kapsul. mulanya aku sangkakan kapsul berbentuk tablet, buka shja kotaknya..nah!inilah 'kapsul' yg sgt berkhasiat. terus shje aku membelinya..beginilah bentuknya...
ni kapsul utk wanita dan isteri solehah..untuk suami isteri pun ade jugak..warne biru..aku belikan utk abah dan mak..
kat belakang kotak tu ada dituliskan khasiat dan cara penggunaannya..hehe..xberapa jelas pulak camera ni..meh aku clearkan..

khasiat: penerang hati, pencorak peribadi, menenangkan fikiran dan mnghindar stress, hdup sihat, bhgia, rukun dan damai.

cara penggunaannya:
1. Ambil 2 kapsul sehari. sebaiknya awal pagi dan sebelum tido.
2. Baca dan renungkan intipati kapsul dgn fikiran terbuka.
3. Amalkan apa yg dianjurkan. InsyaAllah , perubahan ketara akan dapat dirasakan serta merta.

kandungan:
setiap kapsul pembuka minda muslim mngandungi:
5gm Penerang mata
10gm Pembuka hati
3gm Pencuci hasad
17gm Tenaga spiritual
5gm Pembersih bakteria kotor
20gm Pembunuh virus jahat

Haa...beginilah rupa "kapsul" tersebut...ada 60 keping dan tiada had penggunaan juga tiada tiada tarikh luput. intipati setiap kapsul tu berbeza dgn setiap yg lain. itulah keistimewaan kapsul pembuka minda muslim..tiada side effect yg membahayakan kesihatan, malah ia memberi kesan yg lebih positif kpd pengguna. tak percaya cubalah!~bagi sesiapa yg berminat, segeralah dapatkan di pesta buku sebelum kehabisan stok...slmt mencuba~

~.:BismiLLahirrOhmanirrOhim:.~


Alhamdulillah, akhirnyer dpt juge curi2 waktu nk update blog ni..
lama jugak ye aku tinggalkan blog ni..lama jugaklah aku x post cerite2 sensasi..hihi
kalo blog ni tersimpan dlm almari, mesti dah berhabuk dan bersarang kan?hehe..
baru-baru ni, aku berkesempatan mngemas bilik. mase dok syok mngemas rak2 buku, selongkar2 kotak2 lama..tetiba aku terjumpa diary lama aku yg sekian lama tersorok dlm kotak tue..uhukk sedeynyer..diary tu dah di makan anai2 dan terkoyak2..jadi terpaksalah aku bakar semua sekali nota2, kertas2 yg di makan anai2 tue..waaa sedeh betul..itulah akibatnya kalo x jaga barang2 dengan baik..makhluk lain pula yg akn 'memakannya'..
aku nk buat sedikit pembaharuan dan peng'islahan' kt blog ni. biar nmpak fresh dan informative..
'perjalanan hidupku...' erm, knp ye aku pilih kata tu ye..
bLog ni aku buat sebagai medium utk aku coretkan perjalanan hidupku...utk memotivasikan diriku juga pngajaran utk sape2 yg sudi membacanya..huhu. lebih kurang macam diari hidup aku la!kalo dulu aku tulis diary dalam buku..tapi kena makan anai2 pulak..anai2 tu makan juga memori2 yg aku tulis..harap tulis dlm blog ni tak dimakan 'anai-anai' virus..insyaAllah
dgn lafaz bismillah..detik2 hidup dan perjalanan hidupku bermula pada hari ini 20 apriL 2009..
(chewahh..ada perasmian pulak..)
mudah2an aku akan sntiasa istiQamah..insyaAllah v(^_^)v